29/04/2019
Geran Strata yang selalu disalah tafsirkan oleh pemilik rumah
Mari baca dan fahamkan perkongsian sahabat saya
Apa Itu Hakmilik Strata?
Hakmilik strata merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah berimilik.
Perkataan ‘strata’ merujuk kepada unit yang dipecah bahagi pada berbilang lapisan.
Skim hakmilik strata mengandungi petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara ‘self-governance’
oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan.
Petak-petak samada apartmen, kondominium, rumah Bandar, kompleks komersil, GACOS dan lain-lain ditunjukkan diatas hakmilik sebagai dipunyai oleh Pemilik Petak. Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tanggan, bumbung, taman dan sebagainya.
Rahukah anda tentang pemilikan Master vs Strata?
Apa itu Master Title atau Hak Milik Induk?
Master Title bermaksud pemilik keseluruhan apartment atau kondo tersebut. Biasanya Master Title ialah milik pemaju.
Apa itu Strata Title atau Hak Milik Strata?
Strata title bermaksud geran yang berdaftar atas nama pemilik setiap unit apartment atau kondo tersebut.
Ia merujuk kepada hak milik untuk setiap unit atau tingkat. Majlis Pengurusan Bersama juga diwujudkan di setiap apartment atau kondo bagi menguruskan urusan setiap pemilik. Pihak pengurusan diberi kuasa untuk mengutip yuran penyelenggaraan, dan sebagainya.
Mengapa anda perlu tahu status hak milik ini; sama ada Master title atau Strata title?
Sekiranya anda memegang strata title, anda mempunyai hak ke atas kemudahan bersama seperti kolam renang, taman permainan, sekuriti dan lain-lain kelebihan yang tertakluk dalam Akta Hakmilik Strata 1985. Anda hanya akan mendapat hak milik strata setelah bangunan siap.
Selain itu adalah penting untuk anda tahu status hakmilik hartanah anda supaya ia akan memudahkan urusan jual beli, pinjaman bank, pembahagian pusaka dan sewaktu dengannya.
Apakah kelebihan kekurangan kedua-dua jenis hakmilik ini?
Master Title
👉Bank liat nak bagi loan kalau master title rumah tersebut telah lebih dari 10 tahun.
👉Sekiranya anda mendapat loan sekalipun, proses jual beli akan menjadi lambat disebabkan proses penukaran hak milikmaster ke strata.
👉Anda juga perlu keluarkan kos tambahan untuk proses tukar hak milik.
👉Anda tidak dibenarkan untuk membayar deposit rumah mengunakan duit EPF.
Strata Title
Buat yang membeli hartanah jenis kondo atau apartment, saya nasihatkan ada untuk mendapatkan hak milik jenis Strata kerana anda tidak perlu berdepan dengan perkara-perkara yang kami nyatakan di atas. Hakmilik strata juga bermaksud anda mempunyai hak sepenuhnya keatas hartanah tersebut.
Sekarang sudah jelas mengenai perbezaan dua jenis pemilikan ini, pastikan anda semak dahulu sebelum membeli atau sekiranya sudah, semak statusnya sekarang dan buat perubahan sebelum terlambat. Jangan main beli sahaja tanpa tahu apa-apa. Jadilah pembeli bijak!