PIJ Property Development Sdn. Bhd.

Call Directions Website Contact the business

PIJ Property Development Sdn. Bhd. PIJ Property Development Sdn. Bhd. (PIJ Property) adalah sebuah syarikat pemaju pembangunan perumaha

(PIJ Property) adalah sebuah syarikat pemaju pembangunan perumahan dan hartanah, milik penuh PIJ Holdings.

Sekitar sesi tinjauan YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan PIJ Holdings dan Pengurusan Kump**an PIJ Holdin...
11/11/2026

Sekitar sesi tinjauan YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan PIJ Holdings dan Pengurusan Kump**an PIJ Holdings ke Ladang Nilam, Kota Tinggi yang diusahakan oleh PIJ Plantation & Agriculture Sdn Bhd. bertujuan untuk meninjau prestasi operasi ladang dan mengenal pasti potensi penambahbaikan serta memperkukuh strategi peningkatan produktiviti dan kecekapan pengurusan perladangan.

One Team, One Direction, One Purpose.

🏡 PELUANG MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) DI RESIDENSI BANGSA JOHOR, PONTIAN!Impian untuk memiliki rumah sendiri...
06/11/2026

🏡 PELUANG MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) DI RESIDENSI BANGSA JOHOR, PONTIAN!

Impian untuk memiliki rumah sendiri kini berpeluang menjadi kenyataan!

Kepada warga Johor yang sedang mencari kediaman sendiri, inilah peluang untuk memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Residensi Bangsa Johor, Pontian, Mukim Pontian, Pontian.

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

✅ Warganegara Malaysia dan telah menetap sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Johor.
✅ Berumur 18 tahun ke atas.
✅ Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki atau tidak memiliki sebarang hartanah rumah kediaman.
✅ Berdaftar sebagai pengundi di kawasan Parlimen Pontian atau Tanjung Piai.
✅ Had pendapatan isi rumah:
▪️ RMMJ Jenis B: Tidak melebihi RM6,000.
▪️ RMMJ Jenis C: Tidak melebihi RM8,000.

📌 DOKUMEN PERMOHONAN

Antara dokumen yang perlu disediakan:
▪️ Kad pengenalan dan sijil kelahiran pemohon serta pasangan.
▪️ Sijil nikah / pendaftaran perkahwinan / perceraian / kematian.
▪️ Dokumen pengesahan pendapatan.
▪️ Bukti tempoh menetap selama 10 tahun di Negeri Johor (bagi pemohon bukan kelahiran Johor).
▪️ Dokumen sokongan tambahan seperti yang dinyatakan dalam poster.

Jangan lepaskan peluang ini! Semak kelayakan anda dan pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap sebelum mengemukakan permohonan.

Miliki kediaman sendiri, bina kehidupan yang lebih selesa bersama keluarga.

"No one can whistle a symphony. It takes a whole orchestra to play it."– H.E. LuccockApa yang dikecapi hari ini adalah h...
06/11/2026

"No one can whistle a symphony. It takes a whole orchestra to play it."
– H.E. Luccock

Apa yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha dan kerja keras kita bersama. Setiap daripada kita mempunyai peranan, tanggungjawab dan sumbangan tersendiri. Tidak kira apa jua jawatan atau kedudukan, setiap warga kerja mempunyai nilai dan kepentingan dalam membentuk sebuah organisasi yang berjaya.

Sesungguhnya, kita amat bersyukur kerana mempunyai kepimpinan yang sentiasa cakna, mengambil berat serta menyokong pelbagai inisiatif berkaitan kebajikan dan penghargaan kepada warga kerja. Ini merupakan satu nikmat yang wajar kita hargai bersama.

Justeru, teruskan bekerja dengan bersungguh-sungguh, saling menyokong, bertukar pendapat dan memberikan yang terbaik dalam peranan masing-masing. Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi sebahagian daripada kejayaan yang kita bina bersama.

One Team. One Direction. One Purpose.

🏡 SATU LAGI PELUANG UNTUK MEMILIKI RUMAH DI PONTIAN!Selepas perkongsian mengenai Residensi Bangsa Johor Pontian (RMMJ Je...
05/11/2026

🏡 SATU LAGI PELUANG UNTUK MEMILIKI RUMAH DI PONTIAN!

Selepas perkongsian mengenai Residensi Bangsa Johor Pontian (RMMJ Jenis B) pada harga RM100,000, kini kami bawakan p**a satu lagi pilihan kediaman menerusi RMMJ Jenis C pada harga RM170,000!

✨ RUMAH TERES SETINGKAT, HARGA RM170,000!

Menerusi projek Residensi Bangsa Johor Pontian yang dibangunkan oleh PIJ Property Development Sdn. Bhd., bakal pembeli berpeluang memiliki kediaman dengan ciri-ciri berikut:

🏡 Rumah teres 1 tingkat
🛏️ 3 bilik tidur
🚿 2 bilik air
📐 Keluasan 1,000 kaki persegi
💰 Harga jualan RM170,000

🔥 HANYA 19 UNIT DITAWARKAN!

Ya, hanya 19 unit sahaja diperuntukkan bagi tawaran ini. Dengan jumlah yang terhad, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kediaman sendiri di Pontian.

📍 TAWARAN KHUSUS KEPADA PENGUNDI AWAM MELAYU DALAM KAWASAN:
• Parlimen Pontian
• Parlimen Tanjung Piai

📅 TEMPOH PERMOHONAN

🟢 Dibuka: 3 November 2026
🔴 Ditutup: 3 Disember 2026

⏳ JANGAN TANGGUHKAN PELUANG INI!

Jika anda memenuhi syarat kelayakan, ambil peluang ini untuk membuat permohonan lebih awal. Jangan sampai terlepas peluang memiliki rumah teres setingkat pada harga RM170,000 dengan penawaran yang terhad.

📝 SEMAK KELAYAKAN DAN MOHON SEKARANG!

🌐 Portal rasmi PKPJ:
https://pkpj.johor.gov.my

📞 Sebarang pertanyaan:
07-226 6366

RESIDENSI BANGSA JOHOR PONTIAN
Lebih banyak pilihan, lebih banyak peluang untuk memiliki kediaman sendiri.

*Tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh PKPJ.*

🏡 HANYA 37 UNIT! RUMAH TERES 2 TINGKAT DI PONTIAN PADA HARGA RM100,000!JANGAN LEPASKAN PELUANG untuk memiliki kediaman s...
04/11/2026

🏡 HANYA 37 UNIT! RUMAH TERES 2 TINGKAT DI PONTIAN PADA HARGA RM100,000!

JANGAN LEPASKAN PELUANG untuk memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik!

Kini peluang untuk memiliki rumah menerusi RESIDENSI BANGSA JOHOR PONTIAN, projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Jenis B yang dibangunkan oleh PIJ Property Development Sdn. Bhd.

Dengan harga hanya RM100,000, kediaman ini menawarkan ruang yang selesa untuk anda dan keluarga.

✨ KEISTIMEWAAN KEDIAMAN:

🏡 Rumah teres 2 tingkat
🛏️ 3 bilik tidur
🚿 2 bilik air
📐 Keluasan 850 kaki persegi
💰 Harga jualan RM100,000 sahaja

🔥 HANYA 37 UNIT DITAWARKAN!

Tawaran ini khusus kepada pengundi dalam kawasan Parlimen Pontian dan Tanjung Piai yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

📅 TEMPOH PERMOHONAN

🟢 Dibuka: 3 November 2026
🔴 Ditutup: 3 Disember 2026

Jangan tunggu sehingga peluang ini berlalu! Dengan jumlah penawaran yang terhad, inilah masanya untuk menyemak kelayakan dan mengambil langkah pertama ke arah pemilikan rumah sendiri.

📝 MOHON SEKARANG!

🌐 Portal rasmi PKPJ:
https://pkpj.johor.gov.my

📞 Sebarang pertanyaan:
07-226 6366

RESIDENSI BANGSA JOHOR PONTIAN
Peluang memiliki kediaman sendiri, langkah pertama membina masa depan.

*Tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh PKPJ.*

🕌 LAWATAN KE PROJEK PEMBANGUNAN MASJID TAMAN TIARA PERDANA, SIMPANG RENGGAM29 Oktober 2026 – YBhg. Dato’ Haji Ismail bin...
30/10/2026

🕌 LAWATAN KE PROJEK PEMBANGUNAN MASJID TAMAN TIARA PERDANA, SIMPANG RENGGAM

29 Oktober 2026 – YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn. Bhd., telah berkesempatan mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan semasa projek pembangunan Masjid Taman Tiara Perdana, Simpang Renggam.

Lawatan ini bertujuan melihat kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja pembangunan berjalan mengikut perancangan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

PIJ Property Development Sdn. Bhd. sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab pembangunan dengan mengutamakan kualiti, pemantauan berterusan serta penyediaan kemudahan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

📢 KENYATAAN SEBUTHARGA TERBUKA: PROJEK LANDSKAP MASJID TIARA, SIMPANG RENGAM   Pihak PIJ Property Development Sdn. Bhd. ...
26/10/2026

📢 KENYATAAN SEBUTHARGA TERBUKA:
PROJEK LANDSKAP MASJID TIARA, SIMPANG RENGAM

Pihak PIJ Property Development Sdn. Bhd. (Anak syarikat PIJ Holdings Sdn. Bhd. / Perbadanan Islam Johor) mempelawa kontraktor yang berpengalaman, layak, dan berdaftar di Malaysia untuk menyertai sebutharga bagi projek berikut:

📌 Tajuk Projek:
Cadangan Membina dan Menyiapkan Landskap Bagi Masjid 1 Tingkat di atas PTD 17459, HS(D) 80824, Jalan Tiara Utama, Taman Tiara Perdana, Mukim Ulu Benut, Daerah Kluang, Johor.

🛠️ Syarat & Kelayakan:
Gred & Kategori CIDB: Gred G1 dan Kategori CE.
Lawatan Tapak: Wajib dihadiri.

📍 BUTIRAN LAWATAN TAPAK & TAKLIMAT:
Tarikh: 28 Oktober 2026 Masa: 2:30 petang
Tempat: PTD 17549, Jalan Tiara Perdana, Taman Tiara Perdana, Mukim Ulu Benut, Daerah Kluang, Johor
(Lokasi: Bersebelahan dengan bulatan Jalan Tiara Utama dan Jalan Tiara)

📄 MAKLUMAT JUALAN DOKUMEN:
Harga Dokumen: RM250.00 (Tunai / Bank Deraf atas nama PIJ Property Development Sdn. Bhd. dan tidak dikembalikan)
Tarikh Mula Jualan: 29 Oktober 2026 hingga 9 November 2026
Tempat: Aras 1, Bangunan PIJ Holdings, No. 8, Jalan Bukit Timbalan, 80888 Ibrahim International Business District, Johor.

⚠️ Nota Penting: Dokumen tawaran hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang telah melawat tapak sahaja. Wakil kontraktor wajib membawa surat wakil kuasa, sijil pendaftaran CIDB asal, beserta satu salinan sijil semasa pembelian dokumen.

📥 TARIKH TUTUP HANTAR SEBUTHARGA:
Dokumen yang lengkap disempurnakan (bentuk bercetak hardcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan dihantar ke Peti Sebutharga PIJ Property Development Sdn. Bhd. di alamat di atas sebelum jam 12:00 tengah hari, Isnin (9 November 2026).

📞 Pertanyaan Lanjut:
No. Telefon: 07-2266366
E-mel: [email protected]

Sila kongsikan hantaran ini kepada rakan-rakan kontraktor yang mungkin berminat!

Maklumat tender juga diwar-warkan melalui laman web PIJ Property pada pautan berikut: https://www.pijproperty.com/ms/tender

https://drive.google.com/file/d/1BK5f78vuYu90oX9n056lfjBUxsDl5mXK/view?usp=drive_link

Tender dan sebut harga PIJ Property Development: butiran, tarikh tutup dan keputusan.

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL: CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI ATAS LOT 4458, JALAN YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU📅 16 Okto...
16/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL: CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI ATAS LOT 4458, JALAN YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU
📅 16 Oktober 2026 (Jumaat)

Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal berkaitan cadangan pembangunan perumahan di atas Lot 4458, Jalan Yahya Awal, Mukim Bandar, Johor Bahru telah diadakan bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Mesyuarat ini membincangkan cadangan pembangunan di atas tanah seluas 4.30 ekar, merangkumi pembangunan pangsapuri perkhidmatan dan komponen komersial. Cadangan ini turut melibatkan penelitian terhadap daya maju projek, aspek teknikal dan kewangan serta perkara berkaitan bagi memastikan potensi pembangunan dapat dinilai secara menyeluruh.

Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat, Dato' Ismail Abu dan En. Wan Aminudin dari PIJ Holdings, Tn Hj Mohd Faiz dari PIJ Property Development, serta barisan pengurusan dan Ahli Majlis MAINJ termasuk Haji Shafiei bin Ahamad (Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ), YB Dato' Haji Mohd Halim Bin Hasbullah, YB Dato' Haji Ikbal bin Salam, Tuan Haji Lukman bin Abu Bakar, Sohibul Fadhilah Tuan Haji Halid Bin Sono Al-Hafiz, Ustaz Haji Azlan bin Abdullah, serta wakil Penolong Pengarah Baitulmal MAINJ.

Semoga usaha kerjasama ini dapat membuka ruang kepada pembangunan yang berdaya maju dan memberi manfaat kepada semua pihak.

PEMAKLUMAN PERMOHONAN RAYUAN RMMJ JENIS D2 DI TAMAN PERBADANAN ISLAM RENGITAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, T...
16/10/2026

PEMAKLUMAN PERMOHONAN RAYUAN RMMJ JENIS D2 DI TAMAN PERBADANAN ISLAM RENGIT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan/Puan.

Untuk makluman, permohonan RMMJ Jenis D2 boleh dipertimbangkan bagi Tuan/Puan yang pernah memiliki rumah pertama dan kini ingin berpindah ke kediaman yang lebih selesa. Harga kediaman ini bermula RM300k.

Sekiranya berminat, sila lengkapkan dokumen berikut dan serahkan kepada pihak kami. Kami selaku pemaju akan membantu mengemukakan permohonan kepada PKPJ.

Senarai dokumen permohonan:
1. Surat rayuan kepada PKPJ.
2. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, bahagian depan dan belakang.
3. Sijil kelahiran.
4. Sijil nikah.
5. Pengesahan pendapatan bagi pemohon dan pasangan yang bekerja dengan majikan:
- Slip gaji tiga bulan terkini.
- Surat pengesahan majikan.
- Penyata KWSP terkini.
6. Pengesahan pendapatan bagi pemohon dan pasangan yang bekerja sendiri atau tidak bekerja:
- Akuan sumpah bekerja sendiri atau tidak bekerja.
- Penyata KWSP terkini.
Untuk makluman, rumah ini telah siap sepenuhnya pada Jun 2026 dan terdapat unit berbaki yang terhad untuk dimiliki.
Pihak PIJ Property Development Sdn. Bhd. sedia membantu mengemukakan permohonan kepada PKPJ.
Untuk pertanyaan lanjut dan maklumat permohonan, hubungi kami:

☎️ 07-226 6366
📱 WhatsApp: 013-492 2539
Dokumen lengkap berformat Pdf boleh diserahkan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.

26/01/2026

************************
KENYATAAN TENDER
************************

KERJA-KERJA MENDALAM DAN MENGELUARKAN PASIR SUNGAI SUSUR ROTAN DI PTD 3555, MUKIM ULU SUNGAI SEDILI BESAR, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

TARIKH IKLAN :
21 Januari 2026 (Rabu)

TARIKH JUALAN BORANG :
20 Januari 2026 (Selasa)

TEMPAT BELI :
PIJ HOLDINGS SDN BHD
Aras 8, Bangunan PIJ Holdings
Jalan Bukit Timbalan
80888 Ibrahim International Business District

TAKLIMAT TAPAK :
29 Januari 2026 (Khamis) Waktu: 10.30 pagi
Lokasi :
GPS KOORDINAT :
1.879784 N,
103.858303 E.

TARIKH TUTUP :
03 Februari 2026 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :
JABATAN PEMBANGUNAN BISNES
PIJ HOLDINGS SDN BHD
PN. NURUL SHAFIKAH BINTI ABD RAHMAN
NO. TEL: 07 – 2264752/53/55

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun Notis Sebut Harga :
https://pijholdings.com/korporat/tender/id/713dae64-1d90-4d3d-9e89-febedb9df969



Address

Level 1, Bangunan PIJ Holdings, No 8, Jalan Bukit Timbalan
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+6072266366

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIJ Property Development Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PIJ Property Development Sdn. Bhd.:

Shortcuts

Share

Nearby realtors & realty services