29/08/2022
Kenali Terma-Terma Hartanah
Setelah mengemukakan permohonan pinjaman anda ke bank pilihan, langkah seterusnya adalah untuk menunggu Surat Tawaran.
Kebiasaanya, ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu. Antara beberapa istilah lebih teknikal yang akan dihadapi oleh pembeli (dan mereka harus tahu terlebih dulu!) adalah seperti di bawah:
1.1 Jenis Pinjaman
Terdapat beberapa jenis pinjaman gadai janji, bergantung kepada keperluan anda.
Ada Pinjaman Perumahan Standard, Pinjaman Perumahan Fleksi, Pakej Pinjaman Perumahan / Peribadi, dan Pinjaman Perumahan Islamik.
• Pinjaman Perumahan Standard
Sesuai dengan namanya, Pinjaman Perumahan Standard adalah sejenis pinjaman yang paling biasa terdapat di pasaran. Kadar faedah pinjaman dikira berdasarkan kadar faedah tetap atau terapung.
Kelebihan kadar faedah tetap adalah peminjam tak akan dipengaruhi oleh turun naik pasaran; namun, kadar faedah terapung juga mempunyai kelebihan tersendiri.
Sebagai contoh, jika kadar pasaran menurun, kadar faedah juga akan berkurangan.
• Pinjaman Perumahan Fleksi
Pinjaman Perumahan Fleksi merupakan kegemaran mereka yang mempunyai lebihan wang tunai. Individu ni boleh memilih untuk memasukkan wang tunai tambahan ke dalam akaun pinjaman gadai janji mereka, di mana ia akan mengurangkan kadar faedah mereka.
Walau bagaimanapun, wang tunai boleh dikeluarkan untuk waktu tertentu, yang memberi mereka fleksibiliti untuk menggunakan dana yang mereka inginkan – kerana itulah, ia dinamakan Pinjaman Perumahan Fleksi.
• Pinjaman Perumahan Islamik
Pinjaman Perumahan Islamik adalah serupa dengan Pinjaman Perumahan Standard, kecuali ia menggunakan Kadar Pinjaman Asas (BFR) untuk menentukan berapa banyak pendapatan akan bank perolehi daripada pinjaman tersebut.
1.2 Jumlah Pinjaman
Jumlah pinjaman yang dinyatakan dalam Surat Tawaran adalah sangat penting. Ini kerana ia akan menyatakan berapa banyak pinjaman yang layak diperolehi oleh pembeli daripada institusi kewangan.
Baki selebihnya untuk rumah terbabit perlu diselesaikan oleh pembeli.
1.3 Tujuan Pinjaman
Surat Tawaran juga akan menyatakan tujuan pinjaman, yang mana dalam hal ini, pinjaman tersebut adalah bertujuan untuk pembelian rumah.
1.4 Butiran Hartanah
Surat Tawaran juga akan menyatakan semua maklumat relevan hartanah yang dibeli oleh pembeli, sama ada rumah teres setingkat, rumah setingkat superlink, atau sebagainya.
Butiran hartanah akan dinyatakan secara terperinci, termasuk keluasan tanah dan ukuran rumah.
1.5 Tempoh
Tempoh masa paling lama untuk pinjaman perumahan adalah 35 tahun. Surat Tawaran akan menyatakan berapa lama tempoh pembayaran yang diberi kepada pembeli untuk mereka membuat pembayaran.
Semakin pendek tempoh pinjaman, semakin tinggi bayaran bulanan, dan begitulah sebaliknya.
2) Pemprosesan/Menyiapkan Bayaran
Seperti semua dokumen perundangan lain, pinjaman bank juga memerlukan yuran pemprosesan yang juga dikenali sebagai yuran penyediaan (set-up fee).
Surat Tawaran akan menyatakan dengan jelas jumlah bayaran yang akan dikenakan untuk menyediakan pinjaman.
2.1 Caj Perkhidmatan Bulanan
Bank juga akan mengenakan sedikit bayaran bulanan, yang dikenali sebagai Caj Perkhidmatan Bulanan (amaun ini biasanya tak tinggi sangat!).
2.2 Faedah Dan Pembayaran Balik
Juga dinyatakan dengan jelas dalam Surat Tawaran tentang jadual pembayaran, dan kadar faedah yang harus dibayar oleh pelanggan.
2.3 Ansuran
Bayaran ansuran adalah bayaran bulanan tetap yang perlu dibayar oleh peminjam kepada bank. Kalau terlepas ni terlalu banyak kali, boleh kena diblacklist tau!
3) Dokumen Sekuriti
Untuk rumah kediaman dengan pegangan hakmilik, dokumen sekuriti yang perlu disertakan adalah Lampiran Gadaian, Perjanjian Kemudahan, dan Caj Instrumen dalam Borang 16A.
Sementara itu, rumah tanpa hakmilik akan memerlukan dokumen sekuriti yang terdiri daripada Surat Kuasa, Surat Ikatan Penyerahan Hak dan Perjanjian Kemudahan.
Sebagai ganti kepada latar belakang kewangan yang lemah, bank mungkin akan memerlukan dokumen sekuriti tambahan.
Antara contoh dokumen tambahan tersebut termasuklah bukti bayaran sewa, seorang penjamin, atau caj ke atas deposit tetap.
4) Pra-Bayaran
Ini berlaku apabila peminjam membuat lebihan pembayaran. Surat Tawaran akan menyatakan apa manfaat yang diperolehi daripada lebihan bayaran itu.
Biasanya untuk Pinjaman Perumahan Fleksi, kadar faedah rumah akan menurun dengan sewajarnya.
Untuk Pinjaman Perumahan Standard, peminjam perlu memeriksa sama ada mereka berhak mendapat sebarang faedah sekiranya menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan pinjaman mereka dengan lebih awal.
5) MRTA/MLTA
Kedua-duanya merupakan di antara insurans perumahan yang paling biasa. Jika mahu, peminjam boleh memilih untuk menjadikannya sebahagian daripada pinjaman gadai janji mereka
Sekiranya dipohon melalui bank, Surat Tawaran akan menyatakan jumlah dan kelayakan.
Syarat-syarat di atas adalah di antara istilah yang paling biasa digunakan dalam Surat Tawaran, dan ia juga merupakan istilah yang harus diperhatikan oleh pembeli rumah ketika meneliti terma dan syarat-syarat Surat Tawaran mereka.
Selamat menyediakan documentasi !