Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad

Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad, Property management company, KOPERASI KEMAJUAN TANAH NEGERI JOHOR BERHAD, NO. 8, TINGKAT 1, JALA PERSIARAN, Johor Bahru.

IKLAN JAWATAN KOSONG KOPKETAKoperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA) mempelawa calon yang berkelayakan, ber...
24/07/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG KOPKETA

Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA) mempelawa calon yang berkelayakan, berintegriti dan komited untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pengurus Ar-Rahnu
2. Penolong Pegawai Keanggotaan

📍 Lokasi Bertugas: Wisma KOPKETA, Bandar Seri Impian, Kluang, Johor

🕘 Taraf Jawatan: Sepenuh Masa

Permohonan adalah terbuka kepada calon luar dan kakitangan dalaman KOPKETA yang memenuhi syarat serta kelayakan yang ditetapkan. Semua permohonan akan dinilai berdasarkan kelayakan, pengalaman dan kesesuaian calon.

Cara Memohon

Calon hendaklah melengkapkan borang permohonan dalam talian dengan:

1. Mengimbas kod QR yang tertera pada poster; atau

2. Mengakses pautan permohonan berikut:
Borang Permohonan Jawatan Kosong KOPKETA

Calon juga dikehendaki memuat naik dokumen berikut:

-Resume atau Curriculum Vitae terkini;

-Salinan sijil akademik;

-Salinan sijil atau latihan profesional yang berkaitan;

-Surat pengesahan pengalaman kerja, sekiranya ada; dan

-Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

📅 Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2026

Permohonan yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temu duga.

Sertai pasukan KOPKETA dan bina kerjaya bersama kami.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sempena sambutan Hari Ibu 🌷, pihak KOPKETA ingin merakamkan setinggi-tinggi pengharg...
10/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena sambutan Hari Ibu 🌷, pihak KOPKETA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ibu dalam kalangan warga anggota KOPKETA atas segala pengorbanan, kasih sayang dan jasa yang tidak ternilai dalam membentuk keluarga yang harmoni serta masyarakat yang sejahtera.

Sesungguhnya, peranan seorang ibu amat besar dalam mendidik, membimbing dan menjadi sumber kekuatan kepada keluarga. Ketabahan dan keikhlasan seorang ibu wajar dihargai dan disanjung tinggi.

Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

“Kasih Ibu Membawa Ke Syurga”

Ikhlas daripada,
Anggota Lembaga Koperasi, Pengurusan dan Warga Kerja KOPKETA.

Seluruh barisan Anggota Lembaga Koperasi dan Pengurusan,Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA) merakamkan...
30/04/2026

Seluruh barisan Anggota Lembaga Koperasi dan Pengurusan,
Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA) merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia, khususnya warga dan anggota KOPKETA.

Semoga setiap usaha dan keringat yang dicurahkan menjadi asas kepada pembinaan masa depan yang lebih bermakna, sejahtera dan berdaya tahan. Dalam semangat koperasi, setiap sumbangan anggota turut memperkukuh kebersamaan, memperkasa ekonomi serta menyemai nilai keadilan dan kesejahteraan demi manfaat bersama.

Selamat Hari Pekerja 2026!

IKLAN JAWATAN KOSONGKOPERASI KEMAJUAN TANAH NEGERI JOHOR BERHAD (KOPKETA)Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KO...
30/04/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG
KOPERASI KEMAJUAN TANAH NEGERI JOHOR BERHAD (KOPKETA)

Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA) mempelawa individu yang berkelayakan mengisi jawatan berikut:

1. PEGAWAI SYARIAH KOPKETA (Cum Pegawai Ar-Rahnu)
Kelayakan:
1. Memiliki minimun Diploma dalam bidang Syariah atau pengajian dalam bidang Usul Fiqh dan Fiqh al-Muamalat.
2. Berkemahiran dalam bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
3. Skop Tugas sebagai Pegawai Ar Rahnu dan Penasihat Syariah KOPKETA.
4. Pemahaman asas yang kukuh tentang ayat-ayat Al-Quran berkaitan Usul Fiqh dan Fiqh Muamalat.
5. Keupayaan menerapkan prinsip Syariah dalam aktiviti koperasi dan operasi Ar-Rahnu.
6. Memastikan setiap transaksi, kontrak dan pengurusan gadaian mematuhi ketetapan hukum berteraskan keadilan dan amanah

MAKLUMAT PERMOHONAN
Tarikh Buka Iklan: 1 Mei 2026
Tarikh Tutup Iklan: 10 Mei 2026

Calon yang berminat hendaklah membuat permohonan melalui pautan berikut:
https://forms.gle/XFDKnzcpZZpnK7jw6

Pemohon perlu memuat naik resume terkini, salinan kad pengenalan, sijil-sijil akademik serta dokumen sokongan (jika berkenaan). Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga.

20/03/2019

Rasmi:

KOPERASI KEMAJUAN TANAH NEGERI JOHOR BERHAD
(KOPKETA)

Address

KOPERASI KEMAJUAN TANAH NEGERI JOHOR BERHAD, NO. 8, TINGKAT 1, JALA PERSIARAN
Johor Bahru
86000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077764076

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad:

Shortcuts

Share