04/02/2022
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera
Salam Jumaat
Okay harini saja nak share sikit tentang faktor-faktor yang perlu dititikberatkan sebelum anda nak membeli unit Landed 🏠 (Teres, Semi-D, Banglo, Kluster) ataupun High Rise 🏢 (Flat, Pangsapuri, Service Apartment, Kondominium)
Ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan sebaiknya sebelum buat keputusan untuk pilih salah satu daripada jenis hartanah yang ada, antaranya ;
1) Faktor Kewangan ,
- Ikut kemampuan untuk membeli
2) Faktor Ruang
-Hartanah itu cukup selesa ataupun tidak untuk anda serta keluarga
3) Faktor Privasi
-Bergantung kepada kepadatan penduduk, anda s**a tempat yang sunyi ataupun anda tak kisah dengan yang sebaliknya
4) Faktor Keselamatan
-Ada kawalan keselamatan 24jam? Gated/Guarded? Access Cards?
5) Faktor Pemilikan
-Anda cari yang hakmilik kekal ataupun hakmilik pajakan
6) Faktor Kemudahan (Accessibilities & Facilities)
-Unit yang anda cari ada kemudahan yang anda serta keluarga perlukan? Mudah atau susah nak bergerak kemana sahaja daripada rumah anda?
Nak beli sebuah hartanah tu bukanlah satu keputusan yang mudah untuk kita lakukan. Banyak faktor yang perlu diambil kira oleh pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah hartanah. Terutamanya bagi pembeli yang telah berkeluarga, akan berkeluarga, ada keluarga besar; mempunyai anak-anak yang ramai.
Jadi, faktor-faktor tadi tu boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih jenis kediaman yang bersesuaian dengan kemampuan, kemahuan, keperluan serta keadaan anda.
Apa yang penting, kediaman ini haruslah memberikan keselesaan buat seisi keluarga untuk didiami. Jadi, tidak kiralah kediaman jenis apa sekalipun, sama ada high rise atau landed, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Maka sebagai pembeli, anda haruslah bijak memilih serta membuat keputusan & sebagai perunding hartanah, tugas saya adalah membantu pembeli dalam mendapatkan unit hartanah yang terbaik serta bersesuaian dengan permintaan pembeli, untuk memiliki "Dream House" 🏡 mereka 😊