16/11/2026
🏡 Permulaan baharu, impian menjadi nyata.
Jumaat lalu, 13 November 2026, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) dan J-Home OSC bagi pembeli Residensi Bangsa Johor @ Simpang Renggam di TMIYC Renggam. Sebanyak 64 unit RMMJ Jenis B ditawarkan kepada pemohon yang layak, membawa mereka selangkah lebih dekat untuk memiliki kediaman sendiri.
Dibangunkan oleh JLG Land Berhad di Mukim Renggam, Kluang, projek ini menampilkan rumah teres satu tingkat berstatus pegangan bebas, dengan saiz tanah 18’ × 65’, keluasan binaan 850 kps, serta 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi untuk keselesaan seisi keluarga.
Dengan akses mudah ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta rangkaian jalan utama ke Ayer Hitam, Machap dan Layang-Layang, kediaman ini menghubungkan keselesaan hidup dengan kemudahan perjalanan harian.
Tahniah kepada semua penerima SLMR! Semoga langkah ini membuka lembaran kehidupan yang penuh kebahagiaan dan kenangan indah bersama keluarga. ✨