15/10/2026
OWNER, JANGAN ANGGAP AGENT TAHU SEMUA TUNGGAKAN BIL RUMAH ANDA!
Satu perkara yang owner perlu faham apabila melantik Real Estate Negotiator (REN) untuk menjual rumah.
Agent bukan secara automatik tahu berapa jumlah tunggakan bil rumah anda.
Kami tidak boleh mengetahui semua perkara tanpa maklumat, penyata dan pengesahan daripada pihak owner.
🏠 Antara perkara yang owner perlu maklumkan dan semak sendiri:
1️⃣ Tunggakan Cukai Tanah.
2️⃣ Tunggakan Cukai Pintu.
3️⃣ Tunggakan Indah Water (IWK).
4️⃣ Maintenance Fee & Sinking Fund.
5️⃣ Baki pinjaman bank dan redemption.
6️⃣ Tunggakan bil air dan elektrik.
7️⃣ Sebarang tuntutan atau rekod berkaitan hartanah.
OWNER, TOLONG BERTERUS TERANG DENGAN AGENT.
Jika ada tunggakan, maklumkan dari awal.
Jangan sembunyikan masalah dan jangan tunggu sehingga buyer sudah ada, loan sudah lulus atau SPA hampir ditandatangani baru perkara tersebut dimaklumkan.
Kerana apabila masalah timbul di pertengahan proses jual beli, bukan sahaja owner yang terkesan, malah buyer, agent dan pihak peguam juga boleh menghadapi kesulitan.
Kami sebagai agent bertanggungjawab membantu menguruskan proses jual beli, mencari buyer dan menyelaras urusan transaksi.
Tetapi tanggungjawab memberikan maklumat sebenar berkaitan hartanah tetap memerlukan kerjasama owner.
KERJASAMA OWNER MEMUDAHKAN KERJA AGENT.
Jujur dari awal, urusan lebih mudah kemudian. 🤝
EYDA ZAINI
016-731 5884
Real Estate Negotiator
Squad NJ | AZMI REAL ESTATE AGENCY