Kamal Hisham and Associates

Kamal Hisham and Associates KAMAL HISHAM & ASSOCIATES Business & Legal Consultants MESSRS KAMAL HISHAM & ASSOCIATES, known as “KHAS” is a Malaysian based legal firm. Kamal Hisham Jaafar.

Founded by the Managing Partner , Mr. KHAS is a medium size legal firm with a vision of success. This guiding principle of practice has been the promotion of high standard of legal work and protection of client interest. We emphasize on doing the right work right, on time every time to the satisfaction of our clients. We serve our clients with quality legal service within the limits of and accordi

ng to the rules of legal and professional ethics. We provide legal service and solutions in all areas of law including but not limited to conveyancing & land law, banking & corporate law, civil litigation (torts, contract), banking and financial litigation, criminal law), statutory, municipal & administrative law, industrial relations & employment law and non-contentious legal matters (probate and administration of deceased estates). Our mission is to provide the best professional legal service. Should you have a legal requirement, we will provide the legal service to meet the requirement. If you are part of a legal problem, we will separate you from the problem and we will provide the solution to that problem. Keep us in mind and call us to solve your legal problems. We are ‘Your Legal Business Partner’.

KEPUTUSAN MAHKAMAH ADALAH urusan Hakim Mahkamah yang bijaksana. Malaysia telah menerima pakai Sistem Adversarial bagi pe...
05/05/2026

KEPUTUSAN MAHKAMAH ADALAH urusan Hakim Mahkamah yang bijaksana.

Malaysia telah menerima pakai Sistem Adversarial bagi perbicaraan di Mahkamah yang mana Hakim tidak aktif mencari bukti tetapi hanya memastikan suatu perbicaraan dijalankan secara Adil. Hanya dokumen dokumen dan bukti bukti yang ada dibawa ke perbicaraan yang diterima masuk sebagai keterangan yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah. Terdapat beberapa akta akta digunapakai bagi menapis apa yang boleh diterima masuk atau tidak dan ianya berbentuk teknikal. Kegagalan mematuhi keperluan keperluan teknikal boleh menyebabkan bukti bukti yang memihak kepada pihak pihak tertentu ditolak walaupun berkemungkinan ianya adalah KEBENARANBSEBENARNYA.

Sebagai seorang pengamal undang undang adalah terikat untuk mematuhi dan perlu AKUR sistem keadilan yang ada. Ini adalah satu sistem yang yang baik walaupun kadang kala ianya menyekat bukti bukti penting disebabkan isu pematuhan syarat syarat kemasukan berbentuk teknikal.

Berkaitan dengan kes Rosmaini Raof yang viral pada masa ini, SEBENARNYA saya BUKANLAH Peguambela yang mengendalikan kes perbicaraan beliau berkaitan Jahidah Nordin di peringkat Pendakwaan. Jadi saya TIDAK BERPELUANG untuk menyoal saksi saksi Pendakwaan.
Saya hanya mewakilinya setelah Mahkamah Perbicaraan mendapati ada prima facie kes. Penglibatan saya di dalam kes ini HANYALAH SECARA PRO BONO atau PERCUMA.
Persetujuan untuk membantu di dalam kes ini dibuat setelah mendengar RAYUAN dan TANGISAN isteri pertama serta anak anak Rosmaini yang telah hidup penuh kesukaran setelah Rosmaini berkahwin dengan mangsa.
Perkahwinan ini telah menyebabkan anak anaknya terabai dan hidup serba kekurangan. Setelah menimbangkan cerita dari keluarga yang susah ini DAN kemudianya membaca bukti bukti TIGA dokumen utama, MAKA saya bersetuju membantu mereka untuk mengeluarkan Rosmaini dari tahanan.

Berdasarkan dokumen dokumen tersebut jelas menunjukan berkemungkinan besar telah berlaku salah guna kuasa serta terjadi ketidakadilan semasa proses siasatan dan perbicaraan.

SAYA AMAT BENCI dengan Pembuli dan BENCI kepada salah guna kuasa oleh pihak pihak tertentu yang mengainaya orang ramai.

Bermula dari situ saya mula membantunya sehingga dia dapat bebas semula dari penjara dengan satu perintah pengantungan hukuman. Rosmaini dapat keluar bebas selama 1 tahun 5 bulan. Kegembiraan keluarganya terutama anak anaknya jelas tergambar dan mereka hidup bahagia sehingga muncul perempuan perempuan baru yang mengganggu kebahagiaan keluarga ini.

Saya kurang berpeluang untuk berjumpa dengan Rosmaini kerana tidak rapat dan hanya mengenalinya sebagai “client” sahaja. Saya tidak mengetahui dia akan berkahwin baru dengan perempuan perempuan tersebut DAN Juga tidak menjangka dia akan terlibat dengan kejadian bergaduh memukul isteri setelah dia bebas. Saya hanya mengetahui cerita kes kes baru dari media sosial bila ianya viral.

Sewaktu bebaskan dia, saya dan barisan peguam telah menasihatkannya untuk menjaga isteri dan anak anaknya yang sedang membesar serta memerlukan kehadiran kasih sayangnya. Manusia berubah bila diberi peluang.

Sehingga 4 Mei 2026, selepas kes di Mahkamah Rayuan Rosmaini tetap tegas menafikan dialah pelaku jenayah terhadap Jahidah, namun dia akur dan tabah terima keputusan Mahkamah tersebut. Beliau percaya beliau kalah kes kerana isu teknikal apabila Mahkamah tidak membenarkan pemangilan semula Saksi Utama dan kegagalan dokumen bukti D45 dan D47 dipertimbangkan atas alasan ianya tidak dibangkitkan pada awal kes Pendakwaan. Mahkamah berpendapat dokumen dokumen itu adalah satu “after thought” walaupun yang berbuat “after thought” itu adalah saksi pendakwaan utama sendiri bukannya tertuduh(Rosmaini), selalunya isu “after thought” terjadi jika ianya dibuat oleh tertuduh bukan saksi pendakwaan.

Saya menasihatkannya untuk menerima penghakiman Mahkamah dengan hati lapang dan terbuka serta anggap ini ujian Allah swt kepadanya.

SAYA AMAT PERCAYA sekiranya saya dilantik dari awal kes perbicaraan bermula MAKA KEPUTUSAN KES INI ADALAH BERBEZA kerana ianya berkisar tentang isu isu teknikal undang undang. Dua dokumen tersebut dinamakan D45 dan D47 adalah satu surat sumpah dan laporan Polis yang dibuat sendiri oleh Saksi Utama Pendakwaan yang mengatakan beliau dipaksa untuk TIDAK BERCAKAP BENAR sewaktu membuat laporan Polis pertama sehari selepas kejadian dan sewaktu beri keterangan di Mahkamah perbicaraan di peringkat pendakwaan.

Akibat dari unsur paksaan berlaku maka Rosmaini terjumlah sebagai Pelaku jenayah yang berlaku kepada Jahidah. Tujuan Saksi utama itu buat dokumen D45 dan D47 adalah untuk membetulkan perkara sebenar dan menafikan apa yang dia tulis di dalam laporan Polis pertama (P1). Jika D45 dan D47 diterima dan pemangilan semula saksi dibenarkan DAN TIDAK DIHALANG , saya percaya keputusan Mahkamah berkemungkinan BERBEZA. Hakim bijaksana telah buat keputusan berdasarkan keperluan undang undang dan saya Akur menghormatinya dan menasihatkan Rosmaini menerimanya (walaupun dia tetap tidak puas hati).
ITULAH NASIB ROSMAINI yang terpaksa dijalaninya. Keputusan itu perlu diterimanya.

Ramai salah anggap terhadap peranan Peguambela, ramai yang beranggapan mereka sebagai Pembela Individu Bersalah di mata masyarakat, orang awam mudah buat penilaian TANPA MEMAHAMI maksud “ Innocent Until Proven Guilty” dan gagal memahami sistem perbicaraan yang Adil. Ini disebabkan oleh media, filem,drama dan berita yang menekankn aspek SENSASI.
Bagi saya kritikan dan pandangan negatif terhadap saya di dalam membantu keluarga Rosmaini di dalam kes ini diterima sebagai satu CABARAN dan ujian kepada Profesion ini.

Namun saya telah dinasihatkan untuk TIDAK
PERLU TERLALU MELAYAN pandangan “nyamuk-nyamuk” dan ORANG ORANG JAHIL ILMU ini.
DAN mengambil ikhtibar dari pandangan Imam Syafie berbunyi “ AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG BERILMU tetapi aku pasti kalah berdebat dengan seorang yang JAHIL, kerana orang JAHIL itu TIDAK FAHAM LANDASAN ILMU.”

Bagi saya kes ini hanya satu kes biasa dari ratusan kes kes biasa yang menjadi tugas harian saya. Banyak kes kes lebih dan besar lagi seperti kes bunuh, rogol, rompak dan dadah yang lebih mencabar. Menang atau kalah adalah Hak Hakim atau Mahkamah bijaksana untuk menentukannya.
Selepas kes ini,perasaan saya biasa sahaja dan meneruskan kehidupan harian seperti biasa sahaja tanpa terkesan atau beremosi. Saya mendoakan Jahidah cepat kembali sembuh seperti sediakala.
Saya berterima kasih kerana memberikan publisiti percuma yang meluas kepada saya , Alhadulillah banyak kes kes baru dan rezeki Allah swt yang mencurah curah diterima. Saya percaya Allah swt beri pahala percuma akibat kritikan dan tomahan yang dibuat oleh orang orang jahil seperti kata Iman Syafie itu. TERIMA KASIH DAUN KELADI.

HARI INI KENDALIKAN KES PEMBUNUHAN Seksyen 302 Kanun Kesiksaan bersama Seksyen 325 dan 326 Kanun Kesiksaan di Mahkamah T...
03/04/2026

HARI INI KENDALIKAN KES PEMBUNUHAN Seksyen 302 Kanun Kesiksaan bersama Seksyen 325 dan 326 Kanun Kesiksaan di Mahkamah Tinggi.

23/03/2026

SALAM AIDIL FITRI, Maaf Zahir Batin

22/12/2025

Kuasa kuasa YDP Agong dan Raja Raja Melayu
hendaklah dihormati, keputusan menolak Permohonan Bekas PM perlu dirayu dan diperbetulkan. Kes kes duluan sepatutnya dijadikan sandaran.-KHJ

SELEPAS SOLAT  SUBUH 8HB NOV, saya TERUS ke Airport bagi bermusafir ke Dubai.Alhamdulillah, semalam ,saya serta barisan ...
08/11/2025

SELEPAS SOLAT SUBUH 8HB NOV, saya TERUS ke Airport bagi bermusafir ke Dubai.
Alhamdulillah, semalam ,saya serta barisan peguam saya telah berjaya MEMBEBASKAN Anak Guam kami, Pn Hamimah iaitu Akauntant GISB dari HUKUMAN PENJARA. Anak guam kami juga adalah orang pertama yang dibebaskan dengan jamin sebelum ini sedangkan rakan rakannya yang lain terpaksa menunggu lama di Penjara .Saya amat gembira dan amat bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada Kerajaan, Peguam Negara, Mahkamah dan PDRM yang amat prihatin dan penuh ikhsan di dalam menyelesaikan kes ini. Saya perlu berehat untuk beberapa hari setelah berhempas pulas dengan tugasan harian, jadi saya kembali ke PONDOK saya di Dubai.

09/09/2025

ADAKAH "MORTALITY AUDIT" TELAH DIBUAT UNTUK KES TELAH DIBUAT OLEH HOSPITAL QUEEN ELIZABETH /KKM ??

Ini hendaklah dikemukakan dan dirujuk di dalam INKUES. Hanya pandangan dari seorang PATHOLOGIST yang telah dibuat " TERKELUAR" dari skopnya, MAKA LAPORAN "MORTALITY AUDIT " AMAT DIPERLUKAN demi mendapat pandangan yang lebih ADIL DAN PROFESSIONAL .

06/09/2025

"KETERANGAN PATHOLOGIST di dalam kes ZARA QARINA telah dibuat di luar scope dan di luar kepakarannya. Keterangan beliau perlu dibantah dan ditapis dengan bijaksana". KHJ -

LEPAS DAN BEBAS TANPA DIPANGGIL membela diri. ALHAMDULILLAH kes Tuduhan  Seksyen 302 Kanun Kesiksaan Membunuh Dengan Nia...
29/04/2025

LEPAS DAN BEBAS TANPA DIPANGGIL membela diri. ALHAMDULILLAH kes Tuduhan Seksyen 302 Kanun Kesiksaan Membunuh Dengan Niat berjaya saya bebaskan hari ini. Kes ini rumit, namun berkat kesungguhan semuanya dipermudahkan oleh Allah swt

BERSIDANG DI DALAM PENJARA.  Atas Arahan Mahkamah kes GISB dibuat di dalam.Penjara Kajang. ALHAMDULILLAH Pn Hamimah Yaku...
18/03/2025

BERSIDANG DI DALAM PENJARA. Atas Arahan Mahkamah kes GISB dibuat di dalam.Penjara Kajang. ALHAMDULILLAH Pn Hamimah Yakub,Akauntan GISB, Anak guam kami
(Salah seorang tertuduh) telah berjaya kami BEBASKAN pada awal Januari 2025, NAMUN 21 Orang tertuduh yang lain MASIH DITAHAN REMAN sejak bulan September 2024. Permohonan jaminan oleh peguam peguam lain yang mewakili 21orang tertuduh lain didengar oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang khas di dalam Penjara Kajang hari ini, namun keputusan permohonan itu dibuat kemudian hari. Semoga mereka tabah dan kuat hadapi ujian Allah ini.

SEMALAM DI MAHKAMAH TINGGI JOHOR BAHRU , sampai Kuala Lumpur jam 12 tengah malam, awal pagi terus ke ISTANA KEHAKIMAN PU...
26/02/2025

SEMALAM DI MAHKAMAH TINGGI JOHOR BAHRU , sampai Kuala Lumpur jam 12 tengah malam, awal pagi terus ke ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA.
SEMANGAT KENA KUAT DAN HATI KENA KENTAL.....bukan senang nak jadi senang DAN tidak susah untuk menjadi susah. APA YANG PENTING, keluar rumah kerana Allah swt dan hidup dan mati kita kerana Allah.

Address

Suite 1B, Level 6, Menara Dato' Onn, PWTC, 41, Jalan Tun Ismail, , 50480, Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur. , , No 01-06, Blok A, , Persiaran Pertama Pusat Perdagangan Danga Utama Skudai, , 81300 Joh
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60340510939

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamal Hisham and Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kamal Hisham and Associates:

Share

Category