FNF Property

FNF Property PERUNDING HARTANAH ANDA

Sesambil layan listing baru dengan ketua, tiba2 dapat whatsapp dari client. Alhamdulillah full deposit paid by client. ‼...
07/08/2026

Sesambil layan listing baru dengan ketua, tiba2 dapat whatsapp dari client. Alhamdulillah full deposit paid by client. ‼️2.5 STOREY TAMAN PULAI MUTIARA CLOSED‼️Inilah rumah yang client terpaksa panjat untuk viewing. Alhamdulillah 🤲🏻

NAK CARI RUMAH SEWA, NAK BELI RUMAH? BOLEH ROGER HAKAK👇🏻

FATIN | 011-5977 4184
MAXXAN REALTY SDN BHD

Beli Rumah Sebab Trend? Jangan Sampai Menyesal.Sekarang ramai orang beli rumah sebab tengok kawan dah beli. Ada yang tak...
16/07/2026

Beli Rumah Sebab Trend? Jangan Sampai Menyesal.

Sekarang ramai orang beli rumah sebab tengok kawan dah beli. Ada yang takut harga naik, ada yang takut “tertinggal train”. 😅

Tapi ingat, rumah bukan barang yang kita beli sebab ikut trend.

Sebelum sign apa-apa, fikir dulu:

🏘️Ansuran bulanan mampu ke?
🏘️Lokasi sesuai dengan rutin harian?
🏘️Rumah itu memenuhi keperluan sekarang dan beberapa tahun akan datang?

Jangan biarkan FOMO buat kita terburu-buru membuat keputusan. Lebih baik ambil masa mencari rumah yang betul, daripada menyesal dengan komitmen yang perlu ditanggung bertahun-tahun.

Beli rumah bukan perlumbaan. Setiap orang ada masa dan rezeki masing-masing.

Kalau anda masih mencari rumah yang sesuai dengan bajet dan keperluan, boleh hubungi saya. Insya-Allah saya bantu beri penerangan dan cadangkan pilihan yang bersesuaian.

FATIN | 011-5977 4184
MAXXAN REALTY SDN BHD

Impian memiliki rumah bermula dengan langkah pertama.Tak pasti nak mula dari mana?Biar saya bantu permudahkan urusan and...
15/07/2026

Impian memiliki rumah bermula dengan langkah pertama.

Tak pasti nak mula dari mana?
Biar saya bantu permudahkan urusan anda. 🏡

📞 PM saya untuk semak rumah yang sesuai dengan keperluan anda.

FATIN | 011-5977 4184
MAXXAN REALTY SDN BHD

Belajar tak pernah ada noktah.Semalam saya berpeluang menyertai Basic Real Estate Workshop secara online. Banyak ilmu ba...
13/07/2026

Belajar tak pernah ada noktah.

Semalam saya berpeluang menyertai Basic Real Estate Workshop secara online. Banyak ilmu baru yang saya pelajari, daripada asas hartanah sehinggalah cara memberikan servis yang lebih baik kepada setiap client.

Bagi saya, ilmu adalah pelaburan terbaik. Semakin banyak belajar, semakin yakin untuk membantu anda mencari rumah yang sesuai atau menguruskan urusan jual beli dengan lebih profesional.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya.

CERITA SEMALAM😉Terus belajar, terus berkembang.Semalam berpeluang menyertai sesi Lex Schola bersama En. Muhammad Azharud...
09/07/2026

CERITA SEMALAM😉

Terus belajar, terus berkembang.

Semalam berpeluang menyertai sesi Lex Schola bersama En. Muhammad Azharuddin Md Azmi mengenai Due Diligence Sebelum Perjanjian Jual Beli Hartanah.

Sebagai ejen hartanah, menambah ilmu bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi supaya dapat memberi nasihat dan perkhidmatan yang lebih baik kepada setiap client. Setiap ilmu yang dipelajari hari ini adalah nilai tambah untuk membantu urusan jual beli hartanah dengan lebih selamat, telus dan profesional.

Terima kasih kepada penganjur dan speaker atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga ilmu ini dapat dipraktikkan dalam setiap urusan bersama client.

📚 Never stop learning, because the property industry never stops evolving.

Ramai penyewa beranggapan security deposit ialah “wang tambahan” yang akan dipulangkan secara automatik apabila tamat te...
08/07/2026

Ramai penyewa beranggapan security deposit ialah “wang tambahan” yang akan dipulangkan secara automatik apabila tamat tempoh sewaan. Sebenarnya, security deposit berfungsi sebagai perlindungan kepada kedua-dua pihak, iaitu pemilik rumah dan penyewa.

Apakah tujuan security deposit?

✅ 1. Menampung kerosakan pada rumah
Jika terdapat kerosakan yang berpunca daripada kecuaian penyewa, kos pembaikan boleh ditolak daripada security deposit. Contohnya pintu rosak, dinding berlubang atau peralatan rumah yang rosak akibat penggunaan yang tidak wajar.

✅ 2. Menjelaskan tunggakan sewa
Sekiranya penyewa masih mempunyai tunggakan sewa ketika keluar dari rumah, pemilik boleh menggunakan sebahagian daripada security deposit untuk menampung jumlah tersebut.

✅ 3. Menampung bil utiliti yang belum dijelaskan
Jika bil elektrik, air, internet atau utiliti lain masih belum dibayar selepas penyewa berpindah, ia juga boleh ditolak daripada deposit mengikut syarat dalam perjanjian sewaan.

✅ 4. Melindungi pemilik jika penyewa melanggar perjanjian
Contohnya penyewa keluar sebelum tamat tempoh kontrak tanpa mengikut syarat yang dipersetujui atau meninggalkan rumah dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Bila deposit akan dipulangkan?

Jika penyewa:

📍Membayar sewa seperti yang dipersetujui.
📍Menjelaskan semua bil utiliti.
📍Menyerahkan rumah dalam keadaan baik (mengambil kira haus dan lusuh penggunaan biasa).
📍Mematuhi semua syarat dalam tenancy agreement.

Maka, security deposit lazimnya akan dipulangkan selepas pemeriksaan akhir rumah dan semua urusan berkaitan selesai.

Kesimpulannya, security deposit bukanlah “bayaran hangus”. Ia adalah wang jaminan yang bertujuan melindungi kedua-dua pihak dan memastikan urusan sewaan berjalan dengan lebih adil serta profesional.

5 Tanda Rumah Sesuai Untuk Pelaburan Bukan semua rumah sesuai dijadikan pelaburan. Antara tanda yang boleh dipertimbangk...
25/06/2026

5 Tanda Rumah Sesuai Untuk Pelaburan

Bukan semua rumah sesuai dijadikan pelaburan. Antara tanda yang boleh dipertimbangkan:

1. Kawasan sedang berkembang
Pilih kawasan yang ada pembangunan baru seperti sekolah, pusat komersial atau projek infrastruktur kerana berpotensi meningkatkan nilai hartanah.

2. Permintaan sewa yang tinggi
Kawasan berhampiran tempat kerja, universiti atau bandar biasanya lebih mudah mendapatkan penyewa.

3. Akses dan jaringan jalan yang baik
Rumah yang mudah diakses melalui lebuh raya atau pengangkutan awam lebih menarik untuk pembeli dan penyewa.

4. Kemudahan lengkap di sekitar
Kehadiran pasar raya, klinik, sekolah dan kemudahan harian boleh meningkatkan daya tarikan hartanah.

5. Potensi kenaikan nilai (Capital Appreciation)
Lihat rekod harga kawasan dan perkembangan masa depan untuk menilai peluang peningkatan nilai hartanah.

Pelaburan hartanah bukan sekadar beli rumah murah tetapi beli di lokasi yang mempunyai potensi.

MENCARI HARTANAH DI JOHOR BAHRU❓❓

Boleh hubungi saya👇🏻

FATIN | 011-5977 4184
MAXXAN REALTY SDN BHD

Cari rumah sewa yang dah siap lengkap & boleh terus masuk? Ini mungkin rumah yang anda cari 🏡💫🛏️ Fully Furnished🛁 Selesa...
23/06/2026

Cari rumah sewa yang dah siap lengkap & boleh terus masuk? Ini mungkin rumah yang anda cari 🏡💫

🛏️ Fully Furnished
🛁 Selesa & kemas
🍳 Kabinet dapur lengkap
🛋️ Sesuai untuk keluarga / working adults
🌿 Rumah cantik, suasana tenang & selesa didiami

LOCATION: TAMAN PULAI MUTIARA

Tak perlu pening fikir perabot, bawa barang peribadi je dan terus tinggal 🙌

📩 Berminat nak tengok unit atau nak tahu details lanjut?

Hubungi FATIN – 011-5977 4184

22/06/2026

🏡 Bayangkan balik kerja terus sampai rumah…

Ruang tamu luas untuk rehat, dapur kemas untuk masak, bilik cukup untuk keluarga tersayang ❤️

Kalau tengah cari rumah area Pulai yang selesa & move-in ready, mungkin rumah ni boleh masuk dalam list anda.

📍2.5 Storey Pulai Mutiara (Acacia)
✅ Freehold
✅ 18x65
✅ Bumi Lot
💰 RM5xxK

Nak tengok dulu suasana rumah? Boleh arrange viewing 😊

FATIN | 01159774184
MAXXAN REALTY SDN BHD

21/06/2026

Mana Lebih Baik: Beli Atau Sewa Rumah?

Keputusan beli atau sewa rumah bergantung pada keadaan kewangan, matlamat dan fasa hidup masing-masing. Ada keadaan di mana sewa lebih sesuai dahulu.

1. Harga rumah terlalu mahal berbanding sewa
Jika ansuran rumah jauh lebih tinggi daripada kadar sewa, menyewa boleh beri penjimatan bulanan yang boleh digunakan untuk simpanan atau keperluan lain.

2. Harga hartanah tidak semestinya sentiasa naik
Pasaran sekarang tidak sama seperti dulu. Ada kawasan harga statik atau menurun kerana lebihan bekalan. Jadi beli sekarang belum tentu untung dalam masa singkat.

3. Belum cukup kemampuan kewangan
Beli rumah perlukan deposit dan kos tambahan yang besar. Jika kewangan masih ketat, menyewa sementara sambil kumpul simpanan adalah pilihan yang baik.

4. Belum pasti lokasi untuk menetap
Jika kerja atau perancangan hidup masih berubah-ubah, sewa beri fleksibiliti untuk berpindah tanpa komitmen jangka panjang.

5. Pelaburan hartanah bukan untuk semua orang
Rumah sewa perlukan masa dan tenaga untuk diurus. Ada orang lebih sesuai fokus pada bisnes atau pelaburan lain yang lebih dekat dengan kepakaran mereka.

6. Risiko kewangan lebih rendah
Menyewa mengurangkan komitmen hutang jangka panjang dan risiko kenaikan bayaran bulanan atau masalah kewangan jika tidak mampu bayar pinjaman.

7. Belum cukup ilmu beli rumah
Sebelum beli, faham dulu tentang kemampuan kewangan, lokasi, nilai pasaran dan elakkan membeli kerana ikut orang atau terpengaruh dengan tawaran yang tidak sesuai.

Kesimpulan

Untuk jangka panjang, memiliki rumah biasanya lebih baik kerana membina aset sendiri. Tetapi masa untuk membeli perlu ikut tahap kesediaan kewangan, ilmu dan keperluan hidup, bukan sebab tekanan atau trend semasa.

Address

1a, Jalan Harmonium 23/12, Taman Desa Tebrau
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FNF Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FNF Property:

Shortcuts

Share

Category