14/04/2020
Hati-Hati Semua
SCAM ALERT: AWAS TAKTIK TERBAHARU SINDIKET PENIPUAN!
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik terbaharu sindiket penipuan yang menggunakan aplikasi palsu dan Whatsapp bagi mendapatkan maklumat peribadi atau kewangan.
Anda juga diminta untuk segera menamatkan perbualan telefon sekiranya dihubungi oleh mana-mana individu yang mendakwa mereka sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank.
Jangan biarkan si penipu mengambil wang anda. Pastikan sebarang maklumat disemak terlebih dahulu daripada sumber yang sahih.
Sumber: Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official), Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )