07/07/2026
πππ£πππππππππ‘ π‘ππππ₯π, π¦ππ§π¨ ππππ‘π§ππ§π π‘ππππ₯π
Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu bukan sekadar dokumen perjalanan, malah membawa bersama kisah, warisan dan identiti Malaysia.
Setiap helaian pasport menampilkan ilustrasi bangunan ikonik dari seluruh negara yang melambangkan keunikan sejarah, budaya dan kepelbagaian Malaysia. Reka bentuk ini mencerminkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian, di mana setiap negeri menyumbang kepada pembentukan satu identiti negara yang utuh.
Melalui sentuhan reka bentuk yang mengangkat warisan tempatan, Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu bukan sahaja memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan, malah menjadi medium yang memperkenalkan keindahan dan kebanggaan Malaysia kepada dunia.