31/03/2023
NAK BELAJAR CARA URUSKAN KEWANGAN? IKUT 7 NASIHAT PADU ROBERT KIYOSAKI NI
Sebagai pakar dalam bab pengurusan kewangan, beliau dikenali ramai hasil buku Rich Dad Poor Dad yang meletop di pasaran antarabangsa. Hingga kat Malaysia ni pun ada orang translate-kan ke BM.
korang boleh manfaatkan sampai bila-bila, insyaAllah.
1: Ilmu uruskan kewangan adalah kunci utama kekayaan semua orang Robert Kiyosaki pernah kata:
“Saya cukup ghairah (passionate) mengajar dan bagi orang lain pandai uruskan kewangan mereka.”
Sebab itu, Kiyosaki mencipta mainan berpapan (board game) Cashflow dan kongsikan ilmu dengan wujudkan syarikat Rich Dad, supaya beliau dapat kongsikan macam-macam ilmu kewangan kat orang ramai.
2: Elakkan diri jadi hamba duit
Kalau kita pandai simpan dan uruskan duit, kita boleh gandakan duit itu secara automatik, tanpa perlu kita bekerja.
3: Sentiasa bayar ‘gaji’ kat diri sendiri
Bila kita buat sesuatu bajet, tak bermakna kita cuma nak bayar segala bil yang ada.
Masa Kiyosaki dan Kim (isteri beliau) baru berkahwin, mereka sangat komited untuk melabur. Setiap bulan, mereka akan simpan sebahagian pendapatan sebagai bajet untuk dibuat pelaburan.
4 Sediakan diri dengan pelan kecemasan
Sebagai langkah persediaan, kita boleh mencipta pelan kecemasan dan buat simpanan khas supaya kita tak kelam-kabut bila masalah ini datang secara tiba-tiba.
5 Guna duit untuk tambah aset
Kiyosaki juga ingatkan, rumah (yang kita duduk) tak dikira sebagai sebuah aset.
6 Tahu bezakan antara “hutang baik” dan “hutang tak baik”
Mungkin ini satu perkara yang bertentangan dengan apa yang kita selalu fikirkan.
Kiyosaki kata, tak semua hutang adalah hutang yang tak baik dan bermanfaat.
7: Bekerjasama dengan orang yang berkongsi matlamat dengan kita
Untuk berjaya, kita sentiasa perlukan sokongan. Terutama sekali bila ia berkaitan tentang perniagaan dan pelaburan.
Nak cepat berjaya? Cari orang yang sama mentaliti dengan kita, dan bekerja dengan mereka. Dengan ini, kita boleh bertukar pendapat dan pandangan supaya bisnes atau pelaburan menjana lebih banyak untung.