06/01/2022
Cabaran pinjaman perumahan pada tahun 2022.
1. Kawasan banjir
Bank akan memperketatkan pinjaman perumahan untuk rumah yang dilanda banjir atau berpotensi untuk banjir. Walaupun ia masih belum diberi kata putus oleh pihak bank tetapi klausa untuk tidak memberikan pinjaman kepada rumah yang berisiko memang wujud.
2. Moratorium
Bagi peminjam yang masih mengambil kemudahan moratorium, pihak bank akan menolak permohonan pinjaman yang baru. Walau bagaimanapun peminjam boleh mendapatkan pinjaman perumahan melalui bank yang tidak dapat tahu mengenai kemudahan moratorium yang telah diambil.
3. Value.
Value rumah dijangka akan turun bagi kawasan yang terlibat dengan banjir. Kebanyakkan projek yang baru siap dibina juga akan mempunyai masalah mendapatkan market value yang diingini oleh owner. Ini kerana terdapat lambakan unit yang masih belum dijual oleh pemaju. Selain itu, rebate yang terlalu banyak juga merupakan faktor market value tidak dapat dicapai.
4. Saving
Bank akan meletakkan syarat supaya peminjam mempunyai simpanan 10% daripada harga rumah yang dibeli. Ini bagi mengelakkan pembeli rumah untuk Mark Up loan. Simpanan ini perlu dibuktikan melalui saving account, epf acc 2, asb, unit trust, share. Polisi ini hanya melibatkan beberapa bank sahaja. Masih ada bank yang tidak mengambil kira simpanan peminjam.
5. Pekerjaan
Sektor perhotelan, penerbangan masih dikategorikan sebagai pekerjaan yang berisiko. Ini akan menyebabkan pinjaman sukar untuk diluluskan. Setakat ini hanya 1 bank yang boleh meluluskan pinjaman kepada peminjam yang bekerja di sektor perhotelan dan penerbangan.
6. Scoring
Scoring Bank bagi peminjam yang mempunyai gaji bawah RM2000 ataupun clean CCRIS akan jatuh. Ini akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan pinjaman. Syarat ini dapat dikecualikan jika peminjam bekerja di sektor kerajaan mahupun MNC.
Setiap orang wajib menempuhi cabaran yang akan tiba. Kita harus berfikiran positif dalam menghadapi cabaran ini. Nescaya selepas cabaran ini berjaya dilalui maka sinar akan wujud di pengakhirnya.
Kredit: Cheah Hon Thung
#2022