18/08/2021
KEMATIAN DALAM PERJANJIAN
1. Dalam pengalaman kami, ada transaksi jualbeli hartanah, yang penjualnya meninggal dunia selepas Perjanjian Jualbeli ditandatangan.
2. Maka kami berbincang semula dengan waris waris Arwah dan Pembeli.
3. Dalam Perjanjian Jualbeli, ada peruntukan untuk berhadapan dengan keadaan seperti ini.
4. Biasanya akan dinyatakan bahawa Perjanjian ini akan mengikat waris2 wasi2( orang yang dilantik dalam wasiat untuk menguruskan harta pusaka dan melaksanakan hasrat pewasiat) dan pentadbir hartanya.
5. Perbincangan dengan Pembeli juga penting kerana, walaupun urusan boleh diteruskan, ia mungkin menambah masa completion transaksi tersebut.
6. Dalam pada masa yang sama, pihak waris Arwah Penjual perlu uruskan perlantikan pentadbir dan penerima harta dengan segera. Jika tidak, urusan penerimaan wang jualan akan tertangguh dengan lama. Tambah2 jika ramai waris dan takutnya ada isu perebutan atau pertikaian tentang harta.
7. Perlu juga diingat, hendaklah mengambilkira jika ada hak hak lain dalam hasil jualan, seperti hak harta sepencarian atau hartanah di atas 2 nama. Nama suami dan isteri.
8. Keluarga Arwah Penjual juga dinasihatkan untuk mengkaji samada ada perlindungan MRTT semasa pembiayaan di ambil (jika ada pembiayaan). Ini bolehbdiuruskan segera supaya hutang bank boleh dibayar dari pampasan MRTT dan bukan dari wang jualan. Jika ini boleh dilakukan, baki wang jualan dibayar semuanya kepada Pentadbir Harta Arwah, untuk diagihkan sebagaimana sepatutnya dan menurut undang2.
9. Sudah tentu urusan2 ini akan ambil masa dan perlukan kerjasama erat dari pihak Pembeli. Kefahaman dan timbangrasa disulam dengan hak undang2 hendaklah digunapakai.