18/05/2021
"Mahal la rumah ni"
"Ala, jauh pulak dari tempat kerja"
"Rumah kos rendah tapi nak tempat strategic ada tak?"
"Saya berminat tapi nak bincang dulu dengan wife/husband"
Ni antara dialog yang saya terima daripada client-client rumah.
Sebelum nak beli rumah, pertama skali survey dulu kawasan rumah tersebut. Kalau boleh survey banyak kali.
Datang di tempat berkenaan dan berbuat baik dan beramah mesra dengan penduduk di sekitarnya. Dari situ kita tahu kawasan rumah tu macam mana.
Pergi survey dalam waktu yang berbeza. Contohnya waktu malam, banyak tak lampu yang terpasang dan ni part yang penting, iaitu parking kereta. Pastikan tempat parking kereta di bawah lampu supaya mengelakkan kejadian pecah kereta.
Datang pada waktu hujan supaya kita boleh tahu sama ada rumah yang bakal kita duduki tu bocor atau tidak, begitu juga kawasan banjir sekitarnya.
Cari kawasan yang ada kemudahan Awam seperti LRT, MRT, ada mall seperti aeon, mydin, giant, pasaraya, tempat ibadah dan juga hospital.
Cari rumah yang ada pengawal keselamatan supaya keselamatan rumah kita terjamin.
Cari kediaman yang ramai jiran, mereka tahu jenayah banyak atau kurang.
Matahari petang jatuh di mana, takdelah rumah panas waktu petang.
Datang bersama pasangan atau lebih dari seorang, supaya pasangan kita tu boleh komen apa yang tak kena di matanya, walaupun hati kita dah berkenan giler dah dengan rumah tu.
Haa lagi satu, pilih rumah berdasarkan kemampuan duit kita, jangan dengar cakap orang, kita yang bayar bulanan, kita yang tahu tahap kewangan kita macam mana, cari rumah yang mampu milik dan selesa untuk family kita.
Jika ni rumah pertama anda, elakkan beli rumah harga lebih dari RM300,000 ke atas.
Beli lah rumah kecil dulu untuk bermula. Apabila dah stabil baru beli rumah yang besar.
Jadilah lelaki kacak/perempuan cun ada rumah sendiri 😎
Mas Tura