18/01/2022
location location location
1. Mantra yang ramai pelabur pakai untuk buat duit dalam hartanah. tapi betul ke dengan bergantung pada lokasi sahaja boleh buat duit?
2. Kalau dilihat 10-15 tahun yang lepas, geng pelabur yang hanya melihat lokasi pastinya terlepas untuk buat duit di klang dan sg buloh dimana sekarang adalah Setia Alam dan Kota Damansara.
Lokasi yang kurang menarik bukan?
3. Masa yang sama, pelabur yang beli high rise KLCC terutama unit size besar kemungkinan majority tak buat duit dan terpaksa ‘hold’ untuk tidak jual rugi.
4. Mantra yang lebih betul adalah beli je di mana mana lokasi asalkan pada harga yang betul.
5. Beli lah hartanah di kawasan yang ada cerita baru. Dalam erti kata lain, ada property booster yang boleh naikkan nilai harga kawasan tersebut termasuklah MRT, shopping mall, office blocks (lihat pada tenant profile) dll.
6. Tapi kalau masih nak beli hartanah di kawasan Tier 1, boleh je tapi pastikan beli pada harga bawah median. Yea lah, tak best la melabur di Kajang atau Rawang, mesti la nak memiliki hartanah Mont Kiara atau Bangsar. Betul tak? 😆
7. Ada saja hartanah Tier 1 yang di jual 20-30% median tahun lepas. Yang beli hartanah baru harga 50% dari condo sebelah pun ada. Tahun ni kemungkinan ada lagi yang penting tahu macam mane nak cari.
Nota kongsi:
Siapa yang nak belajar beli hartanah dan cari deals yang best best boleh roger. Happy to share🤘🏼