04/07/2023
Salah satu nikmat tinggal di Taman Tropika Sg Tangkas ialah tak perlu risau anak-anak pergi balik sekolah Al-Amin Bangi.
Kami dulu tinggal di Taman Tropika dan kesemua 6 orang anak kami bersekolah di Al-Amin Bangi (dan 4 orang di Tadika Khalifah Bestari sebelum masuk Al-Amin).
Dulu-dulu anak-anak kami keluar rumah jam 7:55 pagi pun masih sempat sampai sekolah. Kebiasaannya sempat sarapan dulu di rumah sebelum ke sekolah.
Selepas kami berpindah, baru lah terfikir banyak juga kami jimat untuk kos pengangkutan anak-anak ke sekolah. Kalau kami tinggal di Bandar Baru Bangi atau Kajang, kemungkinan kos bas/van dalam RM800 ke RM1,000 sebulan (mungkin lebih kot sekarang ni) memandangkan pada satu-satu masa, kami ada sehingga 4 orang anak di Al-Amin.
Cuma 2 orang anak yang akhir (yang masih di Al-Amin selepas kami pindah) tak naik bas/van (tu pun beberapa ketika sahaja sebab COVID). Jadi merasa juga lah pengalaman bersesak masa hantar dan ambil anak. Semasa menunggu anak atau bersesak nak melepasi terowong KTM tu, baru betul-betul terasa nikmat lebih 10 tahun tak perlu lalui cabaran ni.
Ceritanya awal-awal dulu sebelum anak sulung masuk sekolah, kami merancang untuk cari rumah yang berdekatan dengan sekolah (jarak jalan kaki kalau boleh). Dan kami mahu anak-anak bersekolah di Islamic school.
Asalnya Al-Amin Bangi memang tiada dalam radar kami. Kami tumpukan kawasan Subang Jaya dan Klang (cuma jalan kaki dari rumah ke sekolah tu memang tak dapat lah). Tapi Allah telah aturkan tahun 2006 saya ada program di Jenderam dan dalam perjalanan ke Kajang, saya ternampak papan tanda pembangunan Taman Tropika.
Hujung minggu kemudiannya saya dan isteri pergi melawat rumah contoh yang betul-betul dekat tepi pintu pagar Al-Amin. Kami diberitahu ada 2 unit yang masih available sebab pembiayaan tak lulus. Peluang yang kami terus ambil.
Alhamdulillah, awal Feb cuti Tahun Baru Cina 2008 kami pindah masuk ke rumah baru Taman Tropika dan bermulalah anak-anak berjalan kaki sedekat 170 meter ke Al-Amin (alhamdulillah Allah kabulkan hajat rancangan awal).
Beberapa tahun lepas, kami berpindah ke rumah yang besar sikit memandangkan anak-anak semakin besar. Rumah di Taman Tropika tu disewakan p**a kepada mu'alimmah-mu'alimmah Al-Amin sehingga sekarang.
Panjang p**a cerita tentang pengalaman kami di Taman Tropika. Berhenti kat sini dulu sebelum meleret-leret jadinya (banyak pengalaman lagi sepanjang tinggal sini).
Sebenarnya nak kongsikan tentang kelebihan tinggal di Taman Tropika untuk bantu jiran lama jualkan rumahnya ni.
Mereka ni pun asalnya menyewa di Taman Tropika sebelum dapat rezeki untuk beli rumah ni. Anak-anak mereka pun semuanya bersekolah di Al-Amin.
Sekarang mereka pun nak upsize sebab anak-anak dah besar.
Rumah ni dah renovated dan extended sampai belakang habis atas bawah. Ruang tamu pun diluaskan sikit ke depan, memang jadi lebih luas. Yang extended di belakang atas dijadikan tempat laundry. Tak perlu nak angkut turun naik pakaian untuk cuci dan sidai, dan dalam rumah p**a tu tanpa perlu buka tudung.
Kat atas p**a ada ditambah loteng, digunakan sebagai ruang membaca dan bermain anak. Kiranya rumah ni macam 2.25 tingkat. Nak jadikan bilik tidur bujang pun boleh.
Kalau tengok gambar memang cantik sangat dah owner renovate rumah ni. Tambahan p**a semua kelengkapan yang melekap seperti kitchen cabinet, kabinet baju, meja belajar dan kabinet buku dah termasuk sekali owner bagi. Juga owner bagi 6 unit aircond dan 3 water heater sedia ada.
Boleh bayangkan berapa banyak owner dah belanjakan untuk renovate, extend dan lengkapkan rumah ni.
Saya pun tak tahu apa lagi nak cerita mengenai rumah ni selain nak beritahu jarang boleh dapat peluang sebegini, rebut lah sementara masih ada...
Untuk perincian rumah lebih lanjut, boleh tengok sini:
https://www.edgeprop.my/listing/sale/2195277
Dan boleh juga hubungi saya kat nombor ni:
๐ Hafiz Al-Asadi
๐ฒ 011-11-55-88-10
(Lepas ni mungkin ada peluang untuk dapatkan rumah kami p**a. Cuma isteri saya masih berfikir-fikir nak jual atau terus simpan dan sewakan. Nanti kalau isteri saya buat keputusan untuk jual, saya maklumkan ya).