Liya jihat hartanah

Liya jihat hartanah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Liya jihat hartanah, Real Estate, seksyen 3 bandar baru bangi, Kajang.

Daa makannn? Daaa solat??Kalau dahhh, jom sambong bace ni😉Cara  #3 : Kita tak payah guna 100% duit sendiriBerapa ramai y...
22/10/2019

Daa makannn? Daaa solat??
Kalau dahhh, jom sambong bace ni😉

Cara #3 :
Kita tak payah guna 100% duit sendiri
Berapa ramai yang ada wang tunai untuk beli hartanah secara tunai?🤔

Jika ya, berapa banyak pulangan yang korang boleh dapat daripada pengeluaran modal yang tinggi, berbanding jika menggunakan pembiayaan daripada bank?

Misalnya jika korang ada RM1 juta, daripada hanya membeli 1 hartanah saja, tapiiii... jika duit tu digunakan untuk membeli 10 buah rumah dengan sewa dan kenaikan harga hartanah yang baik, korang boleh menjana pendapatan 10 kali ganda.

Jika keuntungan sewa rumah adalah RM500, dengan 10 buah rumah, korang akan memperolehi RM5,000.

Jika korang dah membayar pembiayaan hartanah setiap tahun, wang pembiayaan berkurangan dan ekuiti hartanah korang akan bertambah.

Beli hartanah, biar ada strategi. Baru nilai meningkat kaw-kaw!
Itu jika hartanah tak mengalami penurunan harga. Sebaiknya, beli hartanah dengan strategi dan kawasan yang akan sentiasa meningkat dari sudut nilai.

Jadi jika ada 10 buah hartanah dengan pembiayaan yang telah di bayar selama 10 tahun, maka ekuiti bagi 10 buah hartanah menjadi positif dan bertambah 10 kali ganda.

Wang tunai RM1 juta bukan hanya bertambah 10 – 20%, malah boleh menjadi 100% atau lebih (RM 2 juta atau lebih keuntungan) dengan hanya menggunakan pembiayaan (guna wang bank) untuk melabur dengan hartanah.

Dapat sesuatuu?



Cara  #2 : Masa beli, memang tak nampak apa. Tapi lepas 10 tahun atau lebih… Time ni laaakenaikan harga sebenarnya. Sala...
22/10/2019

Cara #2 :

Masa beli, memang tak nampak apa. Tapi lepas 10 tahun atau lebih… Time ni laaa
kenaikan harga sebenarnya. Salah satu cara bagaimana korang boleh jadi jutawan dengan hartanah yang korang ade.

Mana taknya. Kalau hartanah sebelum ini berharga RM200,000 pada 10 tahun yang lalu, sekarang ni kebanyakannya hartanah itu telah mengalami kenaikan harga sehingga lebih daripada RM300,000.😱😱😱 best ke best?

Bermakna, korang dah jadi kaya dengan lebihan wang sebanyak RM100,000 (atau mungkin lebih lagi). 🤑🤑🤑

Tapi.... harga rumah bukannya naik setiap tahun. Korang perlu lihat rekod transaksi hartanah tahun sebelum-sebelum ini.

Kebanyakannya setelah 20, 10, atau 5 tahun saja, sudah mengalami kenaikan harga disebabkan inflasi, serta permintaan yang tinggi pada sesebuah hartanah.

Sebab tu, kalau korang nak jadi jutawan dengan mengaut keuntungan daripada kenaikan harga, korang perlu tahu bagaimana nak cari hartanah memberi pulangan pelaburan yang tinggi.

Bukan semua hartanah dapat memberikan pulangan yang tinggi. Jangan dengar sangat cakap orang, takut jadi ‘rugiwan’!



Jom kite sambong bicara orang kaya buat duit dengan hartanah. Ada 4 cara. Nak ke nak tau ni? Korang nak bace tak ni?Jom ...
21/10/2019

Jom kite sambong bicara orang kaya buat duit dengan hartanah. Ada 4 cara. Nak ke nak tau ni? Korang nak bace tak ni?

Jom cekedott😉. Hakak bagi 1 dulu. Takot nanti korang muntah ijoo bace nye

Cara #1 : Mesin duit gaji yang ‘bekerja sendiri’?
Untung yang korang dapat adalah lepas tolak hutang bayaran balik rumah kepada bank.

Misalnya, korang sewakan rumah dengan harga RM2,000, dan bayar kepada bank sebanyak RM1,500. Maka keuntungan bulan bersih korang adalah RM500.

RM500 sebulan memang tak akan jadikan korang jutawan. Dan untuk mencapainya, ada lagi 3 cara owsem untuk korang.

Memang jika kita tengok, sikit jumlah keuntungan. Tapi jika korang mempunyai 10 unit rumah dengan purata untung RM500, bermakna korang dah ada RM5,000! 😱😱😱 Jangan teruja sangat... Bace sampai step 4 dulu.

RM5,000, jika ianya sudah boleh bagi korang pendapatan pasif tanpa perlu bekerja, dah cukup bagus untuk buat perkara yang korang s**a, atau menambah lagi pelaburan hartanah aliran tunai untuk korang jadi kaya dan berjaya



CARA PELABUR BUAT DUIT DENGAN HARTANAHAda banyak cara nak buat duit melalui hartanah.Korang berminat nak ceburi pelabura...
18/10/2019

CARA PELABUR BUAT DUIT DENGAN HARTANAH

Ada banyak cara nak buat duit melalui hartanah.

Korang berminat nak ceburi pelaburan ini dan buat untung? Korang berada dekat tempat yang betul.

Yang dah otai pun, boleh join baca sekali untuk segarkan (refresh) minda.

Sebelum apa-apa, penting untuk maklumkan yang ini bukan skim ‘cepat kaya.’ Pelaburan hartanah perlukan masa. Ini bukan pelaburan untuk orang yang bukan penyabar.

Korang serius nak tahu?

Kalau serius nak tahu, komen nak nak nak



Bila pencen jangan terlalu harap duit kwsp dan pampasan je.Sebab😰Kita tahu ke kos ubat kita akan datang berapa?Kita tahu...
17/10/2019

Bila pencen jangan terlalu harap duit kwsp dan pampasan je.

Sebab😰

Kita tahu ke kos ubat kita akan datang berapa?
Kita tahu ke kos pelajaran anak kita berapa?
Kita tahu ke kos kenduri kawen anak kita berapa?
Kita tahu ke kos sara hidup akan datang berapa?
Kita tak tahu apa terjadi pada hidup kita akan datang?

Jadi, plan kewangan sekarang.
Macam mana?

Bina la aset. Harga hartanah makin naik. Sekurangnya aset ni boleh di jual dan dapat cash.

Please bangsaku. Jangan tambah lagi golongan asnaf tapi tambah la lagi golongan pemberi zakat.
Kerajaan pon tak dapat tolong kita. Hanya diri kita sendiri je dapat ubah hidup kita.
Allahu Akhbar😰




Address

Seksyen 3 Bandar Baru Bangi
Kajang
43000

Telephone

+60136159737

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liya jihat hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category