Salsabila Property

Salsabila Property Salma Yaacob
REN 44412
Maxxan Realty Sdn Bhd

11/08/2026

LEADER YANG BAIK, BUKAN SEKADAR MENGAJAR… TAPI MEMBIMBING. 🤍

Walaupun sebelum ini saya sudah biasa menggunakan sistem ketika di FGP, bila melangkah ke Maxxan, tetap banyak perkara yang perlu saya terokai dan pelajari semula.

Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang leader yang sangat sabar.
Ajar satu-satu, rapat-rapat…

Tak pernah marah. Tak pernah berkira dengan ilmu.

Dari dulu hingga hari ini, kesabaran itu masih sama.

Dan إن شاء الله, semoga terus begitu selamanya. 🤲🏻

Kadang-kadang kita bukan perlukan leader yang hanya pandai memimpin, tetapi kita perlukan seseorang yang sanggup menunggu kita faham, sanggup mengajar kita semula dan tidak pernah membuat kita rasa kecil kerana masih belajar.

TQ Allah 🤍
Kerana menemukan saya dengan insan yang baik dalam perjalanan ini.

TQ Leader 🤍
Atas setiap ilmu, masa, kesabaran dan tunjuk ajar.

Claim hartanah ini bukan sekadar tentang satu transaksi…
tetapi tentang ilmu yang dikongsi, tangan yang membimbing dan insan yang tidak pernah jemu membantu.

Alhamdulillah.
Satu langkah lagi dalam perjalanan. 🌿🏡








🏡 FOR SALE TAMAN SERI EMAS JAYA, KUALA KANGSAR💰 RM220,000✨ Single Storey Terrace House✨ Freehold | 3 Bilik | 2 Bilik Air...
11/08/2026

🏡 FOR SALE

TAMAN SERI EMAS JAYA,
KUALA KANGSAR

💰 RM220,000
✨ Single Storey Terrace House
✨ Freehold | 3 Bilik | 2 Bilik Air
✨ Facing Open Space
✨ Unit ini mempunyai penyewa

Sesuai untuk pelaburan atau kediaman.

📲 Berminat?

Hubungi kami untuk maklumat lanjut & viewing.

11/08/2026

Hidup ini bukan pertandingan untuk membuktikan siapa lebih hebat.

Bukan juga pameran untuk menunjukkan siapa lebih bahagia.

Rezeki p**a bukan perlumbaan.

Ada yang cepat, ada yang lambat.

Ada yang sedikit tetapi cukup.

Ada yang banyak tetapi belum tentu tenang.

Tak perlu membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.

Kerana apa yang kita nampak hanyalah nikmat di hadapan mata, sedangkan kita tidak tahu ujian yang mereka sembunyikan.

Teruskan melangkah.

Berusaha tanpa iri.

Menunggu tanpa putus asa.

Bersyukur tanpa membandingkan.

Apa yang Allah tetapkan untuk kita, tidak akan tertukar dengan sesiapa.

Tenanglah…
Rezeki kita sedang mencari jalan untuk sampai pada waktu yang Allah paling tahu terbaik. 🤍

“Dan di langit terdapat rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu.”

QS. Adh-Dhāriyāt: 22

و الله اعلم

🏡 SINGLE STOREY KLEBANG PUTRA, PERAKCari rumah setingkat yang selesa? Yang ni boleh masuk dalam wishlist 😍✨ 4 bilik | 3 ...
09/08/2026

🏡 SINGLE STOREY KLEBANG PUTRA,
PERAK

Cari rumah setingkat yang selesa?

Yang ni boleh masuk dalam wishlist 😍

✨ 4 bilik | 3 bilik air
✨ Freehold & Bumi Lot
✨ Kitchen cabinet
✨ Awning depan & belakang
✨ Facing open space
💰 RM310,000

Nak datang tengok rumah?

📲 Arrif: 010-2068748
📲 Salma: 011-27619661

Mana tahu, rezeki anda..
Jumpa di sana إن شاء الله
🤍

INTANARIA APARTMENT, SEKSYEN 7 BANGIHarga turun lagi! 😍RM250,000 RM240,000 sahaja.✨ 3 bilik | 2 bilik air | 874 sqft✨ Fa...
09/08/2026

INTANARIA APARTMENT, SEKSYEN 7 BANGI

Harga turun lagi! 😍

RM250,000 RM240,000 sahaja.

✨ 3 bilik | 2 bilik air | 874 sqft
✨ Facing swimming pool
✨ Malay Owner

Nak tengok unit?

Boleh terus WhatsApp

Arrif 010-2068748
atau
Salma 011-27619661.

Insya-Allah, mana tahu ini rezeki rumah anda 🤍










Berminat menjadi Ejen Hartanah?Rezeki tidak datang dengan menunggu, tetapi dengan ilmu dan usaha.Jika anda ingin membina...
06/08/2026

Berminat menjadi Ejen Hartanah?

Rezeki tidak datang dengan menunggu, tetapi dengan ilmu dan usaha.

Jika anda ingin membina kerjaya dalam bidang hartanah, inilah peluang untuk bermula.

Sertai Seminar Kerjaya Hartanah secara PERCUMA dan ketahui bagaimana anda boleh membina kerjaya yang stabil serta menjana pendapatan dalam industri ini.

✅ Tiada pengalaman? Tidak mengapa.
✅ Latihan dan bimbingan disediakan.
✅ Sesuai untuk mereka yang ingin menambah pendapatan atau membina kerjaya sepenuh masa.

🗓 Sabtu | 8 Ogos 2026
🕣 8.30 malam
💻 Online Webinar

Jika berminat, tinggalkan komen "NAK" atau hubungi saya di 011-27619661.

Insya-Allah, langkah kecil hari ini boleh menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar.










إن شاء الله
05/08/2026

إن شاء الله










05/08/2026

Alhamdulillah atas setiap nikmat yang Allah kurniakan.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada bulan Ogos.

Bukakan pintu-pintu rezeki yang halal, luas dan penuh keberkatan.

Kami berusaha, Engkau yang menentukan.

الحمد لله على كل حال اللهم ارزقنا رزقًا حلالًا طيبًا مباركًا











04/08/2026

Alhamdulillah.

Sedang menantikan call card daripada Admin Maxxan HQ, Fisya.

Sepanjang urusan komunikasi dua hala, saya amat menghargai layanan yang diberikan.

Segala urusan disampaikan dengan jelas, pantas dan penuh profesionalisme.
ما شاء الله

Kini saya lebih memahami bahawa bukanlah sesuatu yang mudah untuk para leader membuat keputusan memilih syarikat yang benar-benar tepat untuk disertai.

Setiap pilihan memerlukan pertimbangan yang teliti.

إن شاء الله
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan mempermudahkan segala urusan. 🤲

اللهم آمين










"Harga rumah mahal..."Itulah ayat yang paling kerap kita dengar.Tetapi pernahkah kita bertanya...Adakah harga rumah yang...
03/08/2026

"Harga rumah mahal..."

Itulah ayat yang paling kerap kita dengar.

Tetapi pernahkah kita bertanya...

Adakah harga rumah yang semakin mahal, atau kita yang semakin lambat bermula?

Setiap tahun kita menunggu.

Setiap tahun harga berubah.

Sedangkan masa tidak pernah menunggu sesiapa.

Ramai sangka membeli rumah hanya untuk orang bergaji besar.

Sebenarnya, ramai pemilik rumah hari ini bermula dengan gaji yang biasa-biasa.

Bezanya, mereka memilih untuk bertindak lebih awal.

Jangan biarkan rasa takut, kurang ilmu atau tanggapan "belum mampu" menjadi penghalang.

Rumah pertama bukan tentang kemewahan.

Rumah pertama adalah tentang membina masa depan, kestabilan dan satu langkah menuju kehidupan yang lebih baik.

Jika anda masih keliru tentang kelayakan, deposit atau proses membeli rumah, jangan malu untuk bertanya.

Insya-Allah, saya sedia membantu anda bermula dengan langkah yang betul.

Semoga Allah mempermudahkan urusan setiap insan yang sedang berusaha memiliki rumah pertama. 🤲

011-27619661 | Salma Yaacob
www.wasap.my/601127619661
SALMA YAACOB
REN44412









Address

Kajang
43000

Telephone

+601127619661

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salsabila Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Salsabila Property:

Shortcuts

Share

Category