Senang Beli Rumah

Senang Beli Rumah Menyediakan perkhidmatan jual, beli subsales, under con, lelong, sewa Rumah, Appartment , gudang, co

29/06/2025
27/07/2022
06/11/2021

TIPS RUMAH KEKAL WANGI

Jom wangikan rumah...sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai2. Good luck you all and good luck to me 🤣🤣

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot ❤

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah ❤

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah ❤

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba 😊

Kredit: nik zainah muhammad
Jom follow ig Viral Media Malaya utk dptkan b*k info, tips dan petua menarik yang jarang dikongsi dimana-mana : https://instagram.com/eddyrusdi/ (klik dan follow)

*Berminat iklan di VMM inbox admin utk dptkan t&c.ok.tq

27/12/2020

RUMAH
TAHUN 2010
Aku: Bro, bila kau nak beli rumah?
Kawan: Nanti dulu lah..tunggu harga rumah murah…
Aku: OK
TAHUN 2014
Aku: Bro, kau dah beli rumah ke?
Kawan: Relax dulu…Aku tengok banyak rumah tak laku ni..Nanti mesti ada bubble effect.
Aku: OK
TAHUN 2016
Aku: Bro. Amacam? Dah ada rumah ke?
Kawan: Tengah survey2 ni.
Aku: OK
TAHUN 2018:
Aku: Bro, kau dok mana sekarang?
Kawan: Aku menyewa kat Rawang.
Aku: Menyewa? 2 tahun lepas kata tengah survey nak beli rumah?
Kawan: Tak dapat lagi price yang aku nak.
Aku: OK.
TAHUN 2020:
Aku: Bro, kau masih menyewa kat Rawang ke?
Kawan: Haah. Tak mampu aku nak beli rumah sekarang. Rumah RM500k, bulan2 dah kena bayar lebih kurang RM2.4k sebulan. Tu baru bayar rumah. Belum bayar kereta, barang rumah and bla2..
Aku: Bro, aku just nak cakap sikit lah…
Kat Malaysia ni..kita boleh buat loan rumah maximum 35tahun or sampai umur kita ni 70tahun.
Tempoh loan ni akan mempengaruhi installment payment kau tiap2 bulan tau.
Aku bagi contoh:
Si A, umur 45 tahun. Beli rumah RM500k. So, maximum tempoh loan dia 25tahun je. Disebabkan tu, dia kena bayar bulan2 RM2.8k*.
(*Note: 4.55% p.a interest rate)
Si B, umur 30tahun. Beli rumah RM500k. Maximum tempoh loan dia 35tahun. Bulan2 dia bayar lebih kurang RM2.4k*.
(*Note: 4.55% p.a interest rate)
Katakanlah kau beli rumah 10 tahun lepas. Harga rumah yang sama pulak, time tu RM400k. Aku rasa bulanan kau bawah RM2k kot. Still worth aku rasa kalau dibandingkan dengan sekarang ni kau kena bayar RM2.5k - RM2.8k sebulan.
Kalau nak tunggu harga rumah murah. Zaman bapak aku dulu beli rumah harga RM25k 40tahun lepas pun orang kata mahal.
Tah bila harga nak murah pun aku tak tau..Aku bukan pakar pun dalam hal2 property ni..Ni dari pemerhatian aku je…Kau boleh rujuk pada yg lebih pakar.
Kawan: ……(termenung)
Permudah cara pembelian Hartanah anda
Fawzy Bahari
0137204389
http://Wasap.my/60137204389

Address

Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Senang Beli Rumah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category