21/09/2018
Kenapa Penilai Hartanah Tak Ambil Bulat-Bulat Kos Renovasi Rumah Anda Sebagai Penambahan Nilai? (Updated)
PEMILIK RUMAH, BAKAL PEMBELI RUMAH DAN PERUNDING HARTANAH WAJIB BACA
-------------------------
Ramai pemilik rumah beranggapan apabila kos renovasi RM50,000 maka nilai yang boleh ditambah kepada rumahnya untuk dijual adalah RM50,000 juga. Sebagai contoh, rumah basic dijual RM400,000 dan rumahnya pasti nak dijual RM450,000 dengan tambahan kos renovasi tadi.
Sebenarnya Penilai Hartanah tidak buat begitu. Kenapa?
1. Bukan Semua Renovasi diambil kira.
Sebagai contoh, pemilik membuat renovasi keseluruhan rumah baru yang kosong. Dibelinya lampu cantik-cantik, kipas, aircond, water heater, tukar pintu, perabot termasuk meja makan, sofa dan sebagainya. Pemilik ratanya menganggap ia sebahagian kos renovasi. Sedangkan ia tidak boleh dikira sebagai penambahan Nilai satu-satu rumah.
Apakah yang diambil?
Renovasi seperti harta boleh alih seperti di atas memang tidak langsung menambah nilai hartanah. Kerana ia mudah untuk di alihkan. Katakan penilai sudah menilai sekali semua harta disebutkan diatas kedalam nilai rumah dan bank memberi pembiayaan mengikut nilai berkenaan. Dan ditakdirkan pembeli tak membayar pembiayaan seterusnya dilelong, agak-agak harta tadi masih ada lagi tak di rumah berkenaan? Boleh ke lelong ikut nilai yang dah disekalikan dengan harta?
Atau pembeli, membeli rumah berkenaan dengan nilai yang telah ditambah dengan harta mudah alih tadi, tiba-tiba owner angkut sekali bila keluar. Macam mana?
Harta jenis ini juga mempunyai susut nilai yang tinggi. Contohnya harga Air Cond dibeli esoknya nak jual semula pon dah jatuh nilainya. Orang takkan membeli harga Air Cond dengan harga pasaran untuk Air Cond yang dah dijual semula untuk kedua kalinya.
2. Susut nilai.
Setiap renovasi ada susut nilainya. Ok sebelum kita teruskan, apakah renovasi yang boleh menambah nilai? Kan belum terjawab lagi.
Renovasi yang menambah nilai yang utama adalah penambahan ruang lantai. Contohnya tambah ruang dapur, tambah ruang tamu dan seangkatan dengannya. Tambahan ini p**a sebaiknya ia mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Maksud penambahan ruang lantai adalah, katakan keluasan ruang rumah kita (bukan tanah, banggunan sahaja) ialah 1,000 kaki persegi, dan dengan penambahan ruang lantai menjadi 1,700 kaki persegi akan mempengaruhi nilai rumah berkenaan. Bagaimana tambah bilik tapi ruang lantai tidak bertambah? Bagaimana buang bilik untuk tambah ruang lantai ruang tamu? (saja tinggal persoalan sikit)
Seterusnya kabinet dapur. Kabinet dapur juga ada yang boleh alih. Siap ada roda dibawah. Hehe itu tidak dikira. Kabinet dapur yang dikira adalah yang melekap dan melekat. Hihi.
Seterusnya kabinet baju yang melekap dan melekat (walldrobe). Atau apa sahaja kabinet yang melekap dan melekat.
Dipendekkan cerita jenis-jenis lekapan banyak yang menambah nilai rumah. Bagaimana dengan tiles? Menambah nilai tak? (saja tinggalkan persoalan lagi).
Penambahbaik di ruang luar rumah juga boleh pengaruh nilai rumah. Contohnya ada kolam renang, kolam ikan, landskap mewah dengan rumput yang mahal dan seangkatan dengannya. Boleh pengaruhi nilai rumah.
Banyak lagi yang boleh pengaruh nilai, namun ia subjektif keatas Penilai berkenaan.
Ok berkenaan susut nilai, setiap renovasi yang menambah nilai diatas ada susut nilainya juga. Namun untuk yang menjaga cantik renovasi berkenaan, tiada kerosakan akan mengurangkan peratus susut nilai renovasi berkenaan.
Sebab tu tak boleh bulat-bulat. Tapi sabar dulu tau baca sampai habis. Ada orang yang habiskan RM100,000 renovasi rumah, tapi penilai tak ambil satu sen pon sebagai nilai tambah. Ha ???
3. Mungkin Renovasi 'Overprice'
Berkemungkinan renovasi yang dilakukan adalah mahal. Contohnya untuk renovasi yang sama sebenarnya boleh dapat lebih murah. Penilai yang rajin memang dia ada contact contractornya. Selalu bermain dengan quotation renovation. Selalu survey kitchen cabinet. Sekali pandang dah tahu dah kabinet dapur ni berapa harga. Tengok jenis kemasan, syiling plaster murah, syiling plaster mahal atau ia hanya syiling plaster yang mengaburi mata sahaja hehe. (Contohnya pasang cornice sahaja) :p