23/11/2023
Tugas Menjual Hartanah Ini Kompleks.
Kenapa?
Hartanah ni bukan macam pisang goreng. Letak sahaja, habis terjual?
Tidak bagi hartanah. Tugas menjual hartanah ini nampak senang, tetapi sebenarnya sangat mencabar.
Hartanah ini bersifat homogenous.
Maksudnya, walau sesebuah hartanah itu sama lokasi dan sama alamat dengan unit lain, tetap ada proses unik yang perlu dilalui, mengikut isu tertentu hartanah tersebut. Kebarangkalian besar, isu hartanah A tidak sama dengan unit lain (e.g: B, C, D) walau sebaris.
Secara asasnya, untuk menjual sesebuah hartanah, anda perlu tahu…
harga yang sesuai untuk ditawarkan
tarikan utama untuk pembeli
teknik pemasaran di medium offline dan online
jaringan yang luas
teknik negosiasi
dan lain-lain lagi…
Ia melibatkan tenaga, masa dan wang ringgit serta kemahiran pemasaran dan negosiasi yang betul bagi menjualkan sesebuah hartanah dengan berjaya dan lebih pantas.
Ya, nampak perunding hartanah dapat melakukan semua ini dengan ‘mudah’. Kerana itu lah kepakaran yang kita garap selama bertahun-tahun.
Dah pasti, saya nak bantu anda juga