MAHIR _HARTANAH

MAHIR _HARTANAH MEMUDAHKAN ANDA MEMILIKI RUMAH IMPIAN

16/06/2025

Celebrating my 11th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

09/02/2025

Bagi pasangan yang berada dalam situasi di mana isteri tidak ambil tahu tentang kewangan rumah tangga, langkah-langkah berikut boleh diambil untuk membantu isteri memahami dan menguruskan kewangan:

1. Bincang dengan suami: Mulakan perbincangan dengan suami tentang kepentingan isteri memahami dan terlibat dalam pengurusan kewangan keluarga. Jelaskan kepadanya bagaimana ini akan memberi impak positif kepada kehidupan harian dan masa depan keluarga.

2. Terangkan aspek penting: Sampaikan penjelasan ringkas mengenai perbelanjaan bulanan, pembayaran hutang, simpanan, pelaburan, takaful, dan lain-lain. Pastikan penjelasan itu mudah difahami tanpa terlalu rumit.

3. Libatkan dalam membuat keputusan: Ajak isteri untuk turut serta dalam proses pembuatan keputusan kewangan. Beri pendapatnya dan jelaskan bagaimana keputusan tersebut akan mempengaruhi kewangan keluarga secara keseluruhan.

4. Ajarkan langkah asas: Jika isteri tidak mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan kewangan, ajarilah langkah-langkah asas seperti membuat bajet bulanan, menyimpan rekod perbelanjaan, dan melindungi kewangan dengan takaful.

5. Berikan akses kepada maklumat kewangan: Pastikan isteri mempunyai akses kepada semua maklumat penting seperti akaun bank, penyata hutang, dan polisi takaful. Bantu isteri memahami dan menguruskan maklumat tersebut.

6. Cari bantuan pakar kewangan: Jika perlu, bolehlah mendapatkan nasihat dan panduan lanjut daripada pakar kewangan seperti penasihat kewangan.

Ingatlah, menguruskan kewangan adalah tanggungjawab bersama dalam perkahwinan.

Dengan bekerjasama dan komunikasi yang baik, pasangan boleh mencapai keselamatan kewangan dan kestabilan untuk masa depan keluarga.

- Admin Ika

24/09/2024

Yuran UniKL MAHAL
Semalam saya buat satu posting di t1ktok mengenai UniKL vs Mara. Dalam komen² yang diterima, ada satu komen berbunyi lebihkurang begini:
Masuk UniKL, pinjam Mara tapi sampai 100k, disertai dengan gelak ketawa
Jadi hari ini rasa nak menjawab komen ini, sebab kerap kami berjumpa soalan atau komen seperti ini bila turun padang. Jadi, awas ya. Posting ini agak panjang dan perlu dibaca dengan teliti.
1. Yuran UniKL
Tak dinafikan yuran UniKL memang mahal, walaupun tak semahal yuran di Taylor's, Nottingham, Lim Kok Wing dan lain² IPTS yang mencecah 5 angka. Secara purata, yuran program sarjana muda di UniKL adalah sebanyak rm7,500.00 per semester.
2. Pinjaman pelajaran MARA
Ramai yang tahu, MARA menyediakan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar² di UniKL, IPMA dan IPTA/IPTS (bukan semua kursus) terpilih. Pinjaman ini dipanggil pinjaman boleh ubah kerana jumlah pembayaran akan berubah mengikut status nilai CGPA pelajar selepas tamat belajar. Atau bertukar menjadi biasiswa sekiranya pelajar berkhidmat dengan Mara atau mana² agensi dibawah Mara.
Kadar pembayaran adalah serendah 10% sehingga 20% mengikut nilai CGPA. Pembayaran balik sebanyak 50% sekiranya tidak menamatkan pengajian pada tempoh ditetapkan dan 100% sekiranya gagal atau berhenti belajar (tetapi bayar setakat jumlah yang diambil saja). Dah menariknya, tiada sebarang interest atau ujrah dikenakan untuk pinjaman Mara.
3. Elaun sara hidup (ESH)
Sekiranya ibu bapa pelajar berpendapatan bulanan di bawah rm12k, pelajar layak mendapat pinjaman yuran pengajian dan ESH sebanyak rm800 sebulan (program bachelor) atau rm730 sebulan (diploma). Jika pendapatan melebihi rm12k sebulan, masih boleh diambilkira pendapatan bercukai tahun dibawah rm150k.
Untuk pelajar yang ibu bapa berpendapatan melebihi rm12k sehingga rm20k atau pendapatan bercukai melebihi rm150k hingga rm250k, mereka layak menerima pinjaman yuran pengajian saja tanpa ESH.
4. Manfaat lain
Mara juga memberi elaun buku/perkakasan sebanyak rm600 setahun. Elaun kertas projek rm150 (sekali sepanjang pengajian) dan tambang kapalterbang 2 hala untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak mengikut jumlah yang dituntut.
5. Kiraan Pinjaman Pendidikan
Ok sekarang kita buat sedikit kiraan berdasarkan info diatas untuk pelajar program bachelor selama 4 tahun di UniKL yang menerima pinjaman penuh (yuran dan ESH) dan merupakan pelajar dari Semenanjung dan belajar di Semenanjung juga.
Yuran pengajian = rm7,500 * 8 semester (rm60,000)
ESH. = rm800 * 48 bulan (rm38,400)
Elaun buku = rm600 * 4 tahun (rm2400)
Elaun kertas projek = rm150
JUMLAH = rm100,950
Banyak kan hutang untuk dapatkan segulung ijazah?
_______________
Kita lihat p**a jumlah bayaran balik kepada Mara.
Bayaran balik kita rujuk semula item 2.
CGPA 3.50 - 4.00 (10%) = rm10,095.00
CGPA 3.00 - 3.49 (15%) = rm15,142.50
CGPA ❤.00 (20%) = rm20,190.00
_______________
6. Penutup
Ibu ayah, anak² sekalian nampakkan pengiraan dan jumlah bayaran semula yang Mara minta? Jumlah yang perlu dibayar kurang dari ESH yang pelajar terima sepanjang pengajian di UniKL.
Jadi pengajian bukan setakat ditaja yuran, malahan hampir 1/3 ESH ditanggung oleh MARA.
Diharapkan tulisan ini dapat membantu memberi pencerahan mengenai isu yuran mahal dan pinjaman yang tinggi oleh pelajar² di UniKL.
Nota 1:
Yuran pengajian semester pertama juga tidak perlu dibayar sewaktu pendaftaran oleh pelajar yang layak memohon pinjaman Mara. Ia akan dibayar terus oleh Mara ke kampus. ESH akan dikreditkan setiap bulan ke akaun bank pelajar. Yuran asrama dijelaskan sendiri oleh pelajar atau ibu bapa secara bulanan atau sekaligus pada setiap semester.
Nota 2:
Dengan adanya ESH, insyaAllah menu nasi putih, telur dadar berkicap insyaAllah tak akan menjadi makanan ruji para pelajar untuk setiap hari disepanjang pengajian mereka.
Nota 3:
Untuk keluarga berpendapatan dibawah rm6,000 sebulan, Mara masih bantu lagi dengan berikan pinjaman pendahuluan yang dipanggil e-pendahuluan. Details ada di post saya yang lain. e-pendahuluan ini cuma diberi kepada pelajar - pelajar yang akan mendaftar di UniKL dan IPMA sahaja.
Silakan share sekiranya bermanfaat

Rakam Takbir Raya 2024 ..UniKL Masjid Besi Putrajaya maaf den dah Rayaaaa...
22/03/2024

Rakam Takbir Raya 2024 ..UniKL Masjid Besi Putrajaya maaf den dah Rayaaaa...

11/03/2024
Bawah2 ok...? kita biasa jerrr....😁
29/12/2023

Bawah2 ok...? kita biasa jerrr....😁

Contoh hasil  akibat terperam  Rumah2 busuk...area2  Laluan Naga suatu masa dahulu....Tahniah sahabat yg terlibatttt... ...
28/12/2023

Contoh hasil akibat terperam Rumah2 busuk...area2 Laluan Naga suatu masa dahulu....Tahniah sahabat yg terlibatttt...

benar belaka😊

16/12/2020



PANDUAN UNTUK PEMBELI RUMAH PERTAMA

1. PR1MA

Permohon usia 21 tahun ke atas, belum ada rumah, pendapatan antara RM2500-RM15,000. Harga rumah ditawarkan antara RM100,000-RM400,000.

2. SKIM RUMAH PERTAMAKU

40 tahun kebawah, belian rumah pertama. Gaji tidak lebih RM10,000 bagi suami isteri atau RM5,000 bagi individu. Harga rumah antara RM100,000-RM500,000.

Skim ini khusus untuk pekerja swasta atau badan berkanun yang sukar dapat pembiayaan rumah

3. RUMAWIP

Usia 18 tahun keatas, rumah pertama bagi menetap di KL. Pendapatan isi rumah tak lebih RM15,000 dan individu tak lebih RM10,000. Harga rumah antara RM52,000-RM300,000.

4. PPAM

usia 18-60 tahun, khusus buat penjawat awam dan badan berkanun. Rumah pertama sahaja. Pendapatan isi rumah tak lebih RM10,000. Harga rumah ditawarkan RM90,000-RM300,000.

5. MyHome

Usia memohon 18 tahun keatas. Rumah pertama. Gaji antara RM3,000-RM6,000. Harga kediaman RM80,000-RM250,000 ditawarkan. Setiap negeri ada skim ditawarkan.

6. RUMAH SELANGORKU

Usia 18 tahun keatas. Belum ada rumah di Selangor. Pendapatan isi rumah tak lebih RM10,000. Harga ditawarkan RM42,000-RM250,000.

7. RUMAH MESRA RAKYAT SPNB

Memiliki tanah tapi tiada rumah atau rumah usang. Membantu nelayan, petani dan keluarga miskin buat rumah selesa.

Semua skim ini masih berjalan dan ada kekosongan. Mohonlah untuk dengan penuh kasih sayang.

Kongsikan jika bermanfaat.

Kredit Azizul Azli Ahmad

24/08/2020

Pejawat Awam Boleh Miliki Minima 4 Buah Rumah

Walaupun penjawat awam banyak kelebihan tapi ramai saya jumpa tak tahu pun kelebihan yang dimiliki mereka.

Ramai yang hanya ingin guna pembiayaan LPPSA sahaja. Jom kita lihat kelebihan mereka.

1. Rumah 1 - 100% Pembiayaan bank dengan Skim Rumah Pertama.

2. Rumah 2 - Pembiayaan bank 90% (cari 10% bawah pasaran dan boleh dapat pinjaman penuh.

3. Rumah 3 -100% Pembiayaan LPPSA

4. Rumah 4 - 100% Pembiayaan ke-2 LPPSA. Bila rumah no 3 dah naik harga dan hutang dah kurang, refinance ke bank dan gunakan kuota ke 2 LPPSA untuk beli rumah ke 4.

Bayangkan kalau suami isteri penjawat awam?

1. Boleh pencen dengan 7+1 buah rumah.

2. 7 buah rumah disewakan. 1 buah rumah duduk sendiri.

Itu kelebihan penjawat awam. Kita kalau bukan penjawat awam jangan dengki dengan mereka.

Itu rezeki mereka.

Tak salah miliki lebih dari 1 buah rumah. Tak ada istilah ambil hak orang. Berpuluh ribu unit rumah tak terjual setiap tahun.

Kita tak beli. Orang lain tetap beli juga. Kita beli banyak rumah bukan untuk kaya. Tapi untuk anak bini kita.

Bila kita 'pergi', ini hadiah kita untuk mereka. Tiada orang lain yang akan tanggung ahli keluarga kita.

Ini hanya perancangan yang kita boleh capai. Rancang dari awal. Tak semestinya semua wajib ikut.

Buat suami semua, jangan kita asyik sebut nak tambah 'orang rumah' kalau 1 buah rumah pun kita tak mampu sediakan.

Address

Kajang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAHIR _HARTANAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category