04/03/2024
https://www.facebook.com/share/EtjCB4NCMNqor5Z9/?mibextid=oFDknk
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰 🏫
Pejabat Parlimen Bangi membuka permohonan kepada pelajar di kawasan Parlimen Bangi untuk mendapatkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 secara one off.
Jika anda merupakan warganegara Malaysia mempunyai anak berusia 7 hingga 19 tahun yang belajar di Darjah 1 hingga Tingkatan 6 pada sesi 2024/2025, merupakan pengundi dan pemastautin dalam kawasan Parlimen Bangi, anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan persekolahan ini.
Syarat Kelayakan :
✅Pengundi dan Pemastautin (Alamat tempat tinggal) di Parlimen Bangi (P102)
✅Jumlah pendapatan isi rumah (suami & isteri) tidak melebihi RM4,500
✅Anak merupakan pelajar untuk sesi 2024/2025 di sekolah rendah atau sekolah menengah (Darjah 1 hingga Tingkatan 6)
✅Hanya maklumat lengkap akan diproses
❗Kuota adalah terhad kepada 300 orang pelajar sahaja
Dokumen yang diperlukan:
✏Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
✏Salinan Sijil Lahir/ MyKid/ Kad Pengenalan Pelajar
✏Slip gaji/ Pengesahan pendapatan/ Slip ibu dan bapa (Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji/ tidak bekerja, Surat Pengesahan Pendapatan boleh didapati melalui pautan ini https://bit.ly/PengesahanPendapatanBTSBangi2024
✏Sijil Cerai/ Sijil Kematian Ibu/ Bapa (jika berkaitan)
✏Salinan pengesahan pelajar, melalui pautan di https://public.moe.gov.my/
❗Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bangi berhak untuk memutuskan kelayakan setiap permohonan dan keputusan adalah muktamad
Permohonan boleh dibuat melalui pautan di bawah:
🔗 https://bit.ly/BackToSchoolBangi2024
❗Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang belum menerima bantuan awal persekolahan pada Disember 2023