ezza maxxan realty

ezza maxxan realty 24hour

DALAMI ILMU HARTANAH🏡 APABILA berbicara soal ilmu hartanah, sememangnya menjadi satu keperluan bagi setiap masyarakat.Pe...
20/09/2023

DALAMI ILMU HARTANAH🏡
APABILA berbicara soal ilmu hartanah, sememangnya menjadi satu keperluan bagi setiap masyarakat.

Pelbagai manfaat yang boleh diperoleh daripada mempelajari ilmu hartanah termasuk mereka mampu meneroka dan memahami kehendak dan keperluan untuk hartanah kediaman.

Diakui ramai orang mula memperdalam pengetahuan mengenai hartanah ketika mereka memutuskan untuk membeli rumah atau kediaman.

Namun, wujud juga masyarakat yang mempelajari ilmu hartanah sebahagian daripada usaha mereka untuk melabur dalam aset hartanah termasuk membeli kedai, pejabat, apartmen atau tanah untuk tujuan pelaburan jangka panjang.

Pensyarah Kanan Pengajian Harta Tanah & Ukur Bangunan Kolej Pengajian Alam Bina Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, dengan pemahaman mengenai pasaran hartanah, masyarakat dapat memilih rumah yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan mereka.

Katanya, pengetahuan mengenai perumahan juga membantu dalam merancang dan membina komuniti yang berkualiti dan mampan.

"Selain itu juga, ilmu hartanah mampu mengajar cara menguruskan kewangan peribadi dan memahami kontrak hartanah seperti pinjaman perumahan atau pembiayaan hartanah adalah penting supaya masyarakat dapat membuat keputusan yang lebih baik dan menghindari masalah kewangan dalam jangka panjang.

"Jadi, ini adalah asas mengapa setiap masyarakat perlu mempelajari ilmu hartanah dengan berkesan. Saya fikir dengan kemudahan dunia yang terbuka, tidak sukar untuk masyarakat mendapat maklumat dalam bidang hartanah," katanya.

Menurutnya, secara umum, tahap kesedaran masyarakat mengenai hartanah menunjukkan peningkatan dengan wujudnya pelbagai platform yang boleh dicapai di hujung jari.

"Namun, ada ruang yang boleh ditambah baik dan pendedahan yang berterusan boleh dilaksanakan," katanya.

Mengulas lanjut, kesedaran ilmu hartanah ini bergantung kepada kedudukan sosioekonomi masyarakat terbabit.

"Ada kelompok menganggap menguasai ilmu hartanah dan memilikinya adalah satu lambang status sosial mereka. Jadi, dalam mengejar status sosial, mereka akan menerokai dengan lebih mendalam ilmu hartanah. Tapi, golongan yang sebaliknya, mereka tidak kisah akan ilmu hartanah ini.

"Pada peringkat ini juga, mungkin sistem pendidikan boleh menjadi platform kepada masyarakat untuk menjadi ilmu hartanah sebagai ilmu yang wajib diketahui masyarakat. Justeru, dengan cara menyelitkan dalam silibus berkaitan di peringkat sekolah perlu diberi perhatian," katanya.

Beliau berkata, asas utama dalam ilmu hartanah ini ialah memahami dari aspek perundangan.

"Ini penting, sebagai contoh kadangkala masyarakat masih tidak boleh membezakan jenis pegangan hartanah itu termasuk pegangan bebas, pegangan pajakan, tidak dapat bezakan cukai pintu dengan cukai tanah. Malah, apabila mereka tidak memahami dengan baik, ia boleh menimbulkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat.

"Kedua ialah berkaitan pengurusan harta dan fasiliti kerana ia penting untuk menjaga dan meningkatkan nilai aset mereka. Pengurusan hartanah membabitkan penyelenggaraan, penyewaan dan pematuhan undang-undang yang berkaitan," katanya.

Jelasnya, cabang lain yang boleh diterokai ialah pelaburan hartanah yang boleh membantu memahami berkenaan sektor kewangan, pasaran dan penilaian hartanah.

"Ini adalah teras kepada pertumbuhan pembangunan sektor hartanah. Secara asas, sekiranya sesuatu pembangunan hartanah yang tidak mampu memberi pulangan positif, pastinya pembangunan itu tidak boleh dianggap sebagai mampan.

"Malah, sebelum pembangunan dilaksanakan, sememangnya kajian kebolehpasaran dan kajian kemungkinan pembangunan itu perlu dilakukan dengan melihat semua aspek untung rugi, peluang dan cabaran sesuatu pembangunan," katanya.

Katanya, ilmu hartanah boleh diperoleh secara formal termasuk di universiti awam seperti UiTM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaya (UM) menawarkan pengajian hartanah dari peringkat diploma sehingga doktor falsafah dan ada beberapa IPT swasta yang menawarkan kursus ini.

"Masyarakat boleh memperoleh ilmu secara tidak formal dengan mendengar perkongsian pakar berpengalaman.

"Cuma perkongsian sebegini agak terhad dan tidak menyeluruh kerana bergantung kepada pengisian dan pengalaman seseorang itu tanpa menyentuh secara keseluruhan ilmu hartanah itu," katanya.

Dr Muhammad Azwan berkata, ilmu hartanah ini amat baik dan memberi peluang kepada masyarakat menjadikan sektor hartanah sebagai salah satu cabang pelaburan ataupun untuk pemilikan peribadi.

"Namun, masyarakat perlu juga bersedia untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan rintangan dalam sektor hartanah.

"Sektor ini walaupun mampu memberi pulangan yang besar, tetapi juga mampu memberi derita kepada masyarakat.

"Mudah-mudahan ilmu itu mampu memberi impak positif dalam apa sahaja matlamat mereka untuk mempelajari ilmu hartanah," katanya.

Tanah Kosong Rompin Pahang 4580 ekar untuk dijual========================Asking Price rm22000 per acresTotal :100,760,00...
26/08/2023

Tanah Kosong Rompin Pahang 4580 ekar untuk dijual
========================
Asking Price rm22000 per acres
Total :100,760,000
========================

➡️Lokasi mukim Keratong daerah Rompin Pahang
➡️Harga rm22k (nego) per ekar
➡️Status Geran individu
➡️Keluasan tanah 4580 ekar
➡️Non bumilot
➡️Leasehold open November 2114(91 thn)

✅Bagus untuk pelaburan jangka panjang
✅Sesuai untuk Tanaman sawit, durian Dan solar farm
✅ 5km Jalan Utama
✅ 5km Kawasan Perumahan

Dropped pin
https://maps.app.goo.gl/Ls57JyHUqofQAEp19
berminat 👉🏻 ezza maxxan realty
https://wa.link/66693x

05/08/2023

Tanah untuk di jual 👇🏻👇🏻
‼️✅ keluasan 0.91ha
‼️✅ lokasi di kuala kangsar perak
‼️✅ boleh menaiki kereta
‼️✅ pokok buah buahan sedia ada umur lingkungan 1-2 tahun
🌳 pokok durian
🌳 cempedak
🌳 manggis
🌳 nangka

➡️ sebarang pertanyaan boleh tekan link
https://wa.link/ksmccr

✨ *KEMUDAHAN SOLARIS MEWAH ROYALE*✨_Kemudahan Gaya Hidup Imersif dengan Royale Palais & Sky Deck_🏊🏻‍♀ Kolam Trevi Diraja...
05/08/2023

✨ *KEMUDAHAN SOLARIS MEWAH ROYALE*✨
_Kemudahan Gaya Hidup Imersif dengan Royale Palais & Sky Deck_

🏊🏻‍♀ Kolam Trevi Diraja
☁️ Taman Treillage Diraja
🥂 Bilik Royale Palais
🎋 Lantai Rekreasi
🏋️‍♀️ Gim Luxe
💦 Jambatan Air Pancut
🍹 Dek Langit

dan banyak lagi..

———————-

*💫Kondo Premium Pelancaran Baharu Solaris Montkiara*💫

*Door Step to Little Korea @ Solaris*

✅ Dari *RM 490,000*
✅ 1 hingga 2 Bilik
✅ *Sebahagian* Perabot Premium
✅ ROI Sewaan Tinggi> *10%*
✅ Langkah Pintu ke *Bank*
✅ Konsep *Eropah* Moden
✅ Percuma *SEMUA* Yuran Guaman

🚗Harga sangat berpatutan untuk projek *LOKASI STRATEGIK + Rendah Padat* di tengah Solaris Mont Kiara

Pasukan Jualan Solaris
*Sam*😊

*💫Kondo Premium Pelancaran Baharu Solaris Montkiara*💫

*Door Step to Little Korea @ Solaris*

✅ Dari *RM 490,000*
✅ 1 hingga 2 Bilik
✅ *Sebahagian* Perabot Premium
✅ ROI Sewaan Tinggi> *10%*
✅ Langkah Pintu ke *Bank*
✅ Konsep *Eropah* Moden
✅ Percuma *SEMUA* Yuran Guaman

🚗Harga sangat berpatutan untuk projek *LOKASI STRATEGIK + Rendah Padat* di tengah solaris mont kiara🫰🏻

sebarang pertanyaan boleh klik link di bawah 👇🏻👇🏻

https://wa.link/bazjop
ezza maxxan realty

Address

Kampar
Kampar
31900

Telephone

+60105677445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ezza maxxan realty posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ezza maxxan realty:

Share

Category