07/07/2020
BANK VALUE VS MARKET VALUE
VS HARGA JUAL
Saya perasan macam trend p**a isu BANK VALUE vs MARKET VALUE. Lagi2 di tulis oleh sahabat2 dalam industri hartanah ni.
Saya ingin mencerahkan sedikit maklumat
MARKET VALUE
harga pasaran yang di tentukan oleh PENILAI BERDAFTAR. Bukan ejen hartanah, tuan rumah atau bank. MV ini penting kerana ini adalah satu-satunya penentuan nilai yang di gunapakai oleh bank untuk menentukan jumlah pinjaman hartanah yang sepatutnya.
BANK VALUE
Tiada istilah ini dalam penentuan harga pasaran. Sekiranya anda menghubungi BANKER untuk dapatkan MV, banker akan hubungi panel penilai untuk dapatkan MV
HARGA JUAL
Harga yang di tawarkan oleh penjual. Boleh di lihat di iklan2 seperti mudahdotcom atau Iproperty. Ini bukan MV. Harga jual yang di iklankan ada kemungkinan berlaku penawaran, mungkin lebih tinggi atau rendah dari MV
DATA RUJUKAN
Ada yang merujuk kepada data BRICKZ untuk mendapatkan MV. Sekiranya anda bukan penilai, data tersebut hanya boleh di rujuk untuk melihar trend transaksi. Tidak boleh di ambil sebagai MV
TAMBAHAN
sekiranya ejen hartanah atau penjual mengata itu adalah MV, tanya semula dari mana sumbernya..selain dari BANK dan PENILAI, maka value itu tidak boleh di terima sebagai MV.
Harap sahabat2 terutama ejen hartanah tidak salah memberi informasi atau sumber. Salah memberi info MV, akan menyebabkan masalah proses pinjaman dan kos2 lain bagi pembeli.
Syahir
Penilai & Perunding Hartanah (PV2199)
Ziyad Property Consultants Sdn Bhd