08/02/2022
5 TIPS MENABUNG BELI RUMAH π€©
1. Tetapkan jenis kediaman nak beli, keluasan, bilik, harga dan lokasi pilihan hartanah. Agar kita termotivasi untuk menabung.
"Kenapa abang tampal gambaq rumah nie dalam kereta?" Saja nak bagi motivasi sikit.
2. Buat angaran perbelanjaan setiap bulan dan ikut dengan patuh. Jangan langgar disiplin ini.
3. Belajar menabung 20%-30% gaji untuk membeli rumah. Asingkan cepat cepat bila gaji.
4. Jika tak mampu sampai 30% menyimpan, belajar bahagi dengan isteri. Isteri 10%, Sang Suami 20%. Bersatulah hati.
5. Selesaikan hutang hutang kecil yang ada.
Beli rumah perlukan disiplin kuat, bukan hanya perlukan duit kawan.
PANDUAN UNTUK PEMBELI RUMAH PERTAMAβοΈπ€©
1. PR1MA
Permohon usia 21 tahun ke atas, belum ada rumah, pendapatan antara RM2500-RM15,000. Harga rumah ditawarkan antara RM100,000-RM400,000.
2. SKIM RUMAH PERTAMAKU
40 tahun kebawah, belian rumah pertama. Gaji tidak lebih RM10,000 bagi suami isteri atau RM5,000 bagi individu. Harga rumah antara RM100,000-RM500,000.
Skim ini khusus untuk pekerja swasta atau badan berkanun yang sukar dapat pembiayaan rumah
3. RUMAWIP
Usia 18 tahun keatas, rumah pertama bagi menetap di KL. Pendapatan isi rumah tak lebih RM15,000 dan individu tak lebih RM10,000. Harga rumah antara RM52,000-RM300,000.
4. PPAM
usia 18-60 tahun, khusus buat penjawat awam dan badan berkanun. Rumah pertama sahaja. Pendapatan isi rumah tak lebih RM10,000. Harga rumah ditawarkan RM90,000-RM300,000.
5. MyHome
Usia memohon 18 tahun keatas. Rumah pertama. Gaji antara RM3,000-RM6,000. Harga kediaman RM80,000-RM250,000 ditawarkan. Setiap negeri ada skim ditawarkan.
Semua skim ini masih berjalan dan ada kekosongan. Mohonlah untuk dengan penuh kasih sayang.
Kongsikan jika bermanfaat.