20/01/2022
NIAT NAK BELI RUMAH TU ADA, TAPI........
TAK TAHU CARA ? ππ
Meh saya sharekan beberapa tips yang korang kena tahu sebelum korang decide untuk beli sesebuah rumah.
Let's Go!!!
1) Beli ikut kemampuan
Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan.
Kurangkan kos yang tidak perlu.
Daripada bajet ini baru anda tahu, berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk bayar ansuran rumah.
2) Beli rumah dekat dengan tempat kerja
Kalau boleh, pilih rumah berhampiran dengan tempat kerja. Boleh jimat duit minyak, tol dan juga masa.
Untuk suami, belilah rumah lebih dekat ke tempat kerja isteri.
Kita orang lelaki tak apa jauh sikit .
3) Kaji persekitaran
Pastikan rumah yang korang nak beli tu dekat dengan kemudahan seperti balai polis, restoran dan kedai runcit.
Selain itu, pertimbangkan kualiti alam sekitar.
Elakkan beli dekat dengan kilang atau stesen janakuasa.
4) Ambil kira kos tambahan hartanah strata
Hartanah strata seperti pangsapuri dan kondominium ada kos tambahan seperti yuran penyelenggaraan dan insurans.
Kos ini perlu untuk menyelenggara kemudahan bersama dan juga bangunan.
Anda perlu semak kos ini sebelum membeli. Ada tempat yuran penyelenggaraan boleh mencecah 50 sen untuk satu kaki persegi.
Setelah anda semak, ambil kira kos ini dalam bajet bulanan korang untuk elakkan terkejut di kemudian hari.
5) Privasi
Banglo, rumah berkembar dan kondominium berkepadatan rendah adalah pilihan baik jika anda perlukan privasi.
Tetapi sudah tentulah harga hartanah sebegini lebih mahal.
6) Tiada rumah yang sempurna
Paling penting, tiada rumah yang sempurna.
Elakkan berharap rumah yang terbaik sampai ke sudah tak beli rumah pun.
Semoga perkongsian tips ni sedikit sebanyak dapat bagi idea & membuka minda anda semua.
So, akhir kata nak cari rumah, nak jual rumah, nak beli rumah, nak sewa rumah........
Whatsapp ler saya alright!
Mohamad Harith
011-7076 6186
CARI RUMAH MURAH JOHOR
Bye!!