Guillemard Bridge Kusial River Tanah Merah

Guillemard Bridge Kusial River Tanah Merah Majlis Promosi Guillemard Bridge Sungai Kusial Tanah Merah The Guillemard Bridge, over the Kusial River is also known as Kusial Bridge.

It was constructed in 1920 by The Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works, England and completed in 1924 officiated by Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. During the Second World War (1941-1945) the bridge were severely damaged and thus re-built in 1948. It was officiated for the second time by Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV, the Sultan of Kela

ntan on the 7th September 1948. Spanning 609.6 meter, it was previously used by all vehicles but usage has been limited to train in 1st February1988 when the new concrete bridge connecting Tanah Merah to Machang was built. The bridge was named after the name of a British Straits Settlement Governor and The Malay States High Commisioner in 1920s, Sir Laurence Guillemard. It connects Paloh Rawa in Machang to Kursial in Tanah Merah crossing the murky Kelantan River and the bridge is still in use, acting as a vital link for the East Coast Train Line (KTMB) from Gemas to Tumpat. Surprisingly, The Guillemard Bridge was claimed as the Longest Railway Bridge in Malaysia. Look some of the photos that I’ve taken during a visit to this momentous bridge, walking from Paloh Rawa until Kusial for about half kilometers on the steel floor, losing my equilibrium only to get the best view of this bridge despite having Alto-phobia. :)


SEJARAH
Jambatan Guillemard merupakan sebuah jambatan keretapi yang mana kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah, Kelantan. Jambatan Guillemard mula dibina pada tahun 1920, dan pembinaan jambatan ini diselesaikan pada bulan Julai 1924. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. SejarahJambatan Guillemard atau juga dikenali dengan nama Jambatan Kursial telah dibina pada tahun 1920 oleh Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works England dan telah siap pada tahun 1924. Panjang jambatan ini adalah 609.6 meter. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama "Guillemard" diambil sempena nama Gabenor British pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard. Tujuan utama jambatan ini dibina adalah untuk menyediakan laluan bagi keretapi dan kenderaan-kenderaan lain. Walau bagaimanapun, pada 12 Disember 1941 jambatan keretapi "Guillemard" ini telah musnah setelah diletupkan oleh tentera British bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai. Selepas tamat Perang Dunia II, jambatan keretapi ini telah dibaik pulih dan dibuka semula kepada lalulintas pada 7 September 1948. Pembukaan semula jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 7 September 1948. Pada 1 Februari 1988, setelah pembinaan jambatan baru siap dibina di kawasan berdekatan, Jambatan Guillemard tidak lagi digunakan untuk kenderaan bermotor dan kini ia hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu sahaja

13/05/2026

Kawasan Sokor di Tanah Merah dikenal pasti sebagai lokasi strategik pembangunan litar sukan lasak kerana memiliki bentuk muka bumi semula jadi yang mencabar.

Kawasan itu telah diwartakan bagi pembangunan litar untuk menyediakan platform sukan lebih selamat dan profesional kepada golongan belia.

Artikel penuh di ruang komen

06/05/2026
05/05/2026

Mercu tanda paling ikonik di Tanah Merah.

Dibina antara 1920 hingga 1924, Jambatan Guillemard di Kelantan berdiri sebagai jambatan kereta api terpanjang di Malaysia. Dinamakan sempena Sir Laurence Guillemard, ia menjadi nadi utama pengangkutan yang menghubungkan Kuala Krai dan Tanah Merah.Sejarahnya paling diingati apabila tentera British terpaksa meletupkan sebahagian struktur jambatan ini pada tahun 1941 bagi menyekat kemaraan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selepas dibaiki pada 1948, ia kembali beroperasi dan kini kekal sebagai ikon sejarah yang gah berusia lebih satu abad. Jambatan kereta api bersejarah yang dibina pada tahun 1920-an ini melintasi Sungai Kelantan, kini dinaik taraf dengan sistem pencahayaan (Guillemard View @ Kursial) dan menjadi tarikan pelancong utama serta simbol warisan Tanah Merah.

Kredit gambar : Che Norida

05/05/2026

Jabatan Warisan Negara menjalankan tinjauan awal selepas penemuan perahu lama di Kampung Bukit Kechik.

Perahu dipercayai diperbuat daripada kayu keras tempatan menggunakan teknik tradisional, mencerminkan kepakaran tukang Melayu dahulu.

Penemuan ini menunjukkan kepentingan sungai sebagai laluan utama kehidupan dan perdagangan, dengan kajian lanjut akan dijalankan untuk pemeliharaan warisan.

Artikel penuh di ruang komen

27/04/2026

Home BERITA Peruntukan RM850,000 pacu pembangunan pelancongan di Dataran Guillemard Peruntukan RM850,000 pacu pembangunan pelancongan di Dataran Guillemard Oleh: Irham Hilmi Hashim KOTA DARULNAIM, 27 April — Inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan RM350,000 serta sumbangan RM500,000 daripad...

27/04/2026

Address

Kusial Baru
Kampong Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Guillemard Bridge Kusial River Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share