08/11/2019
APA KELEBIHAN RUMAH BARU DAN RUMAH SUBSALE (Second Hand)
Sebut saja pasal rumah, memang banyak pilihan yang ada. Ada yang beli rumah untuk duduk sendiri, tak kurang juga ada yang beli rumah untuk dijadikan pelaburan.
Jom kita tengok kelebihan beli rumah baru berbanding beli rumah subsale.
🚩 Definisi Rumah Baru dan Rumah Subsale
▪️Rumah Baru – Boleh jadi rumah dalam pembinaan (under construction) atau juga rumah yang sudah siap sepenuhnya, tinggal nak tunggu tuan rumah baru untuk menghuninya.
▪️Rumah Subsale – Juga dikenali sebagai rumah second-hand, di mana telah ada pembeli yang beli daripada pihak pemaju.
🤫 Dah tahu apa definisi rumah baru dan rumah subsale, apa p**a kelebihan rumah baru, berbanding rumah subsale.
✔ 1. Nama Pun Rumah Baru, Semuanya Baru
Apabila membeli rumah baru, luar dalam rumah tersebut adalah baru. Daripada cat luaran yang kita nampak, sehinggalah pendawaian (wiring) dalaman yang kita tak nampak.
Bila semuanya baru, rasa lebih selesa dan yakin bahawa ianya akan tahan lama berbanding rumah yang dah berusia.
Kalau beli rumah subsale, luaran mungkin nampak baru, tapi dalaman kita tak tahu keadaannya.
✔ 2. Rumah Baru Ada Waranti
Bila dapat kunci rumah baru nanti, jangan risau kalau ada sebarang kerosakan kerana ada waranti. Buatlah senarai semak kecacatan atau lebih dikenali sebagai defect checklist.
Perkara biasa yang disemak adalah:
✅ Dinding, pastikan tiada rekahan
✅ Lantai kayu, pastikan tiada kesan air bertakung yang menandakan ada kebocoran
✅ Jubin atau tiles, pastikan ianya dipasang dengan kemas
✅ Pendawaian elektrik, pastikan tiada wayar terjojol keluar
✅ Saliran air, pastikan air boleh mengalir dan tiada air bertakung
✅ Sistem perpaipan, pastikan tandas tiada bau busuk yang menandakan ada saluran tersumbat
✅Pintu, tingkap, grill, pastikan ianya boleh ditutup dan dibuka dengan kemas
✅Resapan air, pastikan siling dan bucu berhampiran dengan tingkap tiada takungan air
⚠️ Jika terdapat sebarang kerosakan, laporkan kepada pemaju dan minta mereka baiki secara percuma kerana masih dalam tempoh waranti.
Kalau beli rumah subsale, rumah nampak macam elok, tapi kita kena duduk dulu rumah tersebut selama beberapa hari atau beberapa minggu; barulah tahu itu rosak ini rosak. Dan mungkin terpaksa membelanjakan duit yang banyak p**a untuk membaikinya.
✔3. Pakej Promosi Daripada Pemaju
Biasa kan kita dengar beli rumah baru, dapat penghawa dingin percuma, dapat kabinet dapur percuma, dapat itu percuma, dapat ini percuma.
Tak kurang juga ada pemaju yang memberikan rebat atau diskaun untuk pembeli awal. Ada yuran guaman dan duti setem yang ditanggung pemaju. Malah, ada yang menawarkan skim bayaran ansuran 0% menggunakan Easy Payment.
Tidak lupa juga diskaun buat pembeli bumiputera.
Kalau beli rumah subsale, kena sediakan 10% deposit dan lebih kurang 5% daripada harga rumah untuk bayar yuran-yuran dan kos-kos yang terlibat.
✔4. Lebih Murah Untuk Masuk Rumah
Ada rumah baru yang tak perlukan deposit pun untuk masuk rumah, semuanya dah termasuk dalam harga rumah dan juga pembiayaan bank. Kalau ada deposit pun, ada pemaju yang minta RM1,000 saja deposit dan selebihnya akan diproses oleh panel bank yang dilantik pemaju.
Kalau beli rumah subsale, 2%-3% deposit untuk dibayar kepada ejen atau pemilik rumah dah menjadi kebiasaan. Kemudian bila dah buat permohonan dengan pihak bank, ada juga yang gagal dapat pembiayaan. Maka, duit deposit tu dikira hangus. Rumah tak dapat, deposit pun tak dapat balik.
5. Diskaun Untuk Beli Beramai-Ramai
Biasanya pihak pemaju menggalakkan anda kumpul beberapa orang, dan beli beramai-ramai. Maka dapatlah diskaun bagi pembelian secara pukal atau group discount.
Rajinlah masuk forum ke, group ke, untuk cari kawan-kawan yang nak beli projek perumahan yang sama. Di samping dapat buat kawan baru, rumah pun dapat diskaun.
Kalau beli rumah subsale, tak dapatlah nak menikmati diskaun ini.
6. Rumah Moden Ikut Citarasa Terkini
Projek perumahan baru biasanya dibina mengikut citarasa terkini dan mengaplikasi teknologi- teknologi yang terbaru. Dan jika anda ada citarasa sendiri, boleh berbincang dengan pemaju terutamanya rumah yang sedang dalam pembinaan.
Kalau beli rumah subsale, anda kena terimalah rumah itu seadanya. Dan kalau nak tambah itu atau nak buang itu, semuanya perlukan duit untuk pengubahsuaian atau renovation.
Haaa.... dah tahu kelebihan beli rumah baru berbanding rumah subsale kan? bolehlah tengok p**ak projek perumahan kami di sini ya ⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️
📍 TAMAN BUKIT TUNGGAL
KG GAJAH, PERAK
📍 TAMAN SURIA INDAH
GELUNG PEPUYU, PERAK
❓Untuk pertanyaan jualan, sila hubungi 📲 05-6921554 /016-8967160
Ikut halaman Facebook kami, untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang jualan dan projek baru.
⬇⬇⬇⬇⬇⬇
https://www.facebook.com/LTCGroupSitiawan
🏢 Pemaju: Inter Harmony Development Sdn. Bhd. (885706-H)
📍Alamat: No. 16-B Kampung Selamat, 32000 Sitiawan Perak