12/06/2024
Ajib kongsi sikit info kat Ampa. Mengapa maklumat ni Penting untuk pengiraan Kelayakan Pembiayaan Lppsa
A. Slip gaji- jumlah Kelayakan Pembiayaan
Slip gaji penting dalam mengira Kelayakan Pembiayaan Lppsa. Semua maklumat untuk pengurusan ada dalam ni. Maklumat pendapatan . Maklumat elaun TETAP. Maklumat Potongan wajib. Maklumat Potongan lain. Maklumat Potongan tak diambilkira.
B. Skim perkhidmatan- jumlah Tempoh Pembiayaan
Skim ni pun Penting untuk tentukan Tempoh Pembiayaan maksimum Ampa boleh buat. Jika skim pencen, Ampa boleh buat Pembiayaan maksimum 30/35 tahun atau sehingga Umur 90 tahun, mana-mana sampai dulu.
Jika skim kwsp, Ampa boleh buat Pembiayaan maksimum 30/35 tahun atau sehingga Umur bersara wajib, mana-mana sampai dulu.
C. Umur- jumlah MRTT & Ansuran bayaran balik
Umur Ampa Penting dalam pengiraan MRTT. Makin berusia, makin mahal jumlah Pembayaran Ampa tau. Jika muda, murah sikit la.
Begitu juga jika bayaran balik bulanan. Jika Tempoh Pembiayaan pendek, bayaran balik bulanan akan jadi tinggi. Jika Tempoh Pembiayaan panjang, bayaran balik bulanan akan jadi rendah.
Semoga dipermudahkan.