Juruukur Al-Fateh Perlis

Juruukur Al-Fateh Perlis MENYEDIAKAN SEGALA JENIS PERKHIDMATAN UKUR TANAH

30/09/2022

Cadastral Survey (Ukur Kadaster):
Kadaster merupakan satu bidang ukur yang akan menentukan kedudukan dan keluasan sebidang tanah itu sebagai hakmilik seseorang. Dengan lain perkataan, kadaster menyatakan tentang hal ehwal tanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Berasal dari perkataan Greek “Katasikon” yang bermaksud buku nota atau buku rekod. Ada juga yang menyatakan berasal dari perkataan Latin “capistrastrum” yang ada kaitan dengan perkataan Capitatro Terrena yang bermaksud rekod cukai tanah.

Ukur Kadaster adalah kerja-kerja pengukuran yang melibatkan hakmilik tanah yang dibuat untuk menentukan kedudukan tanda-tanda sempadan hakmilik. Hasil kerja ukur kadaster akan ditunjukkan dalam rekod yang berdaftar atau dokumen hakmilik yang lebih dikenali sebagai geran. Lot Kadaster Berdigit daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) merupakan pangkalan data ukur berdigit bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah lot, sempadan lot dan batu sempadan dalam unjuran Cassini Soldner. Maklumat berkaitan dengan lot seperti nombor lot, keluasan lot, bearing, jarak sempadan dan sebagainya juga boleh diperolehi.

28/09/2022

Seseorang yang tidak pernah melakukan kesilapan tidak pernah mencuba sesuatu yang baru.

26/09/2022

Pemetaan utiliti bawah tanah adalah merupakan satu proses kerja-kerja pengukuran dan pengesanan untuk memperoleh data-data pepasangan utiliti dari aspek kedudukan, kedalaman, jenis, dan saiz pepasangan utiliti yang terdapat/ditanam di bawah tanah.

Selalu orang buat TBM tak ikut spec. Ni kami tunjuk contoh spec yang betul.
23/09/2022

Selalu orang buat TBM tak ikut spec. Ni kami tunjuk contoh spec yang betul.

Perkhidmatan pengukuran tanah biasanya dilakukan apabila seseorang perlu mengesahkan sempadan hartanah tertentu. Ini bol...
22/09/2022

Perkhidmatan pengukuran tanah biasanya dilakukan apabila seseorang perlu mengesahkan sempadan hartanah tertentu. Ini boleh terjadi apabila pemilik harta ingin membina pagar di sepanjang garisan atau apabila seseorang ingin menjual atau membeli harta dan sempadan yang tepat diperlukan untuk transaksi tersebut. Urus niaga hartanah semestinya mempunyai pengukuran yang betul di lapangan. Pengukuran hartanah dapat menentukan garis sempadan yang tepat. Pengukuran yang betul sentiasa merupakan idea yang baik dalam mana-mana urusan hartanah untuk memastikan semua orang yang terlibat jelas tentang garis sempadan hartanah.

04/07/2022

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Vacancy ; JURUUKUR AL-FATEH
Base : Kangar Perlis
1) Asst Surveyor (min Dip) x 1
2) Chainman (min SPM) x 2
•fresh graduate encourage to apply
•knowledge in handling GPS,TS,DUMPY LEVEL etc.
•knowledge in CAD software's (ACAD, BRICSCAD, ZWCAD,etc)
•willing to learn, hardworking, able to complete task within timeline
•willing to travel for work including weekends and public holidays
EPF & SOCSO provided
Salary + Allowances
Working Hours = Monday - Friday, 8am - 5pm
Saturday (standby if urgently needed)
Kindly send your resume at
[email protected]
Contact no : +6013-370 1615 (Sr Hazim)
Advertised on 1/7/2022

07/01/2022

“Kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta, namun kekayaan adalah hati yang selalu merasa cukup”

31/05/2018

JURUUKUR AL-FATEH ditubuhkan mengambil sempena nama Muhammad Al-Fateh, seorang pemimpin islam yang mahir dalam pelbagai bidang termasuk sains, matematik dan ketenteraan yang telah berjaya membuka Kota Konstantinople (Istanbul) pada kurun ke 14 di zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyyah .

JURUUKUR AL-FATEH adalah sebuah firma yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Pemilik tunggalnya adalah Sr Hj. Che Sulaiman bin Mat Yunus. JURUUKUR AL-FATEH berdaftar di bawah Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) dengan No. Pendaftaran LJT 562, sebagai seorang Juruukur Tanah Bertauliah yang dilesenkan di bawah Akta 458 (Dipinda 1991).

JURUUKUR AL-FATEH adalah sebuah firma perunding yang memberi perkhidmatan dalam bidang Ukur Tanah(Kadater), Ukur Pemetaan dan Ukur Kejuruteraan. Iltizamnya adalah untuk sama-sama bergerak memacu pembangunan negara dengan memberi perkhidmatan dan perundingan dalam kerja yang berkaitan dengan pengukuran tanah meliputi pelbagai kerja Ukuran Hakmilik, ukuran bagi tujuan Pemetaan pelbagai skala, Ukuran Kerja Kerja Kejuruteraan untuk sebarang pembinaan, Ukuran Hydrografi, Ukuran Pengesanan Utility Di Bawah Tanah dan penggunaan aplikasinya. Perkhidmatan yang diberikan merangkumi khidmat nasihat, kerja-kerja penawanan data, pemprosesan data dan hasil akhir (produk).

Address

NO 45, Jalan MAJU 8, TAMAN KEMAJUAN
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60139812131

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Juruukur Al-Fateh Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Juruukur Al-Fateh Perlis:

Share

Category