Cerdik Hartanah

Cerdik Hartanah The objectives of this page:
Learn • Growth • Earn
Learn about property investment
Grow your assets for the future
Earn both passive and active income

Sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat daripada webinar tuan Faizul Ridzuan  tentang isu yang baru viral baru-baru ni ...
03/10/2021

Sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat daripada webinar tuan Faizul Ridzuan tentang isu yang baru viral baru-baru ni di Twitter (tengok gambar pertama). Selamat membaca😄

SURVIVING ADULTHOOD

Gaji rendah- TINGKATKAN SKIL sebab kita dibayar dengan value yg kita boleh bagi kepada majikan kita. Lagi sikit skill+ experience lagi mudah kita digantikan dengan orang lain.

2 SOLUSI
1. Kurangkan perbelanjaan
2. Tambah pendapatan

KURANGKAN PERBELANJAAN
1a) Potong semua perbelanjaan yang x penting- berbelanja hanya untuk keperluan shja

b) Fahami pengurangan hutang- Perlu ada ilmu untuk kurangkan komitmen hutang-hutang kita

TAMBAH PENDAPATAN
3 jenis pendapatan

2a) Active income- Hasil pendapatan daripada pekerjaan kita

2b) Hustle income- Hasil yang kita buat selepas waktu bekerja

2c) Passive income- Pendapatan yang kita dapat tanpa bekerja

TAMBAH ACTIVE INCOME
Income bertambah apabila makin kurang orang yang boleh lakukan pekerjaan tersebut(skil)

PENGORBANAN YANG PERLU DIBUAT UNTUK TINGKATKAN ACTIVE INCOME

1. Cariskil+ilmu+pengalaman dulu sebelum pendapatan dlm 5-10 karier kita

2. Buat 10%-20% lebih daripada rakan sekerja kita

3. Buat strategi untuk jangka masa panjang sbb pesaing kita kebanyakan hanya ada strategi jangka pendek

4. Belajar dan buat benda baru. Bersedia untuk gagal

5. Jadi yang banyak ilmu dan bantu selesaikan masalah rakan2 di tempat kerja

HUSTLE INCOME

Pendapatan yang kita lakukan diluar waktu kerja.
Contoh: Grab, kerja part time, jadi Ejen hartanah

PASSIVE INCOME

Pendapatan yang kita dapat tanpa bekerja. Contoh: Hasil duit sewa rumah

Surviving adulthood is difficult if you don't have the right knowledge. Invest your time to seek for knowledge

SETIAP TAHUN DUIT KITA DI CURI.Ini ialah kisah PENCURI SENYAP TERBESAR di dunia. Bila saya sebut tentang pencuri mungkin...
14/09/2021

SETIAP TAHUN DUIT KITA DI CURI.

Ini ialah kisah PENCURI SENYAP TERBESAR di dunia. Bila saya sebut tentang pencuri mungkin anda akan terfikir tentang geng kongsi gelap atau ahli politik dan mungkin juga pihak bank tapi sebenarnya andaian anda salah. Untuk makluman pencuri ini telah berjaya mencuri di setiap pelusuk dunia termasuklah negara yang kita cintai ini iaitu Malaysia.Antara negara yang paling terkesan hasil pencurian ini ialah Venezuela, Zimbabwe dan Sudan. Mungkin dengan sedikit petunjuk tadi. Anda mungkin sudah dapat meneka siapakah pencuri tersebut. Ya betul tekaan anda, pencuri senyap terbesar di dunia ialah INFLASI. Dia telah berjaya mencuri duit kita tanpa kita sedari. Tidak perlu pergi jauh ke Afrika dan Amerika Selatan. Lihat gambar kedua di dalam post ini sudah boleh dilihat yang duit kita bakal dicuri lagi dan perkara ini terus BERULANG saban tahun. Jadi apakah solusi bagi masalah kecurian ini? Adakah dengan cara kita menyimpan duit kita di dalam bank? Betul ke duit kita tidak akan dicuri? Jawapannya ialah SALAH kerana dengan menyimpan wang kita tidak boleh menyelamatkan wang kita daripada dicuri. Jadi perlukah kita terus pasrah begitu sahaja? TIDAK, jadi mari saya kongsikan antara cara yang boleh dilakukan oleh kita untuk melindungi duit kita daripada dicuri ialah dengan membuat pelaburan. Ini kerana dengan pelaburan kita dapat menambah wang yang ada atau dalam kata lain wang tersebut boleh beranak. Saya tahu ramai dekat sini yang takut melabur kerana mereka takut rugi tapi sebenarnya kita lebih rugi jika kita tidak melabur duit yang kita perolehi. Jangan salah faham bukan saya nak anda melabur ke semua duit yang anda ada tetapi melabur sedikit duit yang anda ada itu ke dalam pelaburan seperti emas, saham, hartanah dan mata wang digital. Mesti anda fikir ' tak mahu aku nanti salah langkah rugi ' oleh itu saya sarankan mantapkan dulu ilmu pelaburan anda sebelum mengambil keputusan untuk melabur. Carilah guru yang betul dan dapat membimbing anda untuk mengurangkan risiko ketika melabur. Setakat ini sahaja perkongsian saya pada malam ini. Selamat malam dan semoga anda tidak bermimpi duit anda dicuri oleh Mr. Inflation.

7 Kriteria Beli Hartanah yang perlu kita tahu.1. Baru Vs Lama2. Harga min/media 3. Tier hartanah4. Booster 5. Supply6. T...
13/09/2021

7 Kriteria Beli Hartanah yang perlu kita tahu.
1. Baru Vs Lama
2. Harga min/media
3. Tier hartanah
4. Booster
5. Supply
6. Tempoh matang
7. Pilihan penyewaan

InshaAllah kami akan kongsikan dengan lebih detail lagi tentang 7 kriteria ini pada masa akan datang. STAY TUNE

SELAMAT DATANG KE CERDIK HARTANAH🎊🎊🎊Visi kami ialahMemupuk minat rakyat Malaysia dalam bidang pelaburan hartanah dan set...
08/09/2021

SELAMAT DATANG KE CERDIK HARTANAH🎊🎊🎊

Visi kami ialah
Memupuk minat rakyat Malaysia dalam bidang pelaburan hartanah dan seterusnya melahirkan ramai pelabur yang berjaya.

Misi kami ialah
Learn • Growth • Earn

Langkah pertama dalam sesuatu bidang mestilah dengan ilmu. Dengan ilmu kita dapat berkembang dengan jayanya dan seterusnya kita akan boleh merasa hasil usaha kita dengan berkat ilmu yang kita punyai.

Para pengikut akan didedahkan dengan ilmu-ilmu hartanah yang bakal membantu anda untuk membeli hartanah terutamanya untuk dijadikan sebagai pelaburan.

Jangan lupa untuk like page kami untuk lebih banyak ilmu-ilmu hartanah yang bakal dikongsikan nanti.

Address

Kangar
01000

Telephone

+60109276010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerdik Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category