13/10/2021
CARA PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH PERTAMA
Jom tengok sedikit info berkenaan pengeluaran KWSP untuk tujuan membeli rumah.
• SYARAT LAYAK MEMOHON:
~Permohonan dibuat sebelum umur 55 tahun.
~Belum pernah membuat pengeluaran bagi tujuan sama.
~Baki simpanan akaun 2 tidak kurang rm500.
~Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)/ pembinaan telah ditandatangani tidak lebih 3 tahun daripada tarikh mohon.
~Telah lulus atau mendapat pembiayaan perumahan dari mana mana bank/ bayaran 20% telah dibuat bagi rumah bina rumah/ belian secara tunai.
~Rumah pertama telah dilupuskan -dijual, dilelong, ditukar nama kepada ahli keluarga lain atau lain lain cara jika memohon pengeluaran untuk rumah kedua.
~Kaedah bayaran secara “kredit terus” ke Akaun bank pencarum, Cek Jurubank atau makluman bayaran terus.
• JUMLAH BOLEH DIKELUARKAN
1) Pinjaman biasa (80% - 90%) - perbezaan Harga rumah dengan jumlah pinjaman yang diperoleh dan tambahan 10% dari harga rumah atau semua simpanan dalam akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah (tidak kurang rm500)
Contoh pengiraan:
Harga rumah = RM400,000
Jumlah pembiayaan = RM320,000 (80% loan)
10% harga rumah = RM40,000
Amaun kelayakan = RM400,000 – RM320,000 + RM40,000 = RM120,000
(Tak termasuk insuran / lawyer fee yang dimasukkan dalam loan)
2) Pinjaman 100% - 10% daripada harga rumah atau semua simpanan akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah (tidak kurang rm500).
3) Belian tunai - Pengeluaran mengikut harga rumah dan tambahan 10% dari harga rumah atau semua .
• DOKUMEN DIPERLUKAN
1) Belian melalui Pemaju/ Rumah baru/ undercon
~Jika membeli secara pinjaman:
-Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Letter of offer housing loan
-Geran
~Jika membeli secara tunai:
--Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Surat pengesahan belian tunai dari pemaju.
-Geran,
-Cf
2) Belian melalui Lelongan Awam
~Jika membeli secara pinjaman:
-Surat pengistiharan jualan lelong
-Letter of offer housing loan
-Geran.
~Jika membeli secara tunai.
-Surat pengistiharan jualan lelong
-Surat pengesahan belian tunai dari Bank/ peguam bank pelelong
-Geran,
3) Belian melalui Individu/ Subsale
~Jika membeli secara pinjaman:
-Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Geran/ Strata atas nama penjual
-Surat kebenaran dpd PBT jika hartanah ada sekatan
-Letter of offer housing loan
-jika master title, perlu pengesahan dpd pemaju mengenai butiran rumah.
~Jika membeli secara tunai.
- Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Surat pengesahan belian tunai dari Peguam.
-Bukti bayaran 20% dpd harga rumah.
-Geran
• BILA BOLEH MOHON
~Bagi hartanah berstatus freehold, permohonan boleh dibuat sebaik SPA ditandatangani dan dimatikan setem.
~Bagi hartanah yang ada sekatan seperti rumah berstatus "leashold" permohonan hanya boleh dibuat selepas anda mendapat surat kelulusan pindahmilik daripada pihak berkuasa tempatan. Anggaran 3 bulan selepas SPA ditandatangani.
P/s: untuk urusan dokumen yang perlu diserahkan kepada KWSP, biasanya peguam yang dilantik untuk menguruskan jual beli rumah anda akan menyiapkan kesemuanya dan anda hanya perlu datang cawangan KWSP terdekat untuk urusan selanjutnya.
Semoga sedikit info ni bermanfaat untuk semua.
MOHD FAIZ BIN YUSOF
www.wasap.my/+60108786731
ORIENTAL REAL ESTATE SDN BHD