31/01/2024
π«πΊπΉ πππ π¨πππ πππππππ π
ππππ ππππππππππ πππππππππ ππππππππ ππππ.
Debt Service Ratio (DSR) bermaksud nisbah hutang anda dengan pendapatan bersih anda (setelah ditolak KWSP, Socso dan Cukai). DSR menjadi Penanda aras pada bank untuk mengukur keupayaan anda untuk membuat pembiayaan rumah
Kalau Anda Tak Jaga DSR anda Dengan Baik, Bank akan Susah nak Luluskan pinjaman Rumah Kalian !!
Bila kita faham DSR dan cara pengiraan, peluang untuk pinjaman rumah lulus lebih mudah.
DSR adalah tahap kemampuan kita untuk membuat pinjaman daripada bank bagi membiayai rumah yang ingin kita beli.
Bank akan lihat peratusan DSR terkini kita sebelum meluluskan pinjaman rumah.
Peratusan DSR bagi setiap bank adalah berbeza dan mengikut tahap pendapatan kita jugak. Biasanya peratusan maksimum DSR bank adalah antara 40% - 80%.
Cara-cara nak kira DSR individu:
Katakan gaji bersih kita adalah RM3,000. Hutang yang kita ada pulak seperti berikut:
Hutang kereta : RM400
Hutang PTPTN : RM100
(Hutang ni adalah hutang yang termasuk dalam rekod CCRIS sahaja tau. Kalau hutang dengan adik-beradik dan kawan-kawan tak diambil kira)
Jadi, total hutang kita adalah RM500.
Jumlah hutang dibahagi dengan gaji, maka kiraan DSR adalah seperti ini:
RM500 / RM3,000 x 100% = ~16%.
Maka, DSR terkini kita adalah 16%.
Katakan BANK tetapkan DSR kita 60% sahaja, jadi 60% - 16% = 44%.
44% lebih kurang RM1,320. Maksudnya, kita boleh buat hutang baru sebanyak RM1,320 untuk beli rumah.
Anggaran kasar harga rumah dengan bayaran ansuran bulanan RM1,320 adalah RM260,000.
Jadi, dengan kemampuan yang kita ada, untuk mudah pinjaman rumah lulus, pastikan kita beli rumah dengan bajet sekitar RM260,000.
Kesimpulannya, kurangkan hutang-hutang jahat supaya peratus DSR kita rendah.
Semakin rendah DSR kita, semakin cerah peluang pinjaman rumah kita bakal diluluskan oleh pihak bank.
Nota : DSR bank berbeza mengikut jenis-jenis bank yang ada di Malaysia ini.
Ini baru DSR, belum masuk NDI lagi. Apa pulak NDI ni? Next post saya cuba jelaskan..