19/07/2026
๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฎ๐ญ๐ ๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฎ๐ง ๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ -๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ง๐๐ง
KOTA KINABALU: 14 Julai 2026 โ Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM66 juta untuk kerja-kerja pembaikan cerun di jalan Persekutuan seluruh Sabah pada tahun 2026, sebagai langkah menangani masalah runtuhan cerun yang kerap berlaku di laluan Penampang-Tambunan-Keningau.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam jawapan bertulisnya kepada soalan lisan Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Gapari Kitingan, di Dewan Rakyat pada Rabu memaklumkan bahawa KKR sentiasa peka dan mengambil perhatian serius terhadap kejadian tanah runtuh serta isu keselamatan jalan raya di sepanjang jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian, termasuk laluan Penampang-Tambunan-Keningau yang merupakan antara laluan utama menghubungkan Pantai Barat dengan pedalaman Sabah.
Menurut kenyataan itu, Kerajaan Persekutuan melalui Program Penyelenggaraan Cerun telah menyediakan peruntukan RM66 juta untuk kerja-kerja pembaikan cerun di jalan Persekutuan seluruh Sabah pada tahun 2026. Peruntukan ini digunakan untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi dan pembaikan di lokasi-lokasi berisiko tinggi yang dikenal pasti untuk mengurangkan kejadian tanah runtuh, sekali gus memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Selain itu, pada Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kewangan untuk projek pembaikan cerun di KM31.90, Jalan Kota Kinabalu โ Keningau โ Tenom (Laluan Persekutuan 500), Penampang, Sabah dengan kos keseluruhan RM22.5 juta. Projek di bawah Reka dan Bina (Tender Terbuka Pra-Kelayakan) ini dijangka dikeluarkan pelawaan tender selepas Ogos 2026 dan Surat Setuju Terima dijangka dikeluarkan pada Januari 2027.
KKR menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah juga melaksanakan pemantauan secara berterusan ke atas cerun-cerun kritikal serta menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penstabilan cerun di sepanjang jalan berdasarkan tahap risiko dan keutamaan di lokasi yang dikenal pasti.
Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya menjelaskan bahawa laluan Keningau โ Kimanis adalah jalan negeri yang mana penyelenggaraan jalan dan cerun berada di bawah seliaan dan tanggungjawab Kerajaan Sabah.
Untuk Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), KKR telah menerima permohonan projek dari Kerajaan Sabah bagi jalan Persekutuan di Sabah, iaitu Projek Pembaikan Cerun di KM154.59 dan KM44.90, Jalan Kota Kinabalu โ Keningau โ Tenom (Laluan Persekutuan 500). Namun, permohonan tersebut tidak dapat dipertimbangkan kerana keutamaan diberikan kepada projek-projek yang lebih kritikal berdasarkan senarai keutamaan Kerajaan Sabah.
Semakan kementerian juga mendapati tiada permohonan projek diterima dari Kerajaan Sabah di bawah Rolling Plan 1 dan Rolling Plan 2 RMK13 berkaitan permohonan untuk membina terowong merentasi Banjaran Crocker seperti yang dimaklumkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Sehubungan itu, KKR mencadangkan supaya pertanyaan berkenaan pembinaan terowong merentasi Banjaran Crocker dan penambahbaikan jalan di laluan berkenaan dikemukakan kepada Kerajaan Sabah untuk penjelasan lanjut.
G-Admin