14/02/2022
kredit:
BOLEH KE PEMBELI BATALKAN SPA KERANA RUMAH TERSEBUT DILANDA MUSIBAH BANJIR?
Lewat malam tadi, Coach diajukan soalan berkenaan perkara di atas. Untuk menjawab persoalan ini, Pembeli perlu melihat perkara-perkara PENTING seperti berikut:
1) apakah terma yang terkandung dalam Booking Form yg ditandatangani dengan Ejen,
2) apakah terma yang terkandung dalam S&P Agreement (SPA),
3) apakah terma yang terkandung dalam Letter of Offer / Loan Agreement,
4) mengenalpasti tahap kerosakan yang dialami sama ada ia mengakibatkan rumah tersebut tidak selamat di duduki (struktur rosak, tanah mendap dsb),
5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan keadaan rumah tersebut (insurans bencana yang telah diambil oleh penjual, CCC / CF yang telah dikeluarkan oleh PBT dsb)
Jadi, Pembeli perlu rujuk dengan peguam yang mengendalikan kes SPA dan Loan Agreement nya untuk dapatkan kepastian tentang hal-hal di atas dulu.
General rule nya, jika ada klausa di dalam SPA yang menyatakan bahawa Perjanjian Jual-Beli boleh dibatalkan sekiranya berlaku bencana (termasuk kebakaran atau banjir dsb) yang mengakibatkan KEROSAKAN TERUK rumah tersebut sehingga menyebabkan rumah itu TIDAK SELAMAT untuk didiami lagi (NOT FIT FOR OCCUPATION) dan kerosakan tersebut tidak dapat diperbetulkan oleh penjual (NOT RECTIFIABLE) sebelum bayaran penuh baki harga jual dilepaskan kepada penjual oleh pembeli, maka pembeli boleh atas budibicara nya membatalkan perjanjian SPA dengan menghantar Notis kepada Penjual.
Sekiranya ini berlaku, maka Penjual perlu memulangkan Baki Deposit yang telah Penjual / Peguam Penjual terima kepada Pembeli.
Namun demikian, jika kerosakan yang berlaku adalah kecil, bersifat "minor" dan tidak mencacatkan struktur rumah tersebut dan ia masih boleh didiami dengan selamat, maka jika Pembeli ingin batalkan juga pembelian, Penjual berhak untuk FORFEIT keseluruhan Wang Deposit yang telah dibayar. Kos yang penjual keluarkan berkaitan dengan proses jual-beli juga mungkin boleh dituntut oleh Penjual daripada Pembeli.
Tetapi, dalam hal sedemikian, Coach nasihatkan agar Pembeli tadi bersabar dulu dan tidak mengeruhkan lagi keadaan dan menambah penderitaan yang dialami oleh Penjual.
Sebaiknya, kita bersimpati dengan keadaan yang Penjual alami dan BANTULAH Penjual untuk meringankan beban yang ditanggung nya.
Setelah keadaan reda, bawa-bawalah berbincang berkenaan perkara yang dinyatakan di atas dan pastikan terma yang terkandung dalam perjanjian dipatuhi bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.
Harap jawapan ini boleh membantu.
Dya IDA
REN 52683
Perunding Hartanah IWP
📞011-10742447