Hafiz Zaki - Property Advisor

Hafiz Zaki - Property Advisor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hafiz Zaki - Property Advisor, Estate agent, Kepala Batas.

We Help You Strategize Property Ownership In Residential | Land | Commercial Properties
Actively Developing Property Leaders & REN in Malaysia

Property Advisor | Real Estate Negotiator | Associate Director
www.hafizzaki.com
www.skyrealtorsgroup.com

NAK JUAL RUMAH DENGAN CEPAT TAPI TAK TAHU CARA YANG BETUL❓BERI KAMI URUSKAN A-Z‼️Pemilik hartanah mengalami masalah sepe...
09/09/2026

NAK JUAL RUMAH DENGAN CEPAT TAPI TAK TAHU CARA YANG BETUL❓BERI KAMI URUSKAN A-Z‼️
Pemilik hartanah mengalami masalah seperti ini?
❌ Tak tahu cara betul untuk jual rumah
❌ Tak tahu nak letak harga rumah yang betul
❌ Tak pandai nak tarik minat pembeli
❌ Takda masa nak layan pembeli sehingga terlepas peluang menjual
❌ Takut rugi besar bila takda pengalaman
Serahkan pada kami untuk uruskan proses jual beli hartanah anda❗️
✅ Ejen hartanah berdaftar sejak 2015
✅ Bantu proses jual beli dari awal sehingga selesai mengikut prosedur yang betul.
✅ Mencadangkan harga semasa rumah supaya dapat pembeli
✅ Bantu dapatkan pembeli yang berkualiti
✅ Membuat kajian pasaran dan nasihat jual beli
✅ Menggunakan saluran iklan yang berkesan serta jaringan pemasaran yang luas
✅ Urusan pinjaman, guaman juga disediakan
✅ Lebih 500 pemilik rumah & tanah telah kami bantu
KAMI COVER UNTUK WARGA KEDAH & PENANG SAHAJA📌

Tiada bayaran selagi rumah/hartanah belum terjual !
PERCUMA semak harga semasa rumah 💯
Inginkan bantuan kami? Cepatkan proses jual hartanah anda
Tekan link / Button Whatsapp di bawah sekarang👇
https://www.hafizzaki.com/jualhartanah

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian untuk bulan Ogos 🤲Champion Top 5 Head of Group & Branch Director Nationwide – August...
08/09/2026

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian untuk bulan Ogos 🤲

Champion Top 5 Head of Group & Branch Director Nationwide – August 2026.

Pemangkin semangat untuk teruskan usaha, sekaligus pencapaian ini adalah untuk seluruh kump**an SKY Realtors Group Properties

Bagi saya, pencapaian sebagai leader bukan hanya tentang angka sendiri.
Ia datang daripada usaha membina pas**an, membangunkan ejen, memperbaiki sistem sedia ada dan memastikan kita kump**an terus bergerak walaupun ada cabaran.

Terima kasih khususnya kepada seluruh SKY Realtors Group, para leader dan semua partner team yang terus bekerja keras, support antara satu sama lain dan sama-sama membawa nama team ke hadapan.

Syukur dengan apa yang telah dicapai, tetapi perjalanan masih panjang.

Sasaran selepas ini lebih besar.

Kita mahu lebih ramai agent yang produktif, lebih ramai leader baru dibangunkan dan SKY Realtors terus berkembang sebagai organisasi yang kuat, tersusun dan konsisten. Inshallah.

Kita terus perbaiki sistem.
Kita terus develop people.
Kita terus grow bersama.

www.hafizzaki.com


🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-69 🇲🇾𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢Bersama membina masa depan Malaysia yang lebi...
08/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-69 🇲🇾

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢

Bersama membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera, memperkukuh perpaduan dan membuka lebih banyak peluang untuk generasi akan datang.

Seiring Melangkah, Bersama Membina Malaysia.

🇲🇾 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚! 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚! 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚!

www.hafizzaki.com

Kami   diberi peluang untuk memasarkan projek baru di Kulim Utama, Kulim Hitech dan haritu kami dah jalankan sesi briefi...
11/07/2026

Kami diberi peluang untuk memasarkan projek baru di Kulim Utama, Kulim Hitech dan haritu kami dah jalankan sesi briefing projek ni.

Projek boleh jalan dan demand yang sentiasa tinggi especially warga kulim sendiri atau yang bekerja sekitar Kulim Industrial Park. Ni peluang sambar rumah hot. Kalau lambat habis. Fasa1 sold out already 😁

Pada saya, sesi seperti ini bukan sekadar belajar tentang projek.

Ia adalah sebahagian daripada proses membangunkan seorang ejen.

Sentiasa galakkan team untuk turun padang dan terus belajar. Faham pasaran dan tengok sendiri progress projek.

Semakin banyak kita melihat, mendengar dan memahami pasaran, semakin kita dapat bantu client membuat keputusan dengan lebih baik dan naikkan trust pada client.

Menjual bukan hanya iklan. Tapi kena faham juga apa client mahu.

Kerana ejen yang berkembang bukanlah ejen yang paling lama dalam industri.

Tetapi ejen yang tidak pernah berhenti menambah ilmu dan pengalaman.

Yang lagi best, kami bagi advance commission 100%. Ejen tak perlu lama dapat commission. Kita faham ejen tak mahu buat projek sebab lambat dapat commission, tapi disini sign saja SPA claim commission terus.

Jom habiskan !

www.hafizzaki.com


🤝

Ada yang bertanya kepada saya,"Kenapa rumah di Kulim masih terus dicari walaupun banyak projek baru dibina di kawasan la...
22/06/2026

Ada yang bertanya kepada saya,

"Kenapa rumah di Kulim masih terus dicari walaupun banyak projek baru dibina di kawasan lain?"

Soalan itu sebenarnya menarik.

Pandangan saya..
Sebab pada kebiasaannya, apabila bekalan rumah semakin banyak, persaingan juga akan bertambah.

Tetapi bagi Kulim, ada satu faktor yang membuatkan pasaran ini agak berbeza.

Kulim bukan berkembang kerana perumahan.

Sebaliknya, perumahan berkembang kerana Kulim sedang berkembang.

Apabila peluang pekerjaan bertambah, pusat perniagaan berkembang dan kemudahan semakin lengkap, lebih ramai keluarga memilih untuk tinggal berhampiran kawasan ini.

Sebab itu kawasan sekitar Kulim Hi-Tech Park terus menjadi perhatian utama pembeli seperti Kulim Utama, KTC, Taman Kenari. Even taman yang distance jauh sikit pun still shows increasing demand macam Taman Selasih, taman angsana.

Selain tu Padang Serai dan Sg Petani pun dapat bahangnya.

Saya nampak, pembeli hari ini bukan sekadar mencari rumah yang cantik.

Mereka mencari lokasi yang memudahkan kehidupan harian dan memberi keyakinan untuk jangka masa panjang.

Rumah boleh diubah suai.

Tetapi lokasi tidak boleh dipindahkan.

Itulah sebabnya lokasi masih menjadi faktor utama dalam kebanyakan keputusan pembelian hartanah.

==========
Jika anda ingin mendapatkan pandangan mengenai pasaran semasa sekitar Penang, Kulim, Sungai Petani, atau sedang mencari rumah ; saya sentiasa terbuka untuk berkongsi maklumat dan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

Hafiz Zaki
www.hafizzaki.com
Property Advisor | Agency Development

Sesetengah pembeli datang viewing dengan fokus pada satu perkara..."Rumah ni cantik atau tidak?"Sebenarnya, itu hanya se...
16/06/2026

Sesetengah pembeli datang viewing dengan fokus pada satu perkara...

"Rumah ni cantik atau tidak?"

Sebenarnya, itu hanya sebahagian kecil daripada keputusan membeli rumah.

Semasa sesi viewing, saya selalu galakkan pembeli melihat lebih daripada sekadar cat dinding, kabinet atau dekorasi.

Lihat juga perkara yang akan memberi kesan kepada kehidupan harian anda untuk bertahun-tahun akan datang.

✔️ Susun atur rumah sesuai atau tidak dengan keluarga?

✔️ Kawasan kejiranan bagaimana?

✔️ Akses keluar masuk mudah atau tidak?

✔️ Sekolah, tempat kerja dan kemudahan berada pada jarak yang munasabah?

✔️ Rumah ini masih sesuai untuk anda 5 hingga 10 tahun akan datang?

Rumah bukan sekadar aset yang dibeli.

Ia adalah tempat di mana keluarga membesar, anak-anak membina kenangan dan kehidupan harian berlangsung setiap hari.

Beli kerana rumah itu benar-benar sesuai dengan keperluan dan perancangan masa depan anda.

Bila keputusan dibuat dengan betul, rumah bukan sekadar tempat tinggal.

Ia menjadi salah satu keputusan terbaik yang pernah anda buat.

Tapi biasanya, emosi akan mengatasi logik dan fakta bila hati dah betul-betul s**a. Its a transfer of feeling to make a decision. 😃👍

www.hafizzaki.com
Hafiz Zaki Property Advisor

#

Salah satu perkara yang saya selalu perhatikan apabila menilai sesuatu kawasan adalah faktor pekerjaan dan kemudahan har...
16/06/2026

Salah satu perkara yang saya selalu perhatikan apabila menilai sesuatu kawasan adalah faktor pekerjaan dan kemudahan harian.

Kawasan yang berada berhampiran pusat pekerjaan utama biasanya mempunyai permintaan yang lebih stabil kerana ramai memilih untuk tinggal dekat dengan tempat kerja dan kemudahan yang digunakan setiap hari.

Salah satu yang saya nak share kawasan Taman Kulim Utama 2 terus menjadi pilihan ramai pembeli.

🏡 Teres 2 Tingkat 📍 Taman Kulim Utama (Fasa 2), Kulim

✅ Freehold ✅ Non-Bumi Lot ✅ 4 Bilik Tidur, 3 Bilik Air ✅ Keluasan Tanah 1,540 sqft ✅ Fully Tiles & Fully Grill

Apa yang menarik, rumah ini berada dalam kawasan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan harian dan Kulim Hitech Industrial Park.

📍 Kulim Hi-Tech Industrial Park 📍 Hospital Kulim Hi-Tech 📍UniKL & Bersebelahan Politeknik Kulim 📍 Sekolah Rendah & Menengah 📍 Pusat Perniagaan, Klinik, Petronas, Restoran & Groceries 📍 JPJ, Pejabat Pendaftaran & Balai Polis 📍 Kulim Golf Club

Bagi pembeli yang bekerja di sekitar Kulim Hi-Tech Park atau mencari kediaman untuk keluarga di kawasan yang matang dan lengkap dengan kemudahan, lokasi seperti ini sememangnya antara yang sering mendapat perhatian.

Jika anda sedang mencari rumah di kawasan Kulim, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut atau sesi viewing.

www.hafizzaki.com

Hari ini selesai satu sesi viewing bersama partner SKY Realtors yang baru join team.Apa yang saya s**a, dia bukan sekada...
16/06/2026

Hari ini selesai satu sesi viewing bersama partner SKY Realtors yang baru join team.

Apa yang saya s**a, dia bukan sekadar hadir.
Dia buat homework siap-siap sebelum datang. Prepare awal sebelum attend buyer. Sekarang dah mula dapat momentum.

Dalam industri ini, ramai orang s**a bertanya apa rahsia untuk berjaya.

Hakikatnya, kebanyakan bukan soal teknik yang terlalu kompleks.

Ia bermula dengan kesanggupan untuk turun padang, belajar, bertanya dan mengambil tindakan secara konsisten. Dan pengalaman sebenar bila kita terjun dan terus buat. Feel sendiri proses tu.

Pada saya potensi seorang ejen itu bukan diukur pada berapa lama dia berada dalam industri.

Tetapi pada attitude dan kesungguhan dia untuk berkembang.

Ilmu boleh dipelajari.
Kemahiran boleh diasah.
Sistem boleh dibina.

Tetapi usaha dan kesungguhan perlu datang daripada diri sendiri.

InsyaAllah, kalau momentum ini dapat dikekalkan, saya yakin lebih banyak pencapaian yang boleh diraih pada masa akan datang.

Terus belajar.
Terus bergerak.
Terus percaya pada proses.

Kerana setiap ejen yang hebat hari ini, bermula dari proses yang sama dan terus belajar dan improve dari semasa ke semasa.

Terus buat 👍

"𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟐𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎, 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡...
04/06/2026

"𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟐𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎, 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐝𝐢𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐬𝐞𝐬 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧."

Kadang-kadang peluang terbaik dalam hartanah bukan berada di kawasan yang sudah penuh dengan pembangunan.

Tetapi di kawasan yang masih mempunyai tanah produktif dan nilai yang belum dihargai sepenuhnya oleh pasaran.

Saya berjumpa dengan tuan tanah yang minta saya uruskan penjualan tanah di Pajak Song, Kepala Batas.

Kawasan ini masih mengekalkan karakter asalnya sebagai kawasan pertanian yang aktif dan merupakan tanah First Grade dan masih diusahakan sebagai bendang.

Apa yang menarik perhatian saya bukan sekadar keadaan tanah yang masih aktif menghasilkan.

Tetapi harga yang diminta oleh owner.

💰 RM150,000 sahaja.

Kalau nak dibandingkan dengan market value semasa, harga ini berada di bawah nilai pasaran.

Tidak semua pembeli tanah mencari keuntungan segera.
Ada yang membeli kerana mahu menyimpan aset.
Ada yang membeli kerana mahu mempelbagaikan pegangan tanah.

Ada yang melihat potensi kawasan untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

Dalam keadaan harga tanah semakin s**ar dicari pada tahap yang berpatutan, peluang seperti ini semakin jarang ditemui.

Sebagai pemerhati pasaran, saya sentiasa percaya bahawa nilai sebenar sesuatu tanah bukan hanya pada apa yang ada hari ini.

Tetapi pada apa yang boleh berlaku di masa hadapan.

📍 Pajak Song 🌾 Tanah First Grade 🌾 Aktif diusahakan sebagai bendang 💰 Harga jualan RM150,000 📉 Di bawah market value semasa

Kalau ada yang berminat dengan tanah ni , kita boleh bincang.

Baru ni bincang dengan seorang owner nak jual rumah di Kulim, KedahOwner tanya saya,Hafiz, Kalau market value rumah RM50...
31/05/2026

Baru ni bincang dengan seorang owner nak jual rumah di Kulim, Kedah

Owner tanya saya,

Hafiz, Kalau market value rumah RM500,000,
Jadi rumah itu boleh dijual RM500,000?

Saya jawab "realitinya tidak begitu"

Saya bagi contoh mudah.

Sebuah rumah mempunyai:
✅ Market Value : RM500,000

Tetapi bila saya semak inquiry, viewing, buyer feedback dan transaksi sekitar...

Demand sebenar pembeli cuma sekitar RM450,000.

Lepas itu owner p**a mahu jual RM550,000.

Jadi sekarang ada 3 harga.

RM500,000
RM450,000
RM550,000

Persoalannya,
Harga mana yang pasaran akan ikut?

Inilah perkara yang ramai owner terlepas pandang.

👉Market Value ialah nilai yang ditentukan oleh penilai berdasarkan transaksi dan keadaan semasa hartanah.

✅Tetapi Demand Value ialah apa yang pembeli sanggup bayar hari ini. Berdasarkan faktor-faktor lain.

Dan akhirnya...

Pembeli tidak membeli kerana valuation.
Pembeli membeli kerana kemampuan dan demand.

Sebab itu kadang-kadang kita jumpa situasi:

"Rumah saya dah masuk market 8 bulan, kenapa tak terjual?"

Bila disemak semula...

Masalahnya bukan rumah.

Masalahnya jurang antara market value, demand value dan asking price terlalu jauh.

Untuk rumah terjual, memahami demand lebih penting daripada sekadar mengetahui market value.

Kerana market value menunjukkan nilai.
Tetapi demand value menunjukkan realiti pasaran.

Apa pandangan anda?

Patutkah owner ikut market value atau ikut demand semasa pembeli?

Address

Kepala Batas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hafiz Zaki - Property Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hafiz Zaki - Property Advisor:

Shortcuts

Share

Category