17/07/2022
Setiap kali nak beli rumah, mesti nak tanya berapa kos duit keluar yang kena ada. Beli rumah ni bukan je kena bayar harga rumah tu, tapi ada kos2 sampingan yang kita kena faham dan standby
Ada orang kata "hidden" kos.
Dia takde kos tersembunyi sebenarnya, semua kita boleh kira dan tahu lebih awal sebelum decide nak beli rumah tersebut.
Infografik ni boleh bantu anda pembeli dan ejen hartanah untuk fahamkan kos yang terlibat.
Jadi tak perlu terkejut kalau tiba2 dapat bil dari lawyer bila kena bayar.
1. 70% ke 90% biasanya akan cover oleh bank dari pinjaman kita. Bergantung kepada kelayakan dan rumah ke berapa yang kita beli.
2. 10% - 30% (berkait dengan no 1) kena ready sebagai deposit bila sign SPA kerana bank tak cover 100% harga rumah.
3. Perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman ada stamp duty. Jadi akan dibayar ke LHDN. wajib bayar baru boleh buat pindahmilik.
4. Kita nak buat dokumen perjanjian tak pandai. Nak proses pindah milik kat pejabat tanah tak tahu. Nak urus dengan bank untuk urusan pinjaman kita, tak mahir.
Jadi sudah tentu kena gunakan orang yang mahir. Peguam lah jawapanya. Jadi kenalah bayar fee nya. Kalau tak nanti, tak selesai file kita. Bayar separuh ke, penuh ke, lepas selesai, itu bincang molek dengan peguam.
Bereh belako, yang penting kena bayar lah. Orang buat kerja untuk kita kan.
5. Terakhir sekali, bank perlukan satu laporan pengesahan penilaian dari profesional, jadi akan lantik panel lawyernya untuk sediakan satu "valuation report" bagi mengesahkan harga pasaran rumah tersebut.
Ikutkan ada 1 lagi kos. MRTT / MLTT.
Insurance / takaful untuk lindung pinjaman kita tu. Biasanya bank wajibkan takut apa2 jadi ke kita peminjam samada kematian atau kecacatan kekal.
Tapi biasanya akan absorb dalam pinjaman kita dan dibayar mengikut tempoh pinjaman.
Jadi soalan terakhir biasanya adalah, berapa % sir kena ready kalau nak beli rumah?
Jawapannya ialah 15% ke 16% dari harga rumah. Then takde la "tekejut mak" tiba-tiba dapat bil dari lawyer kena bayar. 😁
Semoga sharing kali ini dapat kemaskan ilmu hartanah kalian yer.
Selamat melabur 😊