DZack Property

DZack Property Real Estate Negotiator
(REN)

09/04/2024

NAK BELI RUMAH WAJIB TAHU,
MRTT & MLTT.
Ketahui hak anda.

⚫Hujung tahun 2019 saya tlh membeli sebuah rumah under-construction di Lembah Kelang.

🔴Oleh kerana itu adalah rumah ketiga, maka loan yg lulus cuma 70%, iaitu RM335,678. Sbg perlindungan (seandainya client saya mati dlm tempoh pembiayaan), pihak bank tlh menawarkan saya MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful). Total MRTT adalah RM23,125.

⚫Apabila jumlah ini ditambah ke dalam loan rumah, ia menjadikan total loan rumah saya adalah RM358,803. Dgn kadar faedah 4.47%, dan tempoh bayaran balik adalah 25 tahun, maka setiap bulan saya perlu membayar RM1990.

🔴Perhatikan gambar yg saya kepil di bawah. Kita boleh lihat, tempoh bayaran balik pinjaman saya adalah 25 tahun. Akan ttp, MRTT "cover" sehingga 19 tahun saja. Jadi, kalau saya mati pada tahun ke 20 meminjam, anak² saya perlu menjelaskan jumlah pinjaman yg masih berbaki.

⚫Menyedari beberapa kelemahan MRTT, saya maklumkan kpd pihak bank, saya tak mahu perlindungan Takaful ini.

🔴Tahukah anda bahawa MRTT bukanlah syarat wajib ketika membeli rumah melalui pinjaman bank?

"Habis tu, kalau mati siapa nak bayar baki pinjaman rumah?" Inilah persoalan yg bermain di fikiran kita.

Fahami perkara ini...

⚫Katakan housing loan anda berjumlah RM350k. Dgn loan sebanyak ini, premium MRTT anda ialah RM25k. Apabila bank masukkan nilai RM25k ini bersama loan rumah, ia dikenakan caj (interest/kadar keuntungan) mengikut kadar loan rumah anda, dan interest itu berjalan selama tempoh pinjaman tersebut. Kalau 25 tahun tempoh pinjaman anda, maka selama 300 bulanlah nilai RM25k tadi di-interestkan. Banyak kan?

🔴Biar saya berikan contoh.. Katakan MRTT yg anda perlu bayar ialah RM25,000. Tempoh pinjaman 25 tahun (300 bulan). Kadar interest 4.45%. Maknanya anda kena bayar keseluruhan MRTT sebanyak RM41,687.44. Berapa jumlah yg di-interest dlm ringgit? Jawapannya RM16,687.44. Secara bulanannya anda membayar MRTT sebanyak RM138.96 sebulan selama 25 tahun, termasuk nilai yg di-interestkan.

⚫Maknanya kalau bayaran rumah anda RM1800 sebulan, anda perlu bayar RM1938.96 sebulan termasuk payment MRTT (termasuk interest). Ada org menyedari hal ini, tp mrk mengganggap ini saja pilihan yg ada... Namun, ramai jg yg tak menyedarinya. Yg kita sedar, payment bulanan rumah kita hampir RM2000.

🔴Kedua. MRTT hanya cover "baki semasa" hutang rumah kita. Sekiranya hari ini ia cover RM350k (kalau loan sebanyak itu), 20 tahun kemudian mungkin ia cover cuma RM50k (sebab baki loan dah tinggal 50k). Anda mungkin akan kata, "ok la.. nak apa lagi.."

⚫Jangan lupa, telitikan juga tempoh cover yg diberikan oleh pihak bank. Ada bank beri tempoh cover sehingga 20 tahun saja, sedangkan tempoh meminjam adalah 25 tahun. Kalau pembeli meninggal ketika tahun yg ke 21 meminjam, baki hutang yg ada tak dicover lagi oleh insurans. Apakah kesannya? Boleh fikir-fikirkan sendiri..

Jadi, apa solusi pilihan yang ada..

🔴Pertama sekali, ketika nak apply pinjaman, atau ketika pinjaman dah lulus, kita maklumkan kpd pihak bank, kita tak mahu MRTT. Sbb kita nak gantikan dgn Mortgage Level Term Takaful (MLTT), dan maklumkan juga kita nak uruskan sendiri pembelian MLTT tersebut.

⚫Apa kelebihan MLTT.

🔴Kita belilah MLTT sama nilai dgn jumlah loan rumah. Katakan loan rumah RM350k, maka nilai MLTT pun kita beli RM350k juga. Dengan jumlah ini, payment bulanan MLTT anda mungkin sekitar RM130-RM250 sebulan bergantung kpd umur. Nampak mcm mahal sikit kan? Ok tak pa.. Baca dulu.

⚫Pertama, premium bulanan anda adalah 0% interest, sbb ia tak termasuk dalam loan.

🔴Kedua.. Nilai perlindungan (cover) yang anda dapat ialah kekal RM350k sepanjang hayat anda, sama ada tahun pertama anda buat pinjaman, mahupun tahun ke 25. Ia sama sekali tak terjejas dgn pengurangan baki pinjaman.

⚫Katakan tahun ke 20 dalam tempoh pinjaman, anda meninggal. Ketika itu baki pinjaman rumah cuma tinggal RM50k saja lagi. Dgn nilai cover RM350k dlm MLTT tadi, waris anda hanya perlu gunakan RM50k utk selesaikan baki hutang yg masih ada. Baki RM300k dari pampasan itu waris anda boleh gunakan utk tujuan lain.

*Kredit kepada penulis asal

Baitul Maqdis Ibu Kota Palestin. 🇵🇸بيت المقدس ايبو كوتا فلسطينJerusalem is the Capital Of Palestine.A worldwide social m...
20/10/2023

Baitul Maqdis Ibu Kota Palestin. 🇵🇸
بيت المقدس ايبو كوتا فلسطين

Jerusalem is the Capital Of Palestine.

A worldwide social media campaign to spread the historical map of Palestine.

14/10/2023

🏡 Great News, Real Estate Agents and Members! 🌟 The moment you've been waiting for has arrived – registration for the Malaysian Annual Real Estate Convention 2024 is officially OPEN.
6 & 7 March 2024 (Wednesday & Thursday)
9.00 AM - 5.00 PM
AVANTE Hotel Bandar Utama, PJ
This event promises invaluable insights, networking, and career growth opportunities. Don't miss your chance to be part of something transformative.
Secure your spot now and be at the forefront of the real estate industry 📆 Speakers and topics will be out soon 😉
www.miea.com.my/MAREC2024
www.miea.com.my/MAREC2024
www.miea.com.my/MAREC2024

Cara Mudah Kenalpasti Ejen Hartanah Berdaftar atau Ejen PalsuInfo lanjut disini!https://www.iqiglobal.com/blog/ms/7-cara...
24/09/2023

Cara Mudah Kenalpasti Ejen Hartanah Berdaftar atau Ejen Palsu

Info lanjut disini!
https://www.iqiglobal.com/blog/ms/7-cara-tentukan-ejen-hartanah-berdaftar/



1. Kenalpasti Tag Pengenalan Sama Ada Merah atau biru

Ketika berurusan, agen anda sepatutnya mengenakan tag pengenalan LPPEH mereka dan bukan tag syarikat. Tag ini hanya dikeluarkan oleh LPPEH sahaja, setelah mereka layak bergelar REN atau REA. Tag ini juga mudah dikenalpasti!

Warna merah menunjukkan bahawa pengguna adalah seorang REN atau ejen dalam tempoh percubaan, manakala tag biru menandakan bahawa pengguna adalah seorang REA. Jika agen tersebut tidak mempamerkan tag mereka dengan alasan tag masih dalam proses pembuatan atau terlupa di pejabat, anda boleh meminta nombor ID mereka. Atau anda boleh menolak untuk berurusan dengan mereka sehingga anda dapat melihat bukti ID tersebut sendiri.

2. Perlu Ada Hologram LPPEH

Pada tag rasmi REN atau REA, anda sepatutnya dapat melihat imej hologram logo LPPEH. Hologram keselamatan sering digunakan untuk mengelakkan pemalsuan. Jadi jika ejen anda datang dengan tag merah atau biru tanpa logo holografik, jangan tunggu lagi! Elakkan diri!

3. Imbas Kod QR untuk Kepastian

Cara terbaik untuk mengenali sama ada ejen atau perunding anda bertauliah adalah dengan mengimbas kod QR yang disediakan di tag pengenalan mereka. Kod QR ini akan membuka pautan terus ke profil REN/REA mereka, lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan, termasuk gambar mereka!

4. Boleh Kenalpasti Nombor pendaftaran REN/REA Melalui Online

Ejen REN yang sah yang telah mendapat pengiktirafan akan diberikan nombor pendaftaran yang unik. Anda boleh meminta nombor tersebut daripada ejen atau perunding anda dan melakukan carian dengan cara mudah dan pantas iaitu melalui online.

5. Buat Pengesahan Nama Syarikat Secara Online

Anda hanya perlu menghubungi syarikat hartanah berdaftar untuk mendapatkan maklumat mengenai REN yang anda berurusan dengan mereka. Anda juga boleh mencari nombor REN mereka atau mengesahkan kewujudan syarikat dengan mencari nama syarikat tersebut melalui laman web ini http://search.lppeh.gov.my/.

Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh menghubungi syarikat tersebut untuk mengesahkan REN yang memberikan perkhidmatan di bawah pengurusan mereka.

6. Komisen Ejen Paling Tinggi 3% Sahaja

Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menyatakan bahawa komisen maksimum yang boleh dikenakan untuk pembelian dan/atau penjualan hartanah di Malaysia adalah 3% daripada harga jualan hartanah tersebut. Oleh itu, pastikan anda tidak terperdaya oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang berpura-pura menjadi REN / REA yang meminta anda untuk membayar lebih daripada yang sepatutnya.

7. Kenalpasti 4 Aspek Penting Dalam Iklan Hartanah

Iklan hartanah yang dipaparkan di dalam surat khabar, portal hartanah, dan papan tanda seringkali mengandungi ejen haram dan iklan palsu.

Persatuan Hartanah Ejen dan Agensi Malaysia (MIEA) menegaskan bahawa iklan-iklan tersebut perlu menyediakan maklumat berikut:

Nombor pendaftaran firma hartanah yang sah dan dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH).
Nama REA (Real Estate Agent) atau REN (Real Estate Negotiator) yang berkaitan dengan iklan tersebut.
Nombor pendaftaran REA/REN yang berkaitan dengan ejen hartanah tersebut.
Maklumat untuk dihubungi oleh individu yang berminat.
Jika anda menjumpai sesuatu yang mencurigakan, tindakan yang perlu diambil adalah dengan melaporkannya. Ambil gambar iklan tersebut dan hantarkan kepada LPPEH bersama-sama dengan maklumat terperinci seperti nama jalan, tarikh, dan masa di mana gambar tersebut diambil. Pastikan untuk menyertakan sekali nama anda dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Laporan tersebut akan disahkan oleh LPPEH sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan dengan menurunkan dan menyekat nombor telefon yang tertera dalam iklan tersebut. Tindakan ini bertujuan untuk menghalang penyebaran iklan palsu serta melindungi masyarakat daripada ejen hartanah yang tidak sah.

Dalam era globalisasi kini, pembelian dan penjualan hartanah menjadi salah satu pelaburan yang paling popular di Malaysia. Namun, walaupun terdapat banyak agen hartanah yang jujur ​​​​dan bertanggungjawab, masih ada beberapa agen hartanah haram yang beroperasi dengan tujuan menipu orang-orang yang tidak berwaspada. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk sentiasa berwaspada agar tidak mudah ditipu oleh agen hartanah yang haram dan tidak sah.

NCC 765 (PJ) 13 & 14 Sept 2023
13/09/2023

NCC 765 (PJ) 13 & 14 Sept 2023

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 66
31/08/2023

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 66

30/08/2023
REN to be…
21/08/2023

REN to be…

Address

Tingkat 2, Bangunan Maidam
Kerteh
24300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:15
Tuesday 08:30 - 17:15
Wednesday 08:30 - 17:15
Thursday 08:30 - 16:45
Sunday 08:30 - 17:15

Telephone

+60179667474

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DZack Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DZack Property:

Share

Category