14/10/2021
TIPS BELI RUMAH $$$
Kalau korang rasa yang umur dah makin tua, dan anda dah tak larat nak menyewa dan bercadang nak miliki hartanah. Anda ada dua pilihan:
1. Beli rumah subsale, juga dipanggil sebagai rumah second hand.
2. Beli rumah baru, juga dikenali sebagai rumah undercon.
Sekarang kita fokus macam mana nak beli rumah baru.
Keutamaan yang perlu, pastikan/tentukan Kemampuan Kewangan
โJika gaji RM3,000, boleh beli rumah macam mana ya?โ soalan ini adalah pertama yang orang akan tanya.
Jadi, anda boleh gunakan pelbagai kalkulator di Internet untuk menjawab soalan ini, seperti:-
i. Affordability Calculator
Masukkan gaji serta komitmen bulanan anda, dan anda akan dapat jumlah pinjaman yang berpadanan dengan kemampuan anda.
ii. Home Loan Calculator
Kalau anda dah tahu jumlah pinjaman dan berapa puluh tahun kena bayar, kalkulator ni akan kira berapa banyak anda kena bayar setiap bulan.
Nak lagi senang cerita, pinjaman rumah anda tak patut melebihi dari satu pertiga (1/3) gaji kasar.
Jadi kalau gaji anda RM3,000 sebulan, anda tak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 untuk pinjaman perumahan tersebut.
Selain itu, ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang anda perlu ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi.
Di sini, kami sediakan beberapa tip untuk berjimat dalam membeli hartanah seperti:
โข Bakal pembeli boleh keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk membantu membayar pinjaman.
โข Tengok inisiatif kerajaan seperti PPR, RUMAWIP dan Rumah Selangorku.
โข Kalau anda berstatus bumiputera, perhatikan manfaat seperti lot bumiputera, kuota bumiputera, dan diskaun bumiputera.
โข Anda boleh hubungi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkenaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (ataupun Skim MyDeposit).
โข Ada sesetengah pemaju yang menawarkan pelbagai pakej, rebat pembeli awal, rebat bumiputera, Internet percuma, perabot dan peralatan elektrik percuma, serta banyak lagi.
Kena munasabah diri akan apa yang mampu anda miliki berdasarkan rezeki bulanan yang anda dapat. Gaji ni bukan untuk rumah je, tapi nak bayar bila kereta rosak, nak beli lampin dan susu anak, pendek kata semua komitmen kewangan anda.
:PropertyGuru