04/06/2026
π 10 Fakta Ringkas Tentang Tanah Yang Ramai Orang Salah Faham
1οΈβ£ Freehold banyak berasal daripada tanah ladang yang dibangunkan.
2οΈβ£ Leasehold tidak semestinya murah. Banyak kawasan premium seperti Kota Damansara adalah leasehold.
3οΈβ£ Freehold tidak semestinya bebas dijual. Sesetengah kawasan masih memerlukan kebenaran kerajaan negeri (state consent).
4οΈβ£ Leasehold atau Freehold, kedua-duanya boleh diambil kerajaan mengikut prosedur undang-undang yang sah.
5οΈβ£ Status Freehold dan Leasehold biasanya kekal dan tidak boleh ditukar sesuka hati.
6οΈβ£ Tanah Rizab Melayu hanya boleh dimiliki dan dipindah milik sesama Melayu walaupun statusnya freehold.
7οΈβ£ Sebelum membeli, semak Sekatan Kepentingan pada geran, bukan sekadar lihat freehold atau leasehold.
8οΈβ£ Leasehold yang hampir tamat tempoh masih boleh dipohon untuk sambungan pajakan, tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri.
9οΈβ£ Nilai hartanah tidak ditentukan oleh status pegangan sahaja. Lokasi, permintaan dan kemudahan lebih mempengaruhi harga.
π Bumi Lot ialah kuota semasa pembangunan oleh pemaju. Apabila geran individu atau strata telah dikeluarkan, rujukan utama ialah sekatan kepentingan pada geran.
Kesimpulan:
β
Jangan terus anggap Freehold lebih baik atau Leasehold tidak berbaloi. Semak geran, sekatan kepentingan, lokasi dan potensi kawasan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.