Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia

Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia Silat Enthusiast

Alhamdulillah. Latihan Mingguan Sendeng Klang. Setiap JumaatKanak - Kanak : 9pm-10pmDewasa : 10pm - 11pm
16/05/2026

Alhamdulillah.

Latihan Mingguan Sendeng Klang.
Setiap Jumaat
Kanak - Kanak : 9pm-10pm
Dewasa : 10pm - 11pm

Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu. 🙏🥰
15/05/2026

Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu. 🙏🥰

SELAMAT HARI GURU

Buat semua warga pendidik, daripada warga Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM).

Tegak rumah kerana sendi,
Tegak bangsa kerana budi.
Teguh perguruan kerana guru yang berbakti.

Guru bukan sekadar mengajar langkah, tetapi menurunkan adab, amanah dan erti jatidiri kepada setiap murid. Dari tangan Guru lahirnya anak murid yang tahu hormat, mengenal asal usul serta mengerti nilai maruah dan persaudaraan.

Yang tua dimuliakan, yang muda dipimpin. Agama, adab dan adat dijunjung, ilmu disanjung.

Terima kasih kepada guru-guru, jurulatih dan pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu demi anak bangsa. Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian terus diberkati dan menjadi amal yang berpanjangan.

"Guru ibarat pelita, menerangi jalan walau dirinya terbakar."

Ikhlas daripada
Warga Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia

📸 : Ahli Majlis Guru, Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia

Cikgu Khamis Bin Ahmad
Cikgu Hamed Bin Ahmad
Cikgu Mohd Sidek Bin Haji Jamaluddin
Cikgu Saifuddin Bin Haji Ismail
Cikgu Muhammad Nasir Bin Mohd Nahuri
YM Ahmad Nazari Bin Haji Abdul Hamid (Guru Utama & Pewaris Sendeng Malaysia)
Cikgu Imam Haji Zulkifli Bin Abd Karim (Guru Istiadat & Ketua Jurulatih Kebangsaan)
Cikgu Haji Idros Bin Md Yakub

Semoga Allah kurniakan kesihatan buat Guru-guru untuk terus membimbing kami. Amin.
11/05/2026

Semoga Allah kurniakan kesihatan buat Guru-guru untuk terus membimbing kami. Amin.

Selamat Hari Ibu
10/05/2026

Selamat Hari Ibu

Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh insan mulia yang bergelar ibu.

Sesungguhnya kasih sayang, pengorbanan serta didikan seorang ibu menjadi tunjang utama dalam membentuk insan yang beradab, berilmu dan berakhlak tinggi. Setiap doa, penat lelah dan pengorbanan seorang ibu amat besar nilainya serta tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata.

Dalam kelembutan seorang ibu, tersimpan kekuatan yang membesarkan anak-anak menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga seluruh ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan yang berpanjangan.

“Kasih Ibu Sepanjang Hayat, Pengorbanannya Tiada Ganti.”



Alhamdulillah. Latihan mingguan Gelanggang PSSSM Klang.
09/05/2026

Alhamdulillah.
Latihan mingguan Gelanggang PSSSM Klang.

09/05/2026
28/04/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin, buat seluruh warga Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia dari keluar...
29/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin, buat seluruh warga Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia dari keluarga kecil kami PSSSM Klang, Selangor.

SENDENG BANGKIT DAN BERSATU.

22/03/2026
21/01/2025

Address

Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sendeng Klang - Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share