19/01/2021
Assalamualaikum semua,
Harini saya nak bagi info tentang jenis jenis rumah landed yang terdapat di jalan kebun , Kg Lombong dan Telok Panglima Garang dan sekitarnya.
1- Rumah Jenis Teres 1 Tingkat
Rumah jenis ini biasanya berharga 350k ke bawah bagi jenis undercons, dan harga akan meningkat jika telah siap di bina kerana status nya telah bertukar kepada new development dan kerana market value rumah tersebut telah meningkat naik.
Kebiasaan rumah begini bersaiz 20x70/20x65 /18x75 dengan keluasan perkaki 800-850 sqft. Dan menawarkan 3/4 bilik dan 2 bilik air. Kebiasaan juga rumah jenis ini mempunyai carporch yang muat untuk 2 biji kereta , dan juga mempunyai 5 kaki tanah di bahagian belakang. Namun ada juga yang tiada tanah di bahagian belakang, tetapi kebaikannya ruang dalaman rumah menjadi semakin luas.
2) Rumah Jenis Teres 2 Tingkat
Rumah teres dua tingkat juga tidak jauh beza dari rumah teres jenis 1 tingkat dari segi ciri, namun keluasannya yang besar membuatkan ia menjadi pilihan ramai pasangan. Rumah jenis ini biasanya di datangkan dengan 4 bilik 3 bilik air. satu bilik tetamu dan 1 bilik air tetamu di bawah , dan 3 bilik berserta 2 bilik air di atas. Ruang tamu yang luas di bahagian bawah menjadikan rumah tersebut lebih selesa di diami oleh ahli keluarga yg ramai.
Harga bagi rumah jenis teres 2 tingkat p**a adalah di bawah 450k bagi rumah undercons. Harga akan menaik apabila ia telah siap. Rumah jenis ini menjadi pilihan mereka yang mahukan ruang santai dan ruang privasi yang lebih selesa. Anak anak boleh bermain di atas, manakala kawan dan saudara boleh bersembang di bahagian ruang tamu.๐ค
3) Rumah Jenis Semi- D
Baiklah kita beransur p**a kepada rumah jenis Semi- D. Rumah jenis semi- D adalah rumah yang terletak bersebelahan antara satu rumah semi d yg lain. Ianya mempunyai ciri mirror image iaitu design rumah tersebut sama seperti rumah di sebelahnya. Mempunyai tanah di tepi dan belakang rumah, mempunyai sliding door di bahagian tepi rumah, keluasan carporch yang agak besar. Boleh memuatkan 3 biji kereta , dinding tengah bercantum dengan jiran sebelah dan ruang tamu yang luas.
Kebiasaan semi D juga di tawarkan dgn harga di bawah 450k. 4 bilik dan 2 bilik air menjadi antara ciri biasa bagi rumah semi -D. Ianya menjadi rebutan keluarga sederhana yang mahukan laman yang luas, senang untuk buat aktiviti keluarga bersama.
4) Rumah Jenis Banglo 2 tingkat.
Rumah jenis ini kebiasaanya dalam tapak projek hanya ada 2-3 unit sahaja. Kerana rumah jenis ini harganya agak tinggi boleh mencapai 600k kerana keluasan rumah dan tanahnya yang sangat luas. Sesuai untuk keluarga yang pentingkan privasi dan mahukan rumah yang luas. Namun di kawasan kg lombong, Jalan kebun dan TPG rumah jenis ini kebanyakannya di bina untuk Tuan Tanah. Kene tunggu rumah siap baru jualan akan di buka , tapi. Harganya agak keras di situ ya.
Tahniah kepada anda yang berjaya menghabiskan pembacaan ini. Semoga bermanfaat bagi anda yang sedang memilih jenis perumahan apa yang anda mahukan.
Sedikit tips untuk memilih rumah baru , 1)pastikan pakej yang anda ambil tu berbaloi, 2) jangan terperdaya dengan pakej indah dari pemaju,
3) semak pemaju dahulu sebelum buat booking confirmation.
4) dapatkan nasihat percuma dari ejen ejen hartanah. Mereka mempunyai info yang lebih banyak kerana mereka telah lama memerhati dan mengkaji kawasan tersebut.
Selamat maju jaya. Semoga anda dapat membuat pilihan yang tepat.
Hidayu Ali
Perunding Hartanah anda
Ejen Nilai Harta Consultant
http://www.wasap.my/60136445381/Jalankebun350k
http://www.wasap.my/60136445381/Jalankebun450k