01/11/2026
HUTANG RM10 JUTA BOLEH TIDUR LENA. TAPI HUTANG RM50K P**A TERTEKAN. KENAPA?
Pelik kan? Hutang berjuta boleh tidur lena. Hutang RM50k p**a setiap bulan asyik pening kepala je.
Sebenarnya, bukan jumlah hutang semata-mata yang menentukan keadaan kewangan kita.
Tapi strategi bagaimana kita mengurus hutang itu.
Ada orang berhutang RM10 juta untuk membeli aset seperti hartanah yang disewakan.
Duit sewa membantu bayar pinjaman. Kalau cukup menampung semua kos, tak perlu ganggu gaji sendiri. Ada lebihan, itulah cash flow tambahan.
Kenapa p**a hutang RM50k boleh tertekan?
Contohnya, gaji bersih RM6,000 sebulan.
* Personal loan: RM2,000
* Kereta: RM1,000
* Credit card: RM500
* Belanja rumah & keluarga: RM2,000
Baki tinggal RM500 sahaja.
Kalau ada kecemasan, memang pening kepala.
Jadi, macam mana nak ubah keadaan ni?
Kita mula dengan tiga langkah.
1. Semak semua hutang. Kenal pasti yang paling membebankan.
2. Susun semula komitmen. Kurangkan, selesaikan atau runding semula bayaran yang terlalu tinggi.
3. Bina pendapatan tambahan. Bila kewangan lebih stabil, kaji aset atau sumber pendapatan yang boleh menghasilkan cash flow.
Bayangkan sekarang RM3,500 daripada gaji digunakan untuk bayar hutang setiap bulan.
Macam mana kalau kita boleh kurangkan komitmen itu dan bina pendapatan lain yang membantu membayar hutang?
Itulah strategi yang kita nak cari.
Tapi kena faham kemampuan, kos dan risiko. Hutang RM10 juta pun boleh bermasalah kalau pendapatan aset tak cukup menampung bayaran.
Jadi, bukan berapa besar hutang kita. Tapi berapa banyak yang bergantung pada gaji sendiri.
Matlamat kita bukan sekadar mampu berhutang, tapi bagaimana nak buat hutang bekerja untuk kita, bukan kita bekerja sepanjang masa untuk membayar hutang.
Ⓩ By Mohamad Zaidi