06/05/2025
🏠 "Rumah ni kami bina sendiri, atas tanah pusaka ayah..."
Tapi tiada sempadan, tiada geran. Apa jadi lepas tu?
Ramai orang kampung bina rumah atas tanah keluarga — “tanah pusaka”, kongsi adik-beradik, atau beli sesama sendiri tanpa tukar hak milik. Masa bina, semua okey. Tapi bila 10-15 tahun berlalu, cerita mula berubah... 😞
Ada satu kes, tiga adik-beradik bina rumah atas tanah peninggalan ayah. Masing-masing duduk aman damai. Tapi bila salah seorang meninggal dunia, timbul isu besar:
➡️ Waris nak jual bahagian, tapi tak tahu sempadan.
➡️ Yang duduk kata “ni kawasan aku”, yang waris kata “tu arwah punya”.
➡️ Mula keluar kata-kata tak elok, bergaduh antara darah daging sendiri.
Kenapa jadi macam ni? Sebab rumah dibina tanpa sempadan rasmi. Dalam sistem Pejabat Tanah, tanah tu masih satu lot, satu geran, atas nama si mati atau masih kongsi beramai-ramai.
Bayangkan kalau awal-awal dulu mereka buat proses pecah sempadan — setiap orang ada geran masing-masing, tahu sempadan rumah, boleh rancang masa depan tanah sendiri:
✅ Nak jual? Boleh.
✅ Nak pindah milik? Tiada halangan.
✅ Nak buat loan rumah? Lulus!
✅ Nak elak pergaduhan waris? Selesai!
Inilah pentingnya ukur sempadan & pecah lot tanah secara sah. Bukan setakat ikut undang-undang, tapi demi ketenangan hidup jangka panjang. Bila kita urus tanah secara bertauliah, kita jaga amanah keluarga, jaga silaturrahim.
📲 Kalau anda sekarang tinggal atas tanah keluarga tapi tak pernah ukur sempadan atau tak tahu geran di tangan siapa — masa untuk bertindak sekarang.
Kami di Servis Ukur Tanah bantu anda:
📌 Semak status geran & pemilikan
📌 Buat pelan pecah sempadan ikut garis panduan JUPEM
📌 Urus permohonan Pejabat Tanah hingga selesai
Klik sini untuk terus WhatsApp kami:
📞 018-3251615
📍 FB Page: Servis Ukur Tanah
"Tanah boleh dicari, tapi adik-beradik tak boleh diganti."
Ukur tanah hari ini, demi hubungan esok hari.