10/07/2023
Jom membaca untuk tambah lagi ilmu..
Saya ada sedikit tips nak share pasal CARA BELI RUMAH PERTAMA DENGAN GAJI YANG KECIL
Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama.
Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset yang sangat berguna, dan boleh meningkat nilainya.
Dalam artikel ni, kita akan bincangkan macam mana nak beli rumah pertama dengan gaji kecil.
Kita akan buat kira-kira asas untuk menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh mohon berdasarkan gaji.
Seterusnya kami akan senaraikan skim rumah mampu milik di Malaysia untuk anda pertimbangkan.
Berdasarkan Gaji,
Berapa Pinjaman Yang Anda Layak?
Dalam hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio.
Untuk ni, pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb).
Jadi, cara nak kira pinjaman maksimum adalah:
Gaji kasar x 30 /100
Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!
Rumah Apa Yang Anda Mampu Beli?
Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533.
Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda. Tetapi, kemudian anda jumpa p**a rumah berharga RM170,000.
Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861. Yang ni lah anda mampu milik!
Semak Juga Kalau Anda Mempunyai Sejarah Kredit Yang Baik!
Yang pertama sekali ialah Nisbah Khidmat Hutang/ Debt Service Ratio (DSR).
Penting tau untuk anda jaga ni, kerana bank akan gunakannya untuk mengira samada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.
Nisbah ni tidak tetap, dan bergantung pada terma setiap bank yang akan melihat individu yang datang untuk memohon pinjaman. Biasanya, anda kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000.
Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit).
Report ni sangat penting kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan:
Semua pinjaman/kredit tertunggak
Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan
Apa Kos-Kos Lain Yang Terlibat?
Sekarang kita dah tahu jumlah pinjaman macam mana yang anda layak, dan jumlah pinjaman bulanan yang anda perlu bayar.
Tapi ada banyak kos lain yang anda perlu fikirkan, nak lagi dalam peringkat awal proses membeli rumah, termasuklah:
1)yuran tempahan (booking fee)
Untuk menyatakan niat anda untuk membeli rumah tersebut, anda kena bayar yuran tempahan terlebih dahulu.
Yuran tempahan ni biasanya sebanyak 2%-3% jumlah pinjaman. Katakanlah yuran ini berharga RM5,000, anda kena sediakan wang tersebut dalam bentuk tunai.
2)Bayaran pendahuluan (down payment)
Bila anda tanda tangan surat perjanjian jual beli (SPA), anda perlu bayar 10% daripada jumlah pinjaman.
Anda boleh tolak jumlah yuran tempahan tadi daripada downpayment ni.
Dengan rumah berharga RM170,000 tadi, ini bayaran downpayment yang anda perlu sediakan dalam tunai:
RM170,000 x 10/100 – RM5,000 = RM12,000
Kredit:PropertyGuru Editorial Team