07/09/2026
Teringat seorang akak yang WhatsApp saya semalam.
Jauh dari Pasir Gudang.
Katanya, dia memang dah lama terfikir nak beli rumah. Minat pun ada.
Tapi bila berbual, saya dapati satu perkara . .
Dia sebenarnya masih kosong. Tak tahu nak mula dari mana.
Saya faham perasaan tu.
Sebab dulu pun saya belajar bahawa nak beli rumah bukan sekadar “nampak rumah cantik, terus nak beli.”
Banyak perkara kena fikir.
Layak ke buat loan?
Berapa kemampuan bulanan?
Berapa harga rumah yang sesuai?
Lokasi p**a macam mana?
Kadang-kadang bukan kita tak mampu.
Kita cuma belum tahu langkah pertama.
Sebab itu pengalaman saya, kalau ada impian nak beli rumah, jangan tunggu sampai semuanya sempurna baru nak mula.
Mula dengan satu perkara dulu:
Semak kelayakan pinjaman .
Dari situ kita akan nampak gambaran sebenar kemampuan kita.
Lepas itu barulah kita boleh bergerak dengan lebih yakin.
Rumah pertama bukan tentang siapa paling cepat membeli.
Tetapi siapa yang bijak merancang sebelum terlambat.
Dan saya teringat akak dari Pasir Gudang tu . .
Mungkin WhatsApp semalam itu sebenarnya adalah langkah pertama beliau menuju impian sebuah rumah.