23/04/2025
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
*HEBAHAN PROGRAM RAYA SEKAMPUNG, KG TIMBANG DAYANG 2025*
Dengan segala hormat dan penuh kasih sayang, kami ingin menjemput seluruh warga Kg Timbang Dayang untuk bersama-sama memeriahkan Program Raya Sekampung 2025 yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 27 April 2025
Masa: 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Pusat Kegiatan KRT, Kg Timbang Dayang
Program ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak kampung termasuk Masjid Jamek, KRT, Kelab Belia, SRS, PPTD dan Kelab Legawa FC sebagai satu usaha menyatukan hati-hati kita dalam suasana Syawal yang penuh barakah.
Pihak penganjur program juga mengalu-alukan kepada warga, sesiapa yang berhajat untuk menyumbang makanan atau membawa juadah secara 'potluck' bagi menambahkan kemeriahan dan keberkatan program ini. Apa sahaja bentuk sumbangan, besar mahupun kecil, amat kami hargai.
Semoga dengan kehadiran dan sokongan semua, program ini menjadi medan ukhuwah dan silaturrahim yang diredhai Allah.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan doa daripada semua..
*“SEMUA WARGA DIJEMPUT HADIR*.