JKKK Kampung Payas Payas

JKKK  Kampung Payas Payas � Selamat Datang ke Laman Komuniti Kampung Payas-Payas!
� Bersama membangun desa yang harmoni.

Alhamdulillah, mangsa yang hilang telah ditemui kelmarin dengan selamat.Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat...
30/07/2026

Alhamdulillah, mangsa yang hilang telah ditemui kelmarin dengan selamat.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas berita yang melegakan ini.
Pihak pengurusan Kampung Payas-Payas merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak pasukan bomba, JPAM, agensi berkaitan, sukarelawan, dan penduduk kampung yang bertungkus lumus membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diberkati serta dibalas dengan ganjaran terbaik oleh Allah SWT.

⚠️ MAKLUMAN PENTING ⚠️Dimaklumkan bahawa telah berlaku kejadian kabel/wayar elektrik terputus di Kampung Payas-Payas. Ke...
07/07/2026

⚠️ MAKLUMAN PENTING ⚠️

Dimaklumkan bahawa telah berlaku kejadian kabel/wayar elektrik terputus di Kampung Payas-Payas. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan penduduk kampung, dan pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, pihak kami memohon agar pihak SABAH ELECTRICITY Sdn Bhd dapat mengambil tindakan segera bagi membaiki kerosakan tersebut demi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kepada semua penduduk Kampung Payas-Payas, dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan berkenaan sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan.

Kerjasama dan tindakan pantas daripada pihak SESB amatlah dihargai.




Nah, jangan kamu pigi tidur awal malam ni ging! 🔥 Ada game mantap Round of 16 Piala Dunia, Maghribi lawan Kanada 🇲🇦 vs 🇨...
04/07/2026

Nah, jangan kamu pigi tidur awal malam ni ging!
🔥 Ada game mantap Round of 16 Piala Dunia,
Maghribi lawan Kanada 🇲🇦 vs 🇨🇦.
Set alarm kamu sedia-sedia jam 1:00 pagi ni ar..
Bulih picit live free saja di apps RTMKlik .
Mana satu ni kamu sukung? Agak2 berapa skor?👇⚽

Hasil lawatan tapak pada 26 Jun 2026 bersama Ibu Pejabat JPS, CDO, Pemaju Mukim Peladok, dan JKKK Kg. Payas-Payas, seban...
02/07/2026

Hasil lawatan tapak pada 26 Jun 2026 bersama Ibu Pejabat JPS, CDO, Pemaju Mukim Peladok, dan JKKK Kg. Payas-Payas, sebanyak 6 unit berumbung telah dipasang melalui tindakan segera pada 30 Jun hingga 1 Julai 2026. Langkah ini bertujuan memudahkan sistem pengairan air bagi aktiviti penanaman padi.

Pada Jumaat, 26 Jun 2026, satu lawatan tapak telah diadakan bersama Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS HQ), ...
01/07/2026

Pada Jumaat, 26 Jun 2026, satu lawatan tapak telah diadakan bersama Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS HQ), Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) N.08 Pintasan, Pemaju Mukim Peladok, dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Payas-Payas. Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti lokasi strategik bagi pemasangan sistem saliran air (kulvert) di kawasan Skim Payas-Payas dan Peladok.

Penyerahan kerusi roda di Kg. Payas-Payas hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Cawangan Kota Belud,...
12/06/2026

Penyerahan kerusi roda di Kg. Payas-Payas hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Cawangan Kota Belud, Tuan CDO, serta barisan JKKK Mukim peladok dan AJK JKKK kg payas payas atas kehadiran penyerahan kerusi roda program ziarah kasih. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi keselesaan kepada penerima.

Alhamdulillah, saya telah menghadiri Mesyuarat Pelantikan Pengerusi dan AJK Masjid Al-Amin sesi 2026/2028 yang diadakan ...
15/04/2026

Alhamdulillah, saya telah menghadiri Mesyuarat Pelantikan Pengerusi dan AJK Masjid Al-Amin sesi 2026/2028 yang diadakan semalam, jam 8.00 malam di Masjid Kg. Payas-Payas, Kota Belud. Mesyuarat berjalan lancar dalam menetapkan barisan kepimpinan baharu.

📣 HEBAHAN JUALAN RAHMAH 📣📍 Lokasi: Masjid Kg. Payas-Payas, Kota Belud🗓️ Tarikh: Esok🕗 Masa: 8.00 AM – 2.00 PM💵 Bayaran: ...
03/04/2026

📣 HEBAHAN JUALAN RAHMAH 📣
📍 Lokasi: Masjid Kg. Payas-Payas, Kota Belud
🗓️ Tarikh: Esok
🕗 Masa: 8.00 AM – 2.00 PM
💵 Bayaran: Tunai Sahaja
🚫 SARA: Penggunaan IC SARA tidak diterima.
Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa di sana!

Pada Selasa, 31 Mac 2026, satu lawatan tapak telah diadakan oleh pemaju Mukim Peladok Razali Rawai  bersama pihak konses...
01/04/2026

Pada Selasa, 31 Mac 2026, satu lawatan tapak telah diadakan oleh pemaju Mukim Peladok Razali Rawai bersama pihak konsesi JKR dan JKKK Payas-Payas. Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan jambatan sempadan antara Kampung Payas-Payas dan Kampung Kota Peladok, serta mengenal pasti langkah penyelesaian terbaik demi keselamatan dan kemudahan penduduk setempat.

Jurugambar Brader Rider.

Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita.Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
23/03/2026

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Address

Kampung Payas-Payas
Kota Belud
89150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKK Kampung Payas Payas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category